X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Seks Ketika Awal Kehamilan: Adakah Ianya Memudaratkan & Bahaya Kepada Bayi?

5 min bacaan
Seks Ketika Awal Kehamilan: Adakah Ianya Memudaratkan & Bahaya Kepada Bayi?

Bolehkah buat seks ketika awal kehamilan? Adakah ia memudarat & berbahaya kepada bayi? Kami menjawab persoalan ini disini khas untuk anda.

Hmm, seks ketika awal kehamilan? Bagi wanita yang baru sahaja mengetahui mengenai kehamilan mereka, kami ucapkan setinggi-tinggi tahniah buat bakal ibu semua. Perasaan nak menimang cahaya mata ini memang satu perasaan yang menggembirakan. Lebih-lebih lagi buat bakal ibu yang merasakan bahawa perasaan ini adalah satu perasaan istimewa yang hanya ibu sahaja yang boleh rasakan.

Berbicara kembali mengenai tajuk artikel kali ini, pastinya buat kedua bakal ibu dan bapa seronok untuk mendapat anak. Tapi, mesti ada yang tertanya-tanya juga adakah boleh jika pasangan membuat seks ketika awal kehamilan. Itulah persoalannya; boleh atau tidak membuat hubungan intim sewaktu mengandung.

Buat ibu pastinya ibu berasa risau dan cemas ketika membuat seks ketika awal kehamilan. Begitu juga dengan bapa yang mempunyai anggapan bahawa mereka akan mencederakan anak untuk membuat seks di awal kehamilan dan jika seks dibenarkan, mereka risau akan posisi yang selamat bila buat seks.

Baik ibu atau bapa, masing-masing dah mula takut. Yang sebenarnya, boleh atau tidak buat seks ketika awal kehamilan ini? Kalau tak ada ilmu boleh parah jadinya. Sebab itulah, anda dan pasangan kena tahu mengenai perkara ini. Semoga bermanfaat!

Di dalam artikel ini akan menceritakan tentang:

  • Bolehkah pasangan membuat seks ketika awal kehamilan?
  • Adakah bayi dilindungi semasa membuat seks?
  • Risiko ketika kehamilan yang bukan disebabkan hubungan intim 
  • Perkara yang menghalang anda untuk melakukan seks ketika hamil
  • Posisi selamat ketika hamil

Bolehkah pasangan membuat seks ketika awal kehamilan?

seks ketika awal kehamilan

Kredit: Freepik

Bagi pasangan yang bakal menimang cahaya mata, jangan risau. Anda masih boleh membuat seks bukan sahaja pada awal kehamilan tetapi bahkan untuk sepanjang kehamilan. Pokoknya, seks ketika awal kehamilan adalah selamat untuk bayi dan juga ibu.

Jika doktor atau pakar yang anda rujuk mengesyorkan agar anda tidak membuat seks di awal kehamilan. Ikut kata dan nasihat pakar anda. Jika tidak, seks dibolehkan dan juga digalakkan.

Adakah bayi dilindungi sewaktu melakukan hubungan seks?

seks ketika awal kehamilan

Kredit: Freepik

Sudah tentu! Walaupun anda menyangkakan bahawa hubungan seks ini akan membuatkan bayi anda tercedera dan sebagainya, sebaliknya proses seks ini tidak membahayakan, menyakitkan atau mencederakan bayi. Apatah lagi, jika anda risau bahawa hubungan intim bersama pasangan akan menyebabkan bayi mendapat jangkitan kuman. Itu sudah semestinya mustahil. Nak tahu mengapa?

Semasa dalam proses hubungan intim, zakar akan memasuki bahagian faraj. Itu benar. Tetapi, zakar ini tidak akan mencederakan bahagian rahim yang mana ianya tidak akan menyentuh langsung bahagian tersebut. Tahukah anda, terdapat otot pada bahagian rahim berserta dengan cecair yang diberi nama cecair amniotik yang melindungi bayi apabila anda membuat hubungan seks bersama pasangan.

Risaukan jangkitan kuman? Jangan bimbang! Ini sebab terdapat mukus yang terdapat pada bahagian hadapan servik yang berupaya untuk menghalang sebarang jangkitan kuman daripada masuk ke dalam faraj. 

Risiko yang mungkin berlaku sewaktu kehamilan yang bukan disebabkan oleh seks atau hubungan intim

Seks Ketika Awal Kehamilan: Adakah Ianya Memudaratkan & Bahaya Kepada Bayi?

Kredit: Pexels

Begitu mudah untuk kedua pasangan untuk menyalahkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku sewaktu kehamilan disebabkan oleh seks. Tetapi, seks sebenarnya tidak bersalah dan tidak pernah menjadi penyebab mengapa perkara ini berlaku. Jadi anda janganlah menyalahkan seks disebabkan perkara-perkara begini ini. Antara perkara tersebut adalah:

  • Pendarahan di awal kehamilan

Pendarahan di awal kehamilan adalah sesuatu yang biasa berlaku untuk wanita yang mengandung. Pendarahan yang berlaku adalah sedikit dan kadang-kala hanya tompok-tompok sahaja. Ia bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan.

Banyak perubahan berlaku kepada hormon sewaktu wanita mengandung. Antaranya ialah perubahan hormon menyebabkan serviks menjadi lebih kering daripada biasa lalu mengakibatkan saluran darah mudah pecah. Jadi apabila melakukan aktiviti seks, faraj akan mendapat iritasi akibat kering dan disebabkan itu faraj akan sedikit berdarah.

Tetapi ianya akan sembuh dalam masa beberapa hari. Terdapat banyak lagi punca pendarahan berlaku pada trimester pertama tetapi ianya bukanlah disebabkan oleh seks.

Jika pendarahan terlalu banyak dan disertai dengan demam, kejang dan berlarutan sehingga beberapa hari, anda perlu berjumpa doktor dengan kadar segera.

  • Keguguran

Adalah amat penting bagi mana-mana bakal ibu untuk menjaga kandungan mereka sebaik mungkin pada awal kehamilan. Sungguhpun begitu, mengadakan hubungan seks tidak kiralah sekali ataupun berkali-kali tidak mengakibatkan keguguran.

Punca keguguran adalah seperti berikut:

  1. Ketidakseimbangan hormon ibu
  2. Masalah atau penyakit kronik seperti diabetis, tiroid dan sebagainya
  3. Stress yang melampau
  4. Senaman yang terlalu melampau
  5. Kurang vitamin dan nutrien yang diperlukan seperti asid folik

Apakah perkara yang menghalang anda untuk buat seks sewaktu hamil?

Walaupun hubungan seks selamat sewaktu kehamilan, tetapi ada pengecualian apabila ia melibatkan perkara-perkara sebegini. Antaranya ialah:

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
  • Sejarah keguguran
  • Sejarah kelahiran bayi pramatang
  • Serviks ibu mudah terbuka
  • Mempunyai plasenta yang berada dalam kawasan serviks

Posisi selamat ketika hamil? 

Siapa kata wanita mengandung tidak dapat menikmati hubungan seks yang terbaik? Anda dan boleh cuba beberapa posisi ini untuk memudahkan pasangan dan memberikan kelegaan pada pasangan anda yang mengandung. Apa yang penting kedua-duanya hendaklah menjaga keselamatan masing-masing. Antara posisi selamat adalah seperti berikut: 

  • Posisi cowgirl
  • Posisi missionary
  • Posisi face to face (berhadapan)
  • Posisi spooning.

Sumber: Healthline

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Seks semasa hamil selamat ke? Ini 7 fakta & mitos tentang seks semasa hamil yang wajib diketahui

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Seks Ketika Awal Kehamilan: Adakah Ianya Memudaratkan & Bahaya Kepada Bayi?
Kongsikan:
  • Ramai Isteri Kurang Yakin Melakukan Seks Ketika Hamil, Ini Cara Untuk Menghadapinya!

    Ramai Isteri Kurang Yakin Melakukan Seks Ketika Hamil, Ini Cara Untuk Menghadapinya!

  • "Saya buat seks SETIAP MALAM selama 1 tahun - Ini apa yang saya tak sangka!"

    "Saya buat seks SETIAP MALAM selama 1 tahun - Ini apa yang saya tak sangka!"

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Ramai Isteri Kurang Yakin Melakukan Seks Ketika Hamil, Ini Cara Untuk Menghadapinya!

    Ramai Isteri Kurang Yakin Melakukan Seks Ketika Hamil, Ini Cara Untuk Menghadapinya!

  • "Saya buat seks SETIAP MALAM selama 1 tahun - Ini apa yang saya tak sangka!"

    "Saya buat seks SETIAP MALAM selama 1 tahun - Ini apa yang saya tak sangka!"

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.