Kebiasaannya masalah jerawat muncul selepas bersalin ini adalah disebabkan perubahan hormon ibu. Peningkatan pengeluaran hormon androgen menyebabkan masalah jerawat muncul pada kulit. Ini adalah perkara normal yang biasa dialami oleh ibu-ibu selepas bersalin.
Masalah jerawat selepas bersalin mungkin akan kekal dan hilang dengan sendirinya. Dalam artikel ini anda akan ketahui lebih lanjut mengenai:
- Mengapa jerawat timbul selepas bersalin
- Punca jerawat selepas bersalin
- Cara mengatasi jerawat selepas bersalin?
Mengapa jerawat timbul selepas bersalin?
Pembebasan progesteron yang banyak menghasilan pengeluaran sebum. Faktor progesteran berlaku adalah disebabkan tidak mencuci muka dengan betul, amalan pemakanan yang tidak sihat, terdedah dengan persekitaran udara yang tidak bersih.
Sebum yang dihasilkan di bahagian kulit muka mengakibatkan pori muka tersumbat lalu terjadinya jerawat. Pori muka boleh tersumbat melalui kekotoran yang terdapat di udara.
Adakah punca jerawat disebabkan pemakanan yang berminyak? Ya, makanan bergoreng terutamanya lebih berminyak dan ini menyebabkan pori muka juga tersumbat sekaligus menyebabkan wajah terdedah dengan masalah jerawat.
Bagi sesetengah individu pula alahan kepada makanan kekacang, ada juga yang alahan kepada makanan laut. Ramai yang beranggap jerawat timbul disebabkan faktor makanan.
Untuk mengetahui makanan apa yang akan memberi reaksi kepada kulit, anda perlu peka dengan keadaan tubuh sendiri. Tetapi perlu diingitkan tiada sebarang makanan yang menyebabkan timbulnya masalah jerawat pada kulit tetapi reaksi tubuh anda terhadap makanan itu sendiri.
Apa yang perlu elak apabila jerawat timbul?
Jerawat boleh meninggalkan kesan dan parut pada kulit. Elakkan daripada melakukan ini:
- Memicit jerawat (menyebabkan parut kekal)
- Berhenti mengambil ubat yang disarankan doktor
- Terdedah dengan cahaya matahari, tanpa sebarang pelindungan seperti sunscreen
- Minum minuman beralkohol
Punca masalah jerawat timbul selepas bersalin
Selepas bersalin hormon ibu mula tidak stabil yang menyebabkan punca jerawat dan wajah semakin kusam. Pastinya masalah ini menyebabkan ibu akan rasa kurang keyakinan diri dan lebih cenderung mengalami masalah kemurungan.
Antara punca masalah jerawat yang ibu perlu tahu:
- Hormon – perubahan hormon terutama semasa mengandung dan selepas bersalin adalah salah satu punca masalah jerawat muncul di kulit muka anda. Jangan risau masalah ini dapat ditangani. Dapatkan nasihat doktor mengenai masalah ini.
- Stress – apabila anda mengalami tekanan, badan akan menghasilkan hormon yang meransang pelepasan minyak sebum. Pengeluaran minyak berlebihan memyebabkan liang-liang anda tersumbat lalu mengakibtakan masalah jerawat.
- Cuaca – elakkan berjemur di bawah cahaya matahari. Anda akan berisiko mengalami masalah jerawat dan jeragat. Cahaya matahari mengandungi sinaran UV yang merosakkan sel kulit dan cenderung kepda masalah jeragat.
- Pemakanan – jaga pemakanan anda, amalkan diet yang sihat. Minum air secukupnya untuk kulit sentiasa terhidrasi.
- Kebersihan – lakukan penjagaan asas kulit muka setiap hari. Sentiasa mencuci muka, memakai toner dan pelembab.
- Kosmetik – pastikan barang kosmetik anda bukan daripada produk timbang kilo. Produk tersebut menyebabkan kulit terhakis menyebabkan sel kulit menjadi lebih teruk
Masalah-masalah kulit lain selepas bersalin
sumber: self.com
#1. Melasma
Peningkatan hormon estrogen dan progesteron selepas bersalin adalah punca terjadinya melasma. Melasma ialah tompakkan gelap di bahagian muka. Yang menyebabkan kulit kelihatan kusam, gelap dan tidak berseri.
#2. Urat labah-labah (Red Spider vein)
Terjadi disebabkan peningkatan peredaran darah yang menyebabkan saluran darah kembang. Urat labah-labah (Red Spider vein) seperti benang merah yang bercabang berada di sekitar muka, leher, dada dan kaki.
#3. Kulit sensitif
Perubahan hormon selepas bersalin menyebabkan kulit ibu menjadi sensitif, kering dan mengelupas. Ia akan menjadi masalah serius jika tidak dirawat. Amalkan pengambilan Vitamin C, E dan kolagen untuk kulit tidak kering.
#4. Stretch marks
Stretch marks berjadi apabila kulit diregangkan semasa hamil dan kecut selepas bersalin. Kebiasaanya tanda regangan ini terdapat di bahagian perut, payudara, punggung, di belakang lutut dan peha.
Cara mengatasi jerawat selepas bersalin
Perubahan hormon selepas bersalin menyebabkan punca jerawat. Kulit ibu selepas bersalin akan menjadi lebih lembut dan sensitif. Apakah yang perlu ibu-ibu lakukan jika jerawat muncul di muka selepas bersalin?
#1. Pilih pemakanan seimbang
Penjagaan makanan ibu selepas bersalin adalah sangat penting terutama bagi ibu yang sedang menyusu. Ibu yang menyusu perlu memilih makanan yang baik untuk bayinya.
Bayi akan mendapat khasiat dari pemakanan ibunya melalui susu, oleh itu ibu perlu menjaga pemakanan supaya kesihatan bayi anda juga baik. Analisis semula cara diet anda sekiranya masalah jerawat muncul selepas kelahiran.
#2. Dapatkan vitamin secukupnya
Kekurangan makanan tambahan seperti vitamin juga merupakan punca jerawat selepas bersalin. Semasa mengandung ibu perlu mengambil vitamin tambahan untuk keperluan badan selain mengamalkan pemakanan yang sihat.
Ibu hamil perlu mengambil vitamin C yang membantu kadar penyerapan zat besi tubuh. Kekurangan vitamin menyebabkan keletihan, keradangan gusi, luka lambat sembuh, lebam dan masalah kulit kering.
#3. Rujuk pakar dermatologi
Jika ibu-ibu mengalami masa jerawat yang semakin teruk walaupun bermacam-macam cara sudah buat sehingga menyebabkan anda terasa tertekan. Jumpa sahaja dengan pakar kulit. Dapatkan nasihat dan rawatan yang sesuai. Dengan rawatan yang betul kulit anda akan bertambah baik.
Petua menghilangkan jerawat secara tradisional
Masalah jerawat menyebabkan hilang keyakinan diri. Antara petua menghilangkan jerawat pada muka ialah:
1. Aloe vera (Lidah buaya)
Lidah buaya baik untuk mengatasi masalah muka berjerawat dan kulit kering. Lidah buaya mempunyai sifat anti-inflamasi yang dapat mengurangkan rasa sakit, bengkak pada muka.
Cara-cara: Ambil lendir pada lidah buaya kemudian sapukan pada bahagian parut jerawat di muka sehingga sebayi. Ulang langkah ini 2-3 kali dalam seminggu.
2. Timun
Timun juga digunakan sebagai petua hilangkan jerawat. Timun kaya dengan antioksidan yang dapat mencerahkan kulit serta membantu memberi kolegen.
Cara-cara: Ambil sebiji timun, potong beberapa hirisan dan selebihnya dikisar hingga hampas. Sapu hampas timun tersebut pada muka. Ambil hirisan yang dipotong tadi tampal pada bahagian yang ada jerawat. Biarkan setengah jam, basuh hingga bersih dengan ais suam. Ulang 2-3 seminggu.
3. Bedak sejuk dan Kulit kayu manis
Selain memberi kelazatan pada masakan kulit kayu manis juga digunakan untuk menghilangkan jerawat.
Cara-cara: Ambil 2-3 kulit kayu manis dan lebih kurang segenggam bedak sejuk. Kemudian tumbuk kulit kayu manis tadi sehingga menjadi serbuk halus, selepas itu campuk serbuk kayu manis. Tambah sedikit air suam dan sapu atau lumurkan campuran tadi pada parut di muka. Petua ini juga boleh hilangkan bintik-bintik hitam jeragat pada muka. Amalkan 2-3 kali seminggu.
4. Air basuhan beras
Cara-cara: Sediakan air basuhan beras ketika anda membasuh beras, masukkan air basuhan tersebut dalam bekas kosong. Kemudian basuh seluruh muka sehingga rata. Biarkan dalam setengah jam, selepas itu basuh muka anda dengan air bersih.
Rawatan kulit untuk ibu menyusu badan
Selepas bersalin ibu akan beralih ke fasa menyusu badan untuk membekalkan nutrisi yang mencukupi kepada bayi anda. Namun terdapat masalah kulit yang berlaku kepada ibu yang menyusu badan.
- Sakit pada bahagian puting – mungkin akan mengalami pendarahan atau terasa tidak selesa
- Kulit merekah– keadaan akan menjadi sukar apabila kulit puting menjadi kering dan terpaksa menyusukan bayi anda dalam keadaan kulit yang merekah. Hal ini biasa terjadi pada peringkat awal. Dapatkan nasihat doktor untuk rawatan seterusnya supaya proses penyusuan bayi akan jadi lancar.
Apakah rawatan sesuai jika ibu mengalami masalah kulit untuk ibu menyusu badan.
- Tompok coklat pada kulit – terjadinya pigmentasi pada wajah dan muncul garis hitam pada perut disebut sebagai linea nigra. Ini semua berlaku disebabkan perubahan hormon. Elakkan daripada terdedah dengan cahaya matahari, pastikan memakai sunscreen sebelum keluar rumah.
- Stretch marks – kewujudan regangan atau stretch mark menjadikan ibu tidak selesa. Stretch mark yang muncul terutama di bahagian perut akan sukar dihilangkan. Jika tidak dirawat parut Stretch mark boleh muncul di bahagian lain. Masalah stretch mark boleh dirawat, terdapat banyak krim dan losyen di farmasi yang boleh anda cuba untuk menghilangkannya. Dapatkan nasihat dari doktor sekiranya anda berasa ragu-ragu.
Bila perlu jumpa doktor?
Jika anda ada masalah ini dan rasa tidak selesa, anda dinasihatkan untuk berjumpa dan dapatkan nasihat doktor. Antara masalah tersebut termasuk:
- Jerawat jadi menyakitkan – jerawat jadi bernanah, membesar.
- Muncul di tempat yang pelik – walaupun sudah pelbagai kaedah digunakan namun jerawat masih lagi naik di tempat lain seperti pada badan, kaki dan kepala.
- Semakin teruk dan banyak – selepas rawatan tetapi anda merasakan jerawat semakin bertambah.
Semoga bermanfaat.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Penyebab Payudara Gatal Ketika Mengandung, Adakah Ia Normal?
Baca juga: Acne Patch Terbaik Yang Selamat Untuk Digunakan Semasa Hamil
Baca juga: Cara Hilangkan Jerawat Yang Muncul Terlalu Banyak Ketika Hamil
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!