Suami Isteri Yang Muka Seiras Dikatakan Jodoh Kuat & Lebih Bahagia, Ini 5 Sebabnya!

Muka seiras jodoh kuat dengan pasangan. Suami isteri juga dikatakan lebih serasi dalam mengharungi kehidupan berumah tangga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terlalu banyak pendapat tanpa alasan kukuh menyatakan bahawa muka seiras jodoh kuat. Pernyataan ini berlegar-legar dari mulut ke mulut terutamanya dari ‘orang lama’. Mereka ini lebih berpengalaman dalam menilai situasi/keadaan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • 6 fakta menarik berkaitan muka seiras jodoh kuat

Namun sejauh mana kebenaran ini dapat diterokai dalam sains? Apakah ada penerangan mahupun kajian dapat membuktikan bicara seperti ini? Doktor Ahmad Rostam Md Zin melalui ciapan twitternya telah berkongsi fakta ini.

Fakta menarik mengenai muka seiras jodoh kuat

Beliau merupakan Pakar Psikiatri telah memulakan bebenang dengan tajuk ‘Fakta Menarik Mengapa Pasangan Kelihatan Seiras.’

“Sudah tentu kita kerap kali terjumpa pasangan yg sudah kahwin kelihatan seiras & hampir serupa.

Kalau xkenal, mungkin ada yg akan kata mereka kembar @ bersaudara sedangkan mereka sebenarnya x. Sains ada jawapannya.”

Beliau berkongsi 6 fakta menarik muka seiras jodoh kuat ini:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Kajian 2011 mengenai pemilihan pasangan

Menurut Doktor Ahmad Rostam, melalui kajian pada tahun 2011 telah membuktikan individu lebih memilih pasangan yang muka seiras sama ada dengan diri sendiri atau ibu ayah. Jadi tak hairanlah apabila ‘orang-orang lama’ kerap berbicara muka seiras jodohnya kuat.

#2. Pemilihan pasangan melalui ‘assortative mating’

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau turut berkongsi tentang teori ‘assortative mating’. Teori ini berkaitan dengan ciri fizikal dan strata sosial yang setaraf menjadi faktor pemilihan pasangan. Dapat dilihat dalam situasi masa kini ramai anak-anak muda mencari pasangan sekufu.

#3. Tabiat, bahasa badan dan gaya yang sama

Disebabkan rasa emosi yang selesa dan mempunyai sifat saling percaya maka pasangan juga turut memiliki tabiat, bahasa badan dan gaya yang sama. Mungkin kerana ini jugalah pasangan yang muka seiras jodoh kuat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Sistem imun pasangan

Selain fizikal, sistem imun juga boleh berubah menghampiri persamaan pasangan. Hal ini dapat dilihat apabila seorang tidak sihat maka pasangannya juga bakal sakit tidak lama kemudian.

#5. Turun naik emosi dan cabaran

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasangan yang telah bersama dengan lamanya akan melalui pelbagai cabaran yang melibatkan emosi. Mereka secara tak langsung berkongsi keadaan yang sama. Malah keadaan ini juga boleh menyebabkan kedutan pada wajah muncul di tempat yang sama.

Selain itu Doktor Ahmad Rostam turut berkongsi tentang kajian Robert Zanjonc. Ia menunjukkan ‘semakin tinggi tahap kegembiraan dan kebahagian dialami pasangan, semakin seiras mereka kelihatan.’

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Kunci Rumah Tangga Bahagia Pasangan Lama Berkahwin Amalkan, No #7 Paling Penting!

Baca juga: Tidak Perlu Berbelanja Besar Atau Luang Tenaga Banyak, Ini Cara Mudah Kekalkan Hubungan Bersama Pasangan!

Baca juga: Oh Ini Rupanya Cara Untuk Elak Pasangan Beralih Arah & Cari Cinta Lain!

Penulis

Ain Yusof