X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Nafsu Untuk Bersetubuh Meningkat, Adakah Selamat Beronani Ketika Hamil?

4 min bacaan
Nafsu Untuk Bersetubuh Meningkat, Adakah Selamat Beronani Ketika Hamil?

Kerap bersama suami ketika hamil dikatakan dapat memudahkan proses bersalin. Namun bagaimana jika berjauhan dari suami? Kesan melancap ini mungkin membantu!

Keinginan untuk melakukan persetubuhan pasti akan terhalang sekiranya anda dan pasangan berada berjauhan. Namun, bagaimana pula jika anda sedang hamil ingin melepaskan desakan nafsu ini? Tentu sahaja kesan melancap dapat membantu!

Bagi kebanyakan orang, ia adalah topik yang tidak sesuai untuk dibincangkan secara terbuka. Tetapi tidak ada salahnya jika untuk menambah pengetahuan setiap individu.

Kesan melancap ketika hamil

kesan melancap ketika hamil

Tidak dinafikan bahawa ramai individu termasuk pakar mengatakan beronani adalah sesuatu perbuatan yang normal. Hakikatnya ia dilakukan oleh kebanyakan lelaki mahupun wanita bagi tujuan kepuasan.

Persoalannya, bagaimana pula sekiranya anda sedang hamil? Adakah selamat untuk melakukannya atas beberapa alasan sukar untuk bersama pasangan?

Tempoh kehamilan adalah sesuatu yang mencabar kerana ia mampu mengubah segala-galanya. Ketika perut anda semakin membesar, kebanyakan ibu akan mengalami perubahan fizikal serta mental.

Tidak hanya berdepan keadaan seperti morning sickness, mood tidak menentu atau keletihan, sesetengah ibu turut mengalami peningkatkan hormon progesterone dan estrogen iaitu keinginan untuk bercinta.

Sekiranya suami tidak larat melayan, tidak bersama dengan anda kerana tuntutan kerja atau hubungan jarak jauh, mungkin ibu cenderung untuk beronani.

Walaupun perbuatan ini adalah dilarang di sisi agama, namun tidak dinafikan bahawa sememangnya ramai individu gemar melakukannya. Menurut pakar, kesan melancap semasa mengandung adalah normal dan memberikan pelbagai manfaat. Antaranya:

#1. Membantu mengurangkan stres

Apabila anda orgasme selepas melancap, hormon oxytocin akan dilepaskan ke dalam badan. Hal ini menjadi sebagai pelega tekanan secara semula jadi.

#2. Meningkatkan kualiti tidur

Apabila perut ibu semakin membesar, anda mungkin boleh bergantung kepada melancap sebagai cara menurunkan tekanan darah dan melepaskan hormon endorfin yang sekaligus membantu anda tidur lebih lena.

#3. Memudahkan proses bersalin

kesan melancap ketika mengandung

Dinding pelvik yang kuat memberikan manfaat ketika anda melalui proses bersalin. Kesan melancap mampu membantu ibu tanpa memerlukan sebarang sentuhan dari pasangan.

#4. Meningkatkan perasaan gembira

Tahukah anda bahawa kepuasan seks berkait rapat dengan perasaan seseorang?  Dengan melancap membuatkan anda berasa lebih gembira untuk mengharungi perjalanan setiap hari dengan sangat mudah!

Namun, anda perlu berhenti dari melakukannya jika mengalami masalah seperti berikut:

  • Keluar pendarahan melalui faraj
  • Air ketuban pecah
  • Berisiko tinggi melahirkan bayi pramatang
  • Kehamilan dengan uri berada di bawah

Selamatkah beronani ketika mengandung?

Bagi ibu masih tidak tahu, beronani adalah perbuatan yang selamat untuk dilakukan walaupun ada beberapa ketika anda perlu menghentikannya.

Sekiranya ibu bebas dar keadaan yang dinyatakan seperti di atas, maka melancap semasa hamil adalah perbuatan normal untuk anda.

Beberapa tips penting ini membantu meningkatkan tahap keselamatan anda ketika nafsu bercinta datang menyerang:

kesan beronani ketika hamil

  • Pastikan kuku sentiasa pendek untuk mengelakkan risiko dinding faraj tercedera akibat kesan melancap.
  • Bersihkan terlebih dahulu jari dan tangan. Sila cuci menggunakan air sabun setiap kali sebelum atau selepas beronani.
  • Sentiasa pastikan peralatan seks seperti vibrator atau dildo yang anda ingin gunakan adalah milik sendiri dan bukannya dipinjam dari orang lain. Perkongsian sex toy ini akan menyebabkan penyebaran penyakit jangkitan kelamin (STD) antara manusia
  • Jangan gunakan objek asing untuk beronani kerana ia mungkin membawa bakteria dan virus. Risiko bahaya juga boleh berlaku jika anda menggunakan objek kecil dan tajam kerana ia akan melekat dan menecederakan faraj.
  • Menggunakan pelincir. Sebelum memasukkan jari ke dalam faraj, ibu boleh menggunakan pelincir agar menjadikan anda lebih puas dan mengelakkan masalah faraj kering.

Untuk lebih selamat, anda boleh gunakan kondom bagi menyarungkan pada sex toy. Ini adalah satu tindakan yang efektif dalam usaha mengelakkan STD.

Namun, pastikan anda membuang dan menukar kondom selepas digunakan biarpun baru sekali.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Kesimpulannya, beronani adalah perkara semula jadi dan selamat bagi kehamilan berisiko rendah. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai kehamilan berisiko tinggi atau diminta oleh doktor untuk menahan diri dari aktiviti seksual, ibu hendaklah berbuat demikian.

Adalah penting untuk anda memahami apa yang selamat dan apa yang tidak agar bayi dalam kandungan tidak menerima kesan bahayanya.

Sumber: Hello Doctor

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

5 Posisi Seks Semasa Hamil Yang Menjanjikan "Umph" Buat Anda Dan Pasangan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Nafsu Untuk Bersetubuh Meningkat, Adakah Selamat Beronani Ketika Hamil?
Kongsikan:
  • Lelaki Yang Gemar Melakukan Onani Miliki Sistem Imunisasi & Hormon Lebih Baik

    Lelaki Yang Gemar Melakukan Onani Miliki Sistem Imunisasi & Hormon Lebih Baik

  • Ketagih Onani Setiap Hari, Guna Tips Berkesan Untuk Mengurangkan Tabiat Ini!

    Ketagih Onani Setiap Hari, Guna Tips Berkesan Untuk Mengurangkan Tabiat Ini!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Lelaki Yang Gemar Melakukan Onani Miliki Sistem Imunisasi & Hormon Lebih Baik

    Lelaki Yang Gemar Melakukan Onani Miliki Sistem Imunisasi & Hormon Lebih Baik

  • Ketagih Onani Setiap Hari, Guna Tips Berkesan Untuk Mengurangkan Tabiat Ini!

    Ketagih Onani Setiap Hari, Guna Tips Berkesan Untuk Mengurangkan Tabiat Ini!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.