Cara Tingkatkan Nafsu Isteri Hamil Ketika Berhubungan Intim, Ini Perkongsian Daripada Wanita Sendiri!

Wanita hamil adakalanya mempunyai nafsu tidak menentu terutama pada peringkat trimester terakhir. Jadi bagaimana suami boleh tingkatkan nafsu isteri?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadangkala suami pening kepala apabila sedang asyik berhubungan intim isteri tiba-tiba seakan tidak bernafsu terutama bagi yangs sedang hamil. Jadi bagaimana caranya untuk tingkatkan nafsu isteri semasa bersetubuh?

Kali ini kami kongsikan tips ini kerana mungkin ada pasangan di luar sana yang sedang mengalami masalah ini tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya.

Pengetahuan ini pentingnya bagi mengekalkan keharmonian hubungan suami isteri ketika di ranjang. Ia bukanlah perkara simple yang anda boleh buat tak tahu saja.

Nafsu isteri ketika berasmara boleh ditingkatkan dengan cara ini

Kredit: ibusehat.co

Jangan mudah putus ada jika pasangan anda agak sukar untuk ‘dipancing’ ketika berhubungan intim. Memang ada orang yang agak sukar untuk buat mereka terangsang terutama sekali si isteri.

Jika tak kena caranya, boleh buat mereka turn off pula. Jadi suami di luar sana, memang ada asasnya jika anda risau mengenai perkara ini, malah si isteri juga memang patut risau jika anda merasakan and sedang mengalaminya. Jadi apa apa kata cuba tips yang kami kongsikan ini.

Anda pasti tidak menyesal jika sudah mencuba tips ini. Jom tingkatkan nafsu wanita dengan cara ini!

#1. Lakukan seks lisan, Dirty talk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: muyinterstate

Sebelum anda pergi lebih jauh, sekali sekala ajaklah isteri atau suami buat aktiviti seks lisan untuk warm up hubungan intim kalian. Seks lisan yang dimaksudkan bukanlah oral seks, tetapi ia sebenarya lebih kepada perbualan tentang seks. 

Seks lisan ini mampu merangsang nafsu dan memang ada wanita yang akan terangsang nafsunya apabila seks lisan bersama pasangannya. 

Anda boleh lakukan seks lisan ketika di pejabat atau di rumah sebelum tidur. Melakukan seks lisan dapat membantu isteri anda berimaginasi tentang nikmat bersama dan seterusnya membangkit keinginan bersama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan hairan isteri anda, sudah berbau harum menunggu anda balik dari pejabat. Semasa melakukan seks lisan, anda boleh trigger isteri anda dengan pertanyaan yang berunsur keghairahan.

#2. Cium leher terlebih dulu

Secara umum, wanita suka lelaki melakukan foreplay sebelum terus kepada seks. Wanita sebenarnya sukakan belaian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi tidak hairan jika sebilangan besar wanita menyatakan bahawa mereka mula mendapat rangsangan seks dengan ciuman leher.

#3. Sentuhan pada bahagian sensitif

Kredit: haibunda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melakukan sentuhan pada bahagian yang sensitif yang lain seperti payudara. Pastikan isteri anda tidak kebosanan dengan cara anda. Anda boleh pelbagaikan cara dan menjadi kreatif dalam melayan isteri anda.

#4. Buat bunyi ghairah

Desahan terutama dekat di telinga akan membuatkan nafsu isteri terangsang. Anda mungkin boleh cuba dan lihat reaksi isteri selepas itu sama ada menjadi atau sebaliknya. 

Antara faktor kenapa isteri menolak mengadakan hubungan intim hamil

Ketika hamil, ada isteri yang menolak untuk mengadakan hubungan intim. Ini antara sebab-sebabnya mereka kadang kala menolak terutama ketika sedang sarat mengandung:

  •  Bimbangkan kandungan.
  • Keletihan
  • Sakit di bahagian intim ( payudara dan kemaluan)
  • Sakit tulang belakang dan pinggang
  • Rasa diri tidak mengancam seperti sebelum hamil
  • Takut suami tidak puas

Selamatkan seks ketika hamil?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melakukan hubungan seks ketika mengandung secara amnya, adalah selamat. Namun, anda dinasihatkan untuk melakukannya dengan pergerakan yang tidak ganas dan melakukan posisi-posisi yang boleh mempengaruhi kehamilan anda .

Namun, menurut Dr M Ramzdhan terdapat beberapa sebab anda harus untuk mengelak melakukan seks ketika hamil iaitu:

  • Pernah gugur janin
  • Pernah mengalami bayi kurang bulan
  • Mempunyai servix yang mudah terbuka
    Placenta previa ( Plasenta terhasil di kawasan serviks)
    Pemecahan kantung ketuban yang pramatang (PROM)

Ada penyelidik yang menyatakan, seks ketika usia kandungan 36 minggu ke bawah, boleh melancarkan proses bersalin. Perkara ini terjadi kerana, air mani suami yang mengandungi prostaglandin adalah elemen penting untuk melembutkan pangkal rahim dan penyebab sakit kontraksi bermula.

Jadi suami bolehlah cuba cara yang kami kongsikan untuk tingkatkan nafsu isteri terutama ketika mereka hamil ini kerana ia juga beri kebaikan kepada proses bersalin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: xgeneroyales, 9 bulan 10 hari

Baca juga: Berapa Kerap Hubungan Intim Suami Isteri Yang Normal? Ini Jawapan Doktor

Penulis

Lala Annuar