TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Nak Cepat Mengandung Lepas Kahwin? Ini Yang Patut Amalkan! Salah Satu Pastikan Posisi Seks Betul

4 min bacaan
Nak Cepat Mengandung Lepas Kahwin? Ini Yang Patut Amalkan! Salah Satu Pastikan Posisi Seks Betul

Ada yang ingin dapat anak cepat, ada juga yang cuba tunggu Mahu 'bulan madu' katanya. Tapi bagi yang mahu bunting pelamin, ini yang anda perlu buat.

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, memiliki zuriat mesti menjadi antara salah satu impian. Ada yang ingin dapat anak cepat, ada juga yang cuba tunggu setahun atau dua tahun. Mahu ‘bulan madu’ dulu katanya. Tapi bagi yang mahu bunting pelamin, ada beberapa langkah yang anda perlu buat.

Di Malaysia, masih ada lagi segelintir masyarakat yang ‘menghina’ dan memfitnah ibu bunting pelamin. Mereka menganggap ibu yang bunting pelamin ini telah melakukan seks sebelum berkahwin semata-mata kerana usia kandungan lebih lama berbanding tempoh perkahwinannya.

Namun sebenarnya, ada penjelasan kenapa hal ini terjadi! Bukannya sebab wanita tersebut telah melakukan seks sebelum berkahwin.Bagi individu yang bunting pelamin, anda akan mendapati usia janin anda akan awal 1-2 minggu sebelum tarikh pernikahan.

Sebab itu untuk para suami isteri di luar sana yang baru saja berkahwin, anda kena bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal. Ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri supaya isu bunting pelamin ini tidak disalah erti.

Bunting pelamin impian ramai, tapi ada yang masih tak faham istilah itu

Bunting pelamin adalah satu istilah misnomer kerana ramai menganggap pengantin perempuan itu telah hamil ketika di atas pelamin.Hal ini kerana wanita terbabit telah hamil sejurus selepas berkahwin, dan usia kandungan lebih lama pada tempoh perkahwinannya.

Contohnya seperti keadaan ini:

“Tahniah, Puan! Anda disahkan mengandung enam minggu,” kata doktor.

“Tapi Doktor, kami baru kahwin 4 minggu. Macam mana boleh enam minggu hamil? Apa kata orang nanti?”

Di sinilah kita sentiasa tersalah. Untuk mengira usia kehamilan, doktor akan mengiranya dari tarikh hari pertama anda haid atau last menstrual period (LMP). Bukannya bila tarikh perkahwinan atau bila tarikh akhir anda melakukan seks.

5 langkah boleh dilakukan jika mahu mengandung cepat

#1. Pastikan anda mengambil asid folik

bunting pelamin

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

#2. Pastikan berat badan ideal

Bukan orang kurang berat atau terlebih berat tidak boleh mengandung. Tetapi tahap kesihatan yang baik dengan berat yang ideal akan membantu proses kehamilan lebih mudah.

#3. Tahu waktu subur anda

bunting pelamin

Tahu mengenai waktu subur anda sangat penting. Seks di waktu subur meningkatkan peluang lebih tinggi untuk hamil. Selain menggunakan aplikasi, lebih tepat untuk anda gunakan ovulation test kit atau ovulation predictor strip.

Dua alat ini akan membantu anda mendapatkan waktu subur yang tepat. Ia seperti kita ujian kehamilan tetapi ia menentukan waktu subur anda dengan tepat.

#4. Lakukan seks ketika subur atau dua hari sebelum atau selepas waktu subur

Disebabkan itu anda perlu tahu waktu subur. Pada waktu subur potensi untuk sperma bercantum dengan ovum anda adalah lebih tinggi berbanding jika bukan pada waktu subur. 

#5. Tahu waktu dan posisi terbaik seks untuk mengandung

Stories Rakan Kongsi
Did You Know About 5 Additional Recommended Vaccines?
Did You Know About 5 Additional Recommended Vaccines?
12 signs you may be a helicopter parent
12 signs you may be a helicopter parent
Two Goals In One! Money Parenting Through Fun
Two Goals In One! Money Parenting Through Fun
How Does Picky Eating Affect My Child's Growth?
How Does Picky Eating Affect My Child's Growth?

bunting pelamin

 

Posisi seks yang betul juga penting untuk memudahkan pergerakan sperma ke masuk ke dalam. Ada yang memberi petua supaya jangan buang air kecil selepas melakukan seks. Tunggu dulu sehingga lebih 5 jam jika anda mahu mengandung.

Menurut artikel dalam babycenter.com, anda mungkin pernah dengar bahawa sesetengah posisi, contohnya posisi suami di atas, lebih memudahkan anda untuk hamil berbanding posisi lain. Namun hakikatnya tiada bukti bahawa teori ini benar. Tiada kajian yang pernah dibuat mengenai perkara ini lagi.

Walau bagaimanapun, apa yang telah dilakukan oleh pakar ialah menggunakan pengimbas untuk mendedahkan apa yang sedang berlaku dalam badan anda ketika anda bersama. Ada beberapa pasangan yang cukup berani menawarkan diri untuk diimbas menggunakan pengimej resonan bermagnet (MRI) ketika melakukan seks.

Kajian ini melibatkan dua posisi: posisi suami di atas (missionary) dan suami di belakang (doggy style).

Secara amnya kedua-dua posisi ini membolehkan kemasukan dalam dan lebih berkemungkinan meletakkan sperma betul-betul berhampiran serviks (pembukaan rahim).

Imbasan MRI mengesahkan bahawa hujung zakar lelaki sampai ke bahagian di antara serviks dan dinding faraj dalam kedua-dua posisi tersebut. Posisi atas memastikan zakar sampai ke kawasan di hadapan serviks. Posisi belakang pula membolehkan zakar sampai di bahagian belakang serviks.

Menakjubkan betul apa yang para pakar lakukan dengan masa mereka! Mungkin juga posisi lain, contohnya berdiri atau isteri di atas, sama baiknya dalam meletakkan sperma betul-betul berhampiran serviks. Cuma kita belum tahu lagi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: babycenter.com, parents.com

Baca juga:

https://my.theasianparent.comjenis-penyakit-berbahaya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Nak Cepat Mengandung Lepas Kahwin? Ini Yang Patut Amalkan! Salah Satu Pastikan Posisi Seks Betul
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham