Naikkan Berat Badan Bayi 7-12 Bulan Dengan Menu Ini, Ramai Ibu Dah Cuba, Ia Dengan Berkesan!

Pening berat badan anak tak naik walaupun dah beri makan macam-macam. Kali ini kami kongsikan menu untuk naikkan berat badan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kali pemeriksaan bulanan atau check up berkala dengan doktor, pasti ada ibu ayah yang risau anak underweight sebab doktor akan bising nanti. Jadi apa yang berkesan untuk naikkan berat badan anak?

Sudah pasti pemakanan akan membantu menaikkan berat badan anak. Tapi yang menjadi persoalan, makanan jenis apa yang perlu diberikan kepada mereka supaya berkesan naikkan berat badan anak?

Anda boleh cuba pelbagai jenis makanan yang sesuai dengan usia anak anda. Jadi kali ini kami kongsikan menu yang boleh naikkkan berat badan bayi 7 hingga 12 bulan anda! Selamat mencuba.

Naikkan berat badan bayi dengan pilihan menu ini

Buntu juga ibu jadinya bila dah beri anak makan, namun berat masih sama saja dan tidak naik mengikut usia mereka yangs sepatutnya. Mulalah ibu malas nak pergi check up kerana tak sanggup tadah telinga dengar nasihat doktor.

Jadi makanan berkhasiat apa yang sepatutnya anda beri pada anak? Jom cuba menu yang kami kongsikan ini, harap-harap membantu anda semua untuk naikkan berat badan anak. 

#1. Bubur jagung pulut

Bahan-bahan:

  • 150gm beras (dicuci, rendam dan toskan)
  • 100gm isi jagung manis
  • 100gm isi jagung pulut
  • 150ml santan
  • Air untuk mereneh secukupnya

Cara memasak:

  1. Didihkan beras dan air. Reneh sehingga lembut dan hancur. Kacau sentiasa.
  2. Masukkan jagung manis dan jagung pulut lalu direneh lagi sehingga semuanya empuk dan sekata.
  3. Seterusnya, tuangkan santan dan kacau sebati.
  4. Tambahkan air jika perlu sebelum dihidangkan. Enak dimakan sejuk mahupun hangat.

#2. Bubur ayam brokoli

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 150gm beras, dicuci, rendam dan toskan)
  • 5 biji bebola ayam cendawan, dipotong kiub kecil
  • 100gm brokoli, dipotong kecil
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • Air untuk mereneh secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan beras dan air dan biarkan mendidih. Kacau sentiasa.
  3. Masukkan bebola ayam cendawan dan brokoli. Reneh lagi dan kacau sekata.

#3. Bubur gandum sayuran

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan

  • 200gm gandum
  • 1 biji bawang merah, dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 50gm lobak merah, dihiris memanjang
  • 2 helai daun bawang, dihiris
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 300ml air
  • Stok ayam

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih.
  4. Kemudian masukkan gandum bersama lobak merah yang telah dihiris.
  5. Setelah kesemuanya sebati, hidangkan bersama hirisan daun bawang.

#4. Sup ayam nasi putih lembik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 200gram isi ayam potong dadu
  • Lobak merah potong bulat
  • ½ biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga |rempah 3 serangkai
  • 1 cawan air
  • 1 mangkuk nasi putih lembik

Cara memasak:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1.  Rebus lobak merah, kentang sehingga empuk dalam periuk. Tabur sedikit garam.
  2. Kisar atau tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, jintan putih, serbuk ketumbar.
  3. Masukkan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang kisar bersama rempah 3 serangkai. Biarkan hingga wangi.
  4. Masukkan ayam ke dalam periuk rebusan lobak merah dan biarkan hingga ayam separuh masak.
  5. Kemudian masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk dan biarkan mereneh dalam 20 minit dan angkat.

#5. Lempeng madu

Bahan-bahan:

  • 250gm tepung gandum
  • 250ml air
  • Sedikit minyak zaitun
  • Madu secukupnya

Cara memasak:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Bancuh tepung gandum bersama air secukupnya.
  2. Gaulkan hingga menjadi adunan yang cair namun sebati.
  3. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali, sendukkan adunan dan leperkan menjadi bulat.
  4. Biarkan dimasak seketika kemudian terbalikkan. Biarkan masak.
  5. Apabila masak angkat dan hidangkan bersama madu (jika perlu) di atasnya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Yang Patut Anda Buat Kalau Anak Alah Dengan Makanan Daripada Sumber Protein

Baca juga: 5 Cara Amat Berkesan Tenangkan Anak Yang Sedang Meltdown

Baca juga: Ibu Ayah Wajib Ajar Anak Adab Di Meja Makan Sejak Bayi, Ini Sebabnya Menurut Pakar

Penulis

Lala Annuar