'PKP' Punya Hal, Pengantin Buat Kejutan Naik Pelamin Bawa Anak Kembar, Comel!

Pasangan pengantin PKP ini berjaya mencuri tumpuan netizen apabila mereka naiik pelamin dengan bawa bayi kembar mereka sekali! Comel betul!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun ada yang kata jimat buat majlis kahwin semasa PKP, tapi bagi sesetengah pasangan pengantin ia mesti juga dimemorikan dalam bentuk majlis persandingan. Ada juga logiknya, naik pelamin bukanlah selalu, jadi mestilah mahu ada kenangan bersanding.

Bagi wanita ini yang menggunakan nama Nureen Naima di laman tiktoknya, ibarat rezeki berganda apabila berpeluang naik pelamin bersama suami dan anak kembarnya!

Pengantin buat kejutan naik pelamin bawa anak kembar!

Baru saja bersanding tapi dah bawa anak kembar! Memang betul-betul buat kejutan kepada tetamu yang hadir. Menurut perkongsiannya dengan mStar, wanita ini memaklumkan majlis persandiangannya itu berlangsung pada 3 Januari 2021 di Kangar, Perlis iaitu sebelum pelaksanaan PKP 2.0.

Katanya ketika majlis itu, acara sosial majlis perkahwinan dan majlis resepsi dibenarkan diadakan. Dia juga memaklumkan yang mereka sudah bernikah pada awal Februari 2020 iaitu sebelum pelaksanaan PKP 1.0 di Baling, Kedah. Tetapi merancang untuk bersanding pada Mei bersekali dengan adik perempuan suaminya.

Namun, akibat PKP ia terpaksa ditangguhkan. Disebabkan PKP ia tertangguh dan dia juga disahkan bunting pelamin pada Mac 2020 dan perutnya semakin membesar. Disebabkan itu perlulah tunggu wanita ini bersalin terlebih dulu.

Beliau bersalin pramatang pada Oktober 2020 dan habis berpantang barulah mereka boleh mengadakan kenduri yang dibuat pada Januari lalu. 

Ramai persoal, ada yang bersangka tidak baik

Ramai yang mempersoalkan malah rajin pula membuat kiraan dan bersangka tidak baik mengenai kelahiran dua bayi berkenaan. Wanita ini tampil menjelaskan mereka bersanding pada awal Februari 2020 dan dia disahkan hamil pada Mac 2020 iaitu bunting pelamin.

Bayi mereka ketika majlis bersandingan itu baru berusia tiga bulan. Tahniah dan selamat berbahagia diucapkan kepada pasangan ini!

Ramai masih tak faham apa itu bunting pelamin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bunting pelamin adalah satu istilah misnomer kerana ramai menganggap pengantin perempuan itu telah hamil ketika di atas pelamin.

Ini kerana wanita terbabit telah hamil sejurus selepas berkahwin, dan usia kandungan lebih lama pada tempoh perkahwinannya.

Contohnya seperti keadaan ini:

“Tahniah, Puan! Anda disahkan mengandung enam minggu,” kata doktor.

“Tapi Doktor, kami baru kahwin 4 minggu. Macam mana boleh enam minggu hamil? Apa kata orang nanti?”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di sinilah kita sentiasa tersalah. Untuk mengira usia kehamilan, doktor akan mengiranya dari tarikh hari pertama anda haid atau last menstrual period (LMP). Bukannya bila tarikh perkahwinan atau bila tarikh akhir anda melakukan seks.

Cara kiraan usia kehamilan

Walaupun tiada hubungan seks yang dilakukan pada tarikh pertama haid anda, tapi doktor masih memerlukan tarikh itu untuk mengira satu kitaran haid.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contohnya seperti ini:

Tarikh hari pertama haid (LMP) isteri: 15 April 2018
Tarikh bernikah: 29 April 2018
Tarikh berjumpa doktor: 28 Mei 2018

Kiraan usia kehamilan : 15 April 2018 – 28 Mei 2018 = 6 minggu

Sebab itu usia kehamilan anda akan lebih lama berbanding tempoh perkahwinan. Dan itulah erti sebenar untuk ‘bunting pelamin’. 

Lakukan ini 5 perkara ini jika mahu hamil cepat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Makan asid folik

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

#2. Pastikan berat badan ideal

Bukan orang kurang berat atau terlebih berat tidak boleh mengandung. Tetapi tahap kesihatan yang baik dengan berat yang ideal akan membantu proses kehamilan lebih mudah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Tahu waktu subur

kredit: dreamstime

Tahu mengenai waktu subur anda sangat penting. Seks di waktu subur meningkatkan peluang lebih tinggi untuk hamil. Selain menggunakan aplikasi, lebih tepat untuk anda gunakan ovulation test kit atau ovulation predictor strip.

Dua alat ini akan membantu anda mendapatkan waktu subur yang tepat. Ia seperti kita ujian kehamilan tetapi ia menentukan waktu subur anda dengan tepat.

#4. Lakukan seks ketika subur atau dua hari sebelum atau selepas waktu subur

Disebabkan itu anda perlu tahu waktu subur. Pada waktu subur potensi untuk sperma bercantum dengan ovum anda adalah lebih tinggi berbanding jika bukan pada waktu subur.

#5. Tahu waktu dan posisi terbaik seks untuk mengandung

Posisi seks yang betul juga penting untuk memudahkan pergerakan sperma ke masuk ke dalam. Ada yang memberi petua supaya jangan buang air kecil selepas melakukan seks. Tunggu dulu sehingga lebih 5 jam jika anda mahu mengandung.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto:nureennaima

Baca juga: Ibu Bunting Pelamin Bukan Hamil Anak Luar Nikah – Ini Apa Masyarakat Selalu Keliru!

Baca juga: 5 cara menjaga kehamilan di trimester pertama untuk elak KEGUGURAN

Baca juga: Hasil Kesabaran 21 Tahun, Pasangan Ini Sambut Kelahiran Bayi Sulung Bernama Aisyah

Penulis

Lala Annuar