Semalam, lepas semua kerja rumah siap, anda terduduk kaku dalam bilik. Anak-anak sudah tidur. Suami pun sudah tidur. Dalam diam, anda menangis. Anda rasa tidak dihargai.
Anda lihat muka suami yang tertidur — mukanya tenang. Anda harap dia akan bangun supaya kalian boleh bersembang sekejap, macam dulu-dulu…
Dulu, dia selalu memegang tangan anda bila kalian berjalan dekat luar. Dulu, dia selalu membelai lembut rambut anda. Dulu, kalian boleh bersembang tentang apa saja. Di mana-mana saja…
Dulu, lepas balik kerja, kalian akan meluangkan masa makan bersama-sama. Dulu, dia selalu meletakkan kepalanya di paha anda sambil anda usap-usap lembut rambutnya menonton TV.
Dulu, kalian selalu tengok TV show yang kalian suka. Telefon akan disenyapkan, jadi tiada bunyi notification yang akan mengganggu.
Kalau nakal sikit… kalian akan berciuman di sofa diam-diam. Kemudian masuk bilik umpama dua pasangan yang sangat asyik dalam percintaan.
Tapi semuanya sudah berubah sekarang lepas kalian ada anak…
Hargai istri sebelum terlambat…
Sekarang lepas ada anak, semuanya rasa macam tak mencukupi. Masa, duit, kasih sayang.
Semuanya tertumpu pada anak-anak. Anda sanggup berjaga sampai lewat malam semata-mata untuk menyiapkan segala kerja. Suami pun berjaga sampai malam juga.
Tapi dia sibuk main telefon. Tidakkah dia mendambakan kasih sayang yang dulu? Sekarang kalian jarang bersembang.
Suami juga tak lagi “suka” melihat badan anda yang berubah selepas bersalin dan menjadi ibu….
Bersabarlah, wahai wanita yang kuat!
Bersabarlah wahai wanita yang kuat. Saya nampak bagaimana anda menangis terkenangkan zaman dulu-dulu. Saya faham bagaimana rasanya apabila tidak dihargai suami.
Anda hanya rindukan sentuhan lembutnya, belaian manjanya. Tapi saya tahu anda wanita yang hebat! Kenapa saya kata begitu?
Sebab anda wanita yang kuat. Anda mengandung selama sembilan bulan! Darah anda mengalir dalam darah anak-anak. Anda melindungi mereka!
Tak kira betapa sakit pengalaman bersalin anda, atau betapa terseksa nak menyusukan anak buat pertama kali dulu… Tapi anda berjaya, kan?
Anda seorang ibu yang akan melindungi anak-anak selamanya. Kalau ada sesiapa berani melukakan keluarga anda, andalah orang yang akan mempertahankan mereka!
Anda sanggup berkorban apa saja untuk melindungi anak-anak. Anda sanggup mati demi mereka. Ya, anda wanita yang kuat.
Dalam kekuatan anda, ada terselit kelembutan yang hanya ada pada seorang ibu.
Anda telah diberi kelebihan untuk bijak menenangkan anak-anak. Andalah nyawa mereka. Apabila anda peluk anak-anak, mereka rasa tenang mendengar denyutan jantung anda…
Anda seorang wanita yang hebat dan kuat!
Dalam tawa anda menggelakkan anak-anak, terdapat cahaya yang bergelimpangan. Dalam resah anda melihat anak-anak berkembang, terdapat rasa bangga terselit kemas dalam hati.
Jangan benarkan diri anda itu pudar, walaupun anda tidak lagi dihargai oleh si suami. Ingatkan mereka semula tentang SIAPA DIRI ANDA!
Anda masih wanita hebat yang mereka kahwini dulu. Anda masih wanita yang penuh jati diri sebelum anda menjadi seorang isteri dan ibu. Wanita itu masih di situ, giat mendewasakan dirinya.
Jadi, angkat muka anda wahai wanita hebat lagi kuat! Terima segala kekurangan anda. Namun jangan sesekali jatuh kepadanya.
Jangan malu ketika suami mungkin malu dengan badan dan perubahan anda. Goda suami anda itu! Cuba langgar sedikit badannya perlahan-lahan.
Kejutkannya dengan mesej-mesej nakal. Keluarkan set pakaian dalam yang mereka paling suka itu. Walaupun hanya untuk satu malam, tunjukkan padanya siapa diri anda.
Andalah wanita yang cantik dan kuat itu. Untuk dulu, kini dan selamanya.
Buat para suami, hargai istri sebelum terlambat. Tidakkah anda kagum memiliki seorang wanita bergelar isteri yang sungguh cekal, tabah dan kuat ini?
Tapi dalam kekuatan mereka juga, mereka memerlukan anda, suaminya. Maka, hargai istri sebelum terlambat.
Kerna apabila mereka sudah tiada lagi, maka hilanglah erti kesempurnaan dalam hidup anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cinta Suami Isteri Lebih Mesra & Bahagia Dengan Petua Romantis Ini
Baca juga: 9 tanda anda telah menjadi isteri yang terbaik untuk suami
Baca juga: 8 tanda suami tak sayang isteri, No. 4 itu sangat obvious, terang lagi bersuluh!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!