Alahan yang dialami wanita mengandung mungkin berbeza untuk setiap individu. Bagi wanita ini, beliau mengalami muka berkedut dan wajah membengkak seperti orang tua.
Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?
- Muka berkedut & berubah tua kedua-dua kehamilan
- Manusia toksik buat rasa down
Keadaannya itu bukan hanya berlaku ketika dia hamil anak pertamanya, perkara sama turut berlaku ketika dia hamil anak kedua! Hingga sekarang masih tidak tahu punca.
Muka berkedut & berubah tua kedua-dua kehamilan
Melalui perkongsian seorang wanita di laman tiktok una.atirah, wanita ini menceritkan kisahknya yang mengalami perkara sama pada kedua-dua kehamilannya.
Beliau berkongsi gambar-gambar sebelum hamil, ketika hamil dan selepas bersalin. Memang ketara perubahannya.
Ikuti perkongsian wanita ini:
“Simpan sebagai pengalaman. Kenangan. Terima kasih suami 2 kali mengandung hadap muka sebegini. Tak payah tunggu tua.
“Tak tahu kenapa muka jadi macam ini, alahan maybe. Sebab si sulung pun begini cuma bezanya masa si sulung tak ada toxic people.
“Selalu tanya suami, tidak malu ke berjalan denganku muka sebegini rupa.
“Sepanjang pregnant muka jadi begini. Malu orang cakap macam orang tua. Tapi memang pun kan.”
Alhamdulillah, muka kembali normal selepas bersalin
Walaupun menghadapi perkara itu, wanita berkenaan mengakui pada kehamilan kedua ini dia jadi lebih down kerana kehadiran manusia toksik berbanding pada kehamilan sulungnya.
Memang di mana-mana saja ada manusia toksik seperti ini yang tidak sudah-sudah menganggu dan membuat orang lain rasa tidak selesa dengan kelakuan mereka.
Namun, beliau sudah bersedia kerana memiliki pengalaman pada kehamilan pertama. Sebaik saja selepas bersalin, wajahnya beransur pulih dan kini sudah seperti sediakala.
Apa pun katanya, mungkin rezeki tak perlu tua sudah boleh nampak wajahnya apabila meningkat usia kelak. Buat para suami, hargailah setiap pengorbanan isteri sejak dari mengandung hinggalah melihat zuriat dengan selamat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ada Masalah Jerawat Selepas Bersalin? Ini Punca & Cara Terbaik Untuk Kembalikan Seri Wajah
Baca juga: Face Mist Terbaik Untuk Menyegarkan Wajah, Penyelamat Segera Ketika Wajah Mulai Kusam!
Baca juga: 10 Jenis Alahan Mengandung Dialami Kebanyakan Ibu, Para Suami Kenalah Faham