TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

"Jantung Terhenti,Terpaksa Caesar Di Luar Bilik Pembedahan!"Kisah Wanita Hamil Dikongsi Doktor

4 min bacaan
"Jantung Terhenti,Terpaksa Caesar Di Luar Bilik Pembedahan!"Kisah Wanita Hamil Dikongsi Doktor

Pelbagai kisah disaksikan bila bertugas sebagai doktor. Kali ini kami kongsikan kisah wanita hamil yang terpaksa dibedah di luar bilik pembedahan!

Banyak kisah wanita hamil dikongsikan di media sosial, tetapi kali ini adalah pengalaman yang dikongsikan sendiri oleh seorang doktor.

Matlamatnya hanya satu, mahu suami di luar sana dan sesiapa saja menghargai pengorbanan seorang wanita untuk mengandung dan melahirkan anak.

Jangan diambil mudah jika isteri mengandung minta tolong, jangan rasa mereka ini buat-buat penat atau buat-buat malas kerana sesungguhnya mereka membawa satu lagi nyawa di dalam rahimnya.

Kisah wanita hamil terpaksa di bedah di luar bilik pembedahan

Kisah wanita

Kredit: depositphotos

Kisah ini dikongsikan sendiri oleh Dr Redza Zainol yang menyaksikan sendiri secara live apa yang berlaku di depan matanya sendiri. 

“Buat suami, hargailah selagi isteri kita ada bersama Pagi Sabtu yang tenang itu bertukar menjadi cemas selepas saya dapat panggilan dari Jabatan Kecemasan.”

Kisahnya bermula begini, 

“O&G nak buat perimortem caesar di Red Zone. Minta doktor turun sekarang, bayi baru 34 minggu dalam kandungan.”

“Caesar di Red Zone?”

Sungguh saya tercengang. Terus saya berlari ke bilik sebelah dan maklumkan pada jururawat. Saya bersama seorang lagi doktor sambung berlari ke Jabatan Kecemasan. Semuanya mesti pantas.

Sampai saja kami di Red Zone, seorang jururawat menjerit, “Paeds dah sampai!” Saya macam tak percaya. Keadaan di situ begitu kecoh, seolah-olah saya berada di medan perang.

Ada seorang doktor sedang membuat CPR pada ibu itu. Tiub pernafasan pula sedang disambung ke mesin bantuan pernafasan oleh seorang doktor yang lain.

Staf kesihatan yang lain pula sedang menyiapkan tempat untuk pembedahan segera. Doktor bius dan doktor O&G dah sampai dan pembedahan kecemasan ini akan bermula pada bila-bila masa.

Pengsan di hadapan hospital, denyutan jantung ibu hamil terhenti

Kisah wanita

Ini pengalaman pertama saya melihat caesar dibuat di luar bilik pembedahan. Ibu ni baru saja tiba di tempat letak kereta sebelum tiba-tiba pengsan di hadapan hospital. Bila tiba di Jabatan Kecemasan, denyutan jantungnya sudah berhenti.

Jantung bayi dalam kandungan pula semakin lemah. Doktor O&G buat keputusan untuk keluarkan bayi dengan segera. Syukurnya, bayi itu selamat. Sebaik saja keluar, dia terus menangis. Namun saiznya yang masih kecil dan pramatang, saya bawa bayi tu ke NICU (wad rawatan intensif bayi) untuk rawatan selanjutnya.

3 minggu berjuang di dalam NICU akhirnya bayi ini discaj. Dibawa pulang oleh ayahnya sebagai seorang anak yatim.

Mati, ajal dan maut ini semua kerja mutlak Tuhan. Selagi kita ada peluang, hargailah isteri lebih-lebih lagi ketika dia sedang mengandung.

Melayan isteri, meneman isteri, bantu meringankan beban isteri yang sedang mengandung adalah kerja mulia.

Itu semua dibuat atas dasar tanggungjawab. Bukan sebab isteri mengada-ngada, nak bermanja atau tak pandai berdikari.

Suami main peranan besar ketika isteri hamil

Kisah wanita

Dr Redza Zainol juga turut kongsikan tips apakah perkara yang perlu suami lakukan ketika isteri mengandung:

#1.  Ambil tahu tentang keadaan kesihatan isteri semasa mengandung

Stories Rakan Kongsi
Anak-Anak Menderita Kerana Ciri Birit: Guna Cara Ini Untuk Melindungi Si Manja
Anak-Anak Menderita Kerana Ciri Birit: Guna Cara Ini Untuk Melindungi Si Manja
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Ibu di Malaysia Berkongsi Rahsia Mengapa Anaknya Jarang Sekali Jatuh Sakit
Ibu di Malaysia Berkongsi Rahsia Mengapa Anaknya Jarang Sekali Jatuh Sakit
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
  • Penyakit apa yang dihadapi
  • Ubat apa yang isteri perlu ambil setiap hari
  •  Apa makanan yang sesuai untuk kesihatan isteri

#2. Temankan isteri untuk datang temujanji di hospital atau di klinik 

  • Keberadaan suami sangat membantu menenangkan emosi isteri
  • Jaga riak wajah kita supaya tak nampak seperti isteri sedang menyusahkan suami

#3.  Ambil alih kerja-kerja di rumah

  • Termasuk jagakan anak-anak yang lain
  • Isteri yang tengah sarat, perlukan rehat yang lebih

#4.  Jadi pendengar yang baik

  • Ada masa yang dia rasa tak selesa atau sakit

#5. Jadi lebih sensitif dengan keadaan isteri

  • Perubahan hormon dalam badan isteri, buatkan mood dia selalu berubah
  • Isteri sangat bersyukur bila suami berusaha untuk cuba fahami kehendak isteri
  • Mengurut pinggang dan kaki isteri

#6. Ucapkan pada isteri yang dia cantik setiap hari

  • Walaupun bentuk badannya sudah banyak berubah
  • Layanlah isteri sebaik mungkin. Hari ni dia ada, esok lusa mungkin dia dah tiada. Temankan dia ke mana saja yang kita mampu

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kerap Menangis Sejak Hamil? Ini Kenapa Emosi Wanita Hamil Super Sensitif

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • "Jantung Terhenti,Terpaksa Caesar Di Luar Bilik Pembedahan!"Kisah Wanita Hamil Dikongsi Doktor
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham