Nafsu Seks Mengandung Menurun, Cuba 5 Cara Ini Kembalikan Kehangatan Hubungan Intim

Seks mengandung kadang kala menyebabkan si ibu hamil tidak gemar melakukannya. Jadi si suami pula semakin tidak tahan. Apa anda boleh buat?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keinginan seks mengandung yang semakin menurun adalah normal bagi kebanyakan wanita. Ini bukanlah bermakna ada perkara serius yang menganggu anda.

Namun, keadaan ini sedikit sebanyak menimbulkan ketidakselesaan ibu hamil terhadap pasangan. Pasti rasa serba salah itu timbul kerana kemahuan terhadap seks semakin menurun ketika hamil.

Apa yang penting, bersikap terbuka dengan pasangan anda dan beritahu doktor apa yang anda rasa supaya anda boleh mengambil langkah terbaik memastikan kedua-dua pihak iaitu anda dan suami selesa dengan perubahan yang berlaku ketika hamil ini. 

Nafsu seks mengandung berkurangan semasa trimester pertama

Sekiranya anda ibu hamil dan sedang mengalami keadaan ini, jangan risau kerana anda tidak bersendirian. Ramai wanita yang hamil memang mengalami masalah sama.

Terdapat banyak sebab kenapa melakukan seks ketika hamil bukan pilihan anda. Malah anda lebih gemar bersendiri dan sebagainya terutama ketika trimester pertama. 

Antara perkara yang menyebabkan terjadinya perkara ini termasuklah:

#1. Perubahan hormon

Perubahan hormon yang berlaku dalam badan anda boleh menyebabkan anda kehilangan minat untuk melakukan hubungan seks suami isteri. Apa yang berlaku ini akan menjejaskan libido anda.

#2. Takut beri kesan kepada bayi

Ada wanita yang takut suaminya bakal tertindih bayi dan menyebabkan kecelakaan dan sebagainya. Pada peringkat ini keadaan bayi juga masih baharu dan jika suami terkasar sedikit ia mungkin boleh menyebabkan keguguran. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan itu wanita lebih berhati-hati ketika ini dan menjadikan seks bukan satu keutamaan untuk mereka.

#3. Rasa tidak seksi

Apabila mengandung umum ketahui bahawa perubahan fisiologi akan berlaku. Jadi ada wanita yang mula merasakan diri mereka tidak cantik dan seksi seperti dulu.

Ini mengurangkan keyakinan diri mereka untuk melakukan aksi seks di hadapan suami. 

#4. Tertekan

Kehamilan akan menyebabkan pelbagai kebimbangan lama dan baharu juga muncul. Ia termasuklah risau mengenai keadaan bayi, rasa sakit bersalin serta perubahan apabila menjadi ibu baharu nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, keadaan perubahan hormon serta rasa rendah diri akan membuatkan wanita hamil tertekan sekaligus hilang mood untuk melakukan hubungan seks. 

#5. Muntah dan loya

Keadaan muntah dan loya sedikit sebanyak memberi kesan kerana anda mungkin anda rasa nak baring sahaja kerana penat berulang-alik ke tandas untuk muntah.

Perubahan seks mengandung semasa trimester kedua dan ketiga

Menjelang minggu ke-12 iaitu masuknya trimester kedua, keadaan mungkin mula berubah. Hormon anda mungkin lebih teratur dan banyak kesan akibat kehamilan seperti loya dan muntah akan berkurangan ketika ini. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila tahap tenaga pulih, ia sekaligus memulihkan keinginan seksual anda. Pada masa yang sama, peningkatan dalam pelinciran faraj, disertai dengan pembengkakan klitoris dan faraj, boleh meningkatkan kualiti dan kekerapan seks.

Ada juga wanita hamil yang memaklumkan, ketika trimester kedua kehamilan, keinginan mereka untuk melakukan seks adalah lebih kerap berbanding pada trimester pertama.

Jadi pada ketika ini apa yang penting adalah anda haruslah menjaga  posisi seks yang dipilih supaya ia selamat untuk bayi dan juga ibu hamil selain memberi keselesaan kepada suami.

Berikut adalah posisi seks ketika hamil yang boleh anda cuba:

  1. Apabila masuk trimester kedua anda boleh cuba teknik duduk atas kerusi sambil berhadapan pasangan, melalukan doggy style atau reverse spooning
  2. Apabila kandungan anda sudah masuk usia 20 minggu, cuba elak posisi berbaring terlentang seperti dalam posisi missionary. Ini kerana apabila anda terlentang, rahim yang semakin membesar akan memberi tekanan kepada aorta anda. Ia akan menjejaskan pengaliran darah ke plasenta. Kalau anda masih mahu melakukan gaya missionary, cuba letak bantal di bawah punggung.

Namun, masuk trimester ketiga, akan berulang semula perkara pada trimester pertama iaitu anda akan mula kehilangan keinginan seks sekali lagi. 

Pertambahan berat badan, sakit belakang dan simptom lain boleh membuat mood menjadi lebih sukar apabila anda menghampiri tarikh bersalin.

Namun bukan semua wanita mengalaminya, ramai yang menikmati seks sama seperti sama seperti pada trimester kedua. Melakukan seks apabila anda sudah masuk minggu ke-37 kehamilan juga digalakkan bagi membuka jalan kelahiran bayi dan memudahkan proses anda bersalin. 

Jenis jenis alasan ibu hamil berikan untuk elak seks ketika hamil

Ada pelbagai alasan yang mungkin diberikan oleh ibu hamil apabila suami mereka mula menunjukkan tanda-tanda keinginan melakukan seks. Ia termasuklah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Loya

Pada trimester pertama terutamanya, ada wanita hamil yang mengalami alahan tidak boleh bau suaminya. Mungkin ia juga pernah berlaku kepada anda atau ahli keluarga anda.

Semua perkara berkaitan suaminya dirasakan busuk. Ini membuatkan mereka loya. Jadi ini antara alasan yang digunakan oleh wanita jika dia tidak mempunyai keinginan melakukan seks.

Selain itu, keadaan morning sickness dengan loya dan muntah berterusan akan menyebabkan wanita tidak larat melakukan apa pun selain daripada berbaring sahaja.

#2. Keletihan

Wanita hamil memang biasa untuk rasa letih dan mereka biasanya mengalami keletihan secara lebih kerap. Lebih teruk jika dia mengalami anemia yang akan membuatkan keadaan letihnya menjadi lebih teruk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Takut keguguran

Takut keguguran atau bahaya pada bayi ketika berlangsungnya hubungan seks menyebabkan wanita menolak untuk melakukan hubungan intim.

Mereka takut pergerakan itu akan menyebabkan bayi dalam kandungan terancam. 

#4. Kurang berminat, tiada nafsu

Ini memang jenis berterus-terang. Dia akan berterus-terang dengan suaminya mengenai keinginannya yang semakin menurun. Wanita seperti ini lebih bersikap terbuka dengan suaminya.

Harap-harap suami terbuka dan tidak terasalah ya!

#5. Ketidakselesaan

Dengan keadaan perut yang semakin membesar akan menyebabkan berlakunya ketidakselesaan kepada ibu hamil. Jadi dia mungkin rasa tidak perlu melakukan hubungan seks dalam keadaan sebegini.

#6. Kejanggalan fizikal

Rasa diri sudah tidak menarik atau seksi akibat berat badan yang semakin bertambah dan sebagainya mungkin menjadi alasan untuk wanita hamil menolak melakukan seks.

#7. Takut jangkitan

Ada juga yang takutkan jangkitan daripada alat kelamin suami yang mungkin menyebabkan kemudaratan kepada ibu hamil serta bayinya. 

#8. Takut air ketuban pecah

Ada juga yang takut air ketuban pecah apabila zakar suami menusuk ke dalam faraj dibimbangi menyebabkan kebocoran kepada cecair amniotik. 

Cara untuk kembalikan kehangatan seks mengandung

Ramai ibu hamil yang sebenarnya bimbang dengan keadaan ini kerana mereka rasa sudah berlaku tidak adil kepada suami. Namun ia tidak boleh dipaksa-paksa. 

Jadi ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk kembalikan kehangatan seks semasa mengandung.  Sudah pastinya perkara paling utama yang perlu anda lakukan adalah hilangkan tekanan yang sedang melanda diri anda kerana anda tidak keseorangan dalam perkara ini. 

Apa yang boleh anda lakukan adalah:

#1. Cipta masa kualiti bersama

Keluarlah makan malam romantik bersama-sama. Buat sesuatu yang anda berdua sudah jarang buat sejak mengandung. Pergilah menonton wayang dan cerita romantik bersama-sama.

#2. Prihatin

Cuba prihatin dengan keadaan suami atau pun isteri. Jika anda suami, cubalah buat kerja rumah yang selama ini anda serahkan bulat-bulat kepada isteri.

Buat isteri pula, mungkin boleh cuba masak makanan kegemaran suami untuk menaikkan rasa sayang anda padanya. 

#3. Sentuhan fizikal penuh kasih sayang

Sentuhan fizikal perlulah penuh dengan kasih sayang. Bukan hanya untuk meningkatkan keghairahan seks, tetapi mahu pasangan anda tahu yang dia disayangi.

Ciuman atau pelukan juga boleh menarik keinginan untuk melakukan seks. 

#4. Kata-kata penghargaan

Hargailah mereka. Berikan pujian dan beritahu pasangan betapa anda menyayangi mereka.

#5. Beri hadiah

Tidak semestinya perlu mahal, tetapi berikan hadiah bermakna untuknya. Tidak perlu tunggu hari lahir dan sebagainya, pada keadaan biasa juga anda boleh beri mereka hadiah.

Jika si suami menunjukkan rasa marah atau tidak puas hati akibat penurunan keinginan melakukan seks, mungkin mereka berasa kesunyian dan berfikir bahawa seks adalah satu-satunya cara mereka untuk merapatkan jurang. 

Jadi ketika ini anda mungkin rasa dia sangat mementingkan diri. Namun, cubalah tarik perhatiannya dengan cara berbeza. Cari cara lain untuk menunjukkan kasih sayang fizikal selain seks.

Ini mungkin termasuk membelai belakangnya, berkongsi kamar mandi dan mandi bersama-sama serta pelukan dan ciuman yang lama serta berlarutan.

Anda mungkin akan sangat menikmati perkara ini, ia akan kekal sebagai sebahagian daripada kehidupan seks anda selepas bayi lahir.

Sebaik saja anda bersedia melakukan hubungan seks, apa yang penting jangan terlalu gelojoh. Masa yang terbaik adalah dari 15 minit hingga 30 minit. 

 Melakukan hubungan seks apabila anda tiada mood boleh menimbulkan lebih banyak masalah untuk masa depan selain hanya meluaskan jurang emosi antara anda dan suami. 

Namun harus diingat, anda memang perlu elak lakukan hubungan seks jika mengalami:

  • Pendarahan teruk
  • Plasenta previa
  • Air ketuban sudah pecah kerana boleh tingkatkan risiko jangkitan
  • Mengalami masalah rahim
  • Mengandung anak kembar
  • Ada sejarah bersalin awal
  1. Verywellfamily (September 13, 2021). Is Loss of Libido Common in Pregnancy? www.verywellfamily.com/is-it-normal-to-not-want-sex-in-pregnancy-2759945
  2. New Parent Support (n.d) Sex in trimester one, two and three of pregnant. www.nct.org.uk/pregnancy/relationships-sex/sex-trimester-one-two-and-three-pregnancy

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hamil Tapi Kerap Bernafsu Terhadap Suami, Adakah Seks Ibu Mengandung Selamat Untuk Bayi?

Baca juga: Elak Terlalu Gelojoh, Ini Posisi Seks Ibu Hamil Yang Selamat Mengikut Trimester Kehamilan

Baca juga: Seks Ketika Awal Kehamilan: Adakah Ianya Memudaratkan & Bahaya Kepada Bayi?

Penulis

Lala Annuar