Muntah warna kuning, bayi saya mungkin boleh meninggal ketika berusia 10 hari!

Ikuti kisah ibu ini apabila muntah warna kuning nyaris meragut nyawa bayinya yang baru berusia 10 hari. Muntah warna kuning pada bayi bahaya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Muntah warna kuning

Bagi mana-mana ibu bapa, apa saja yang membahayakan bayi adalah sesuatu yang menakutkan. Dan tentu saja, kita berharap ada orang beri amaran pada kita tentang benda berbahaya itu terlebih dalu. Ibu ini telah berkongsi pengalaman ngeri ketika bayinya mungkin boleh meninggal dunia ketika berusia 10 hari kerana muntah warna kuning.

Di usia 10 hari, bayinya yang jarang-jarang menangis tiba-tiba muntah berwarna kuning. Ia bukanlah kuning cair seperti warna susu basi.

Tapi ia berwarna kuning terang seperti pen penerang (highlighter) yang sungguh menakutkan sesiapa sahaja yang melihatnya!

Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: babycenter

Ibu tersebut telah membuat keputusan untuk menelefon talian kecemasan dan memberitahu apa yang terjadi. Sebelum dia sempat menjelaskan tentang apa yang terjadi, jururawat dalam telefon terus menggesanya untuk ke bahagian kecemasan dengan segera.

Ini kerana muntah bayi berwarna kuning itu mungkin sesuatu yang sangat serius.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
 
Bayi beliau kemudiannya ditempatkan dalam ambulans untuk ke Hospital Kanak-Kanak Sydney, seperti di dalam filem.

Gambar sekadar hiasan. Kredit foto Navi Medicine Live

Muntah warna kuning yang mendebarkan

Dalam masa yang singkat, bayi  tersebut telah dipasangkan dengan pelbagai mesin untuk memantau keadaannya. Disebabkan bayi itu terlalu kecil, doktor tidak dapat mencari saluran darah untuk memasukkan air, jadi mereka meletakkan pada kepalanya!

Oleh kerana dia tidak dapat memegang bayinya, ibu itu cuba untu menenangkan bayinya dengan suara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu tersebut menceritakan bagaimana dia tidak dapat berbuat apa-apa ketika bayinya menangis. Ia sungguh melukakan hati. Dan dia cuba untuk tidak hilang kawalan!

Tiba-tiba jururawat memberi ibu itu pam susu. Sambil dia mengepam, jururawat tersebut memberitahu yang muntah kuning ialah tanda yang bayinya mungkin mengalami usus tersimpul. Dan beberapa ujian mesti dilakukan untuk memastikan sama ada hal ini betul atau tidak.

Sekiranya apa yang dijangka itu benar-benar terjadi, mereka harus membedah bayinya dengan kadar segera. Selepas hampir 24 jam, mereka diberitahu yang usus bayinya dalam keadaan baik. Semua mesin telah dibuka dan dia memeluk bayinya sepenuh jiwa.

Beberapa bulan kemudian, ibu tersebut mendapat berita yang terdapat bayi sahabat mereka mengalami situasi yang sama seperti mereka. Tetapi nasib mereka tidak begitu baik. Bayi mereka disahkan mengalami usus tersimpul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan lebih menyedihkan lagi, bayi keluarga sahabatnya itu meninggal dunia akibat keadaan itu. Mereka tidak tahu apa yang menyebabkan usus tersimpul, tapi mereka berharap lebih ramai tahu simptom usus tersimpul pada bayi.

Muntah warna kuning kerana usus tersimpul

Volvulus. Kredit foto wikimedia common

Terdapat satu keadaan di mana usus tersumbat akibat kecacatan semasa kelahiran yang dipanggil ‘intestinal malrotation’. Dan ia boleh bertukar menjadi volvulus yang kerap terjadi di tahun pertama usia bayi.

Simptom yang perlu diperhatikan adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • muntah warna kuning atau hijau
  • sakit di bahagian abdomen
  • sembelit atau sukar membuang air besar
  • tahi berwarna merah
  • sering terkejut

Segera ke bahagian kecemasan jika terdapat simptom-simptom ini. Rawatan awal sangat kritikal untuk memastikan keselamatan bayi.

 

Sumber: Babyology

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

7 Perkara Penting Yang Ibu Bapa Harus Tahu Tentang Perut Bayi Anda

Bayi Baru Lahir Sering Muntah. Adakah Ini Normal?

7 Jenis Sakit Perut Yang Sering Dialami Kanak-Kanak & Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma