Najis Hitam Ketika Hamil Boleh Berpunca Daripada Pengambilan Ubat, Adakah Ia Bahaya?
Najis hitam ketika hamil boleh membawa kebimbangan terhadap kebanyakan ibu. Namun jangan risau kerana ada beberapa cara mengatasinya
Kehamilan membawa 1001 perubahan kepada diri ibu dari berubahnya bentuk badan, kawalan emosi serta warna najis pun boleh berubah ketika mengandung! Ada para ibu yang mengalami najis hitam ketika hamil, dan mungkin anda tertanya-tanya jika perkara ini normal.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Mengapa najis saya menjadi berwarna hitam sejak hamil, perlukah saya risau?
- Pengambilan ubat menjadi punca najis berwarna gelap sedang hamil, perlu berhenti ke?
- Gelilah najis warna hitam! Macam mana nak elakkan dari jadi macam ni?
Terdapat banyak sebab mengapa najis ibu boleh bertukar menjadi warna hitam apabila mula hamil. Ibu-ibu tidak perlu risau jika ini terjadi, kerana ia sebenarnya sesuatu yang normal untuk berlaku. Ketahui punca-punca mengapa najis boleh menjadi hitam ketika hamil, sebelum anda boleh mula mencari cara untuk menguranginya.
Mengapa najis hitam ketika hamil, perlukah saya risau?
Ada beberapa faktor yang munasabah mengapa najis anda boleh kelihatan hitam sejak anda hamil. Selepas mengetahui sebab-sebabnya, anda akan tahu bahawa najis berwarna hitam sejak hamil sebenarnya normal dan tiada apa yang perlu anda risaukan.
Namun, kami akan berkongsi juga bila anda perlu risau sekiranya anda perasan bahawa najis anda berubah warna.
- Makanan yang mempunyai zat besi. Sekiranya doktor anda mendapati bahawa kandungan zat besi dalam badan anda berkurangan, mereka tentu akan mencadangkan untuk anda mengambil suplemen untuk menambah zat besi. Walaupun begitu, badan anda mungkin tidak dapat menyerap segala zat besi yang ada dalam suplemen berkenaan lalu ia akan dikeluarkan melalui najis, dan zat besi tersebutlah yang membuatkan najis anda berwarna hitam atau putih.
- Pemakanan. Sesetengah makanan yang berwarna hitam seperti licorice atau beri biru boleh membuatkan najis bertukar warna menjadi lebih gelap. Untuk mengenal pasti jika inilah puncanya, anda boleh menyediakan sebuah jadual pemakanan dan periksa jika najis bertukar warna setiap kali anda memakan makanan berkenaan.
Sekiranya anda tidak mengambil sebarang suplemen atau memakan makanan yang berwarna gelap, anda mungkin perlu memeriksa kesihatan anda dengan seorang doktor sekiranya anda mengalami satu atau beberapa simptom ini:
- Buasir
- Sembelit
- Luka (fisur) pada dubur
Pendarahan pada sistem pencernaan, terutama di saluran gastrointestinal atas (meliputi bahagian kerongkongan, perut, dan usus kecil) boleh menyebabkan najis berubah menjadi warna yang lebih gelap. Darah yang dicampur dengan jus pencernaan akan menjadi punca najis berubah warna.
Selain dari sebab-sebab di atas, pengambilan ubat-ubatan juga boleh menjadi penyebab.
Pengambilan ubat menjadi punca najis berwarna gelap ketika hamil, perlu berhenti ke?
Ada sesetengah ubat yang diambil oleh ibu-ibu hamil yang menjadi penyebab najis mereka berwarna hitam seperti pengambilan ubat obimin.
Obimin merupakan sebuah suplemen yang selalu diberikan pada ibu mengandung kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin dan zat yang para ibu perlukan, dan ia juga bermanfaat untuk tumbesaran bayi ketika dalam kandungan.
Terdiri dari asid folik, kalsium, zat besi, vitamin D dan iodin, ia merupakan salah satu suplemen yang penting diambil oleh para ibu.
Namun, ia akan menyebabkan najis anda berwarna gelap dan hitam. Tapi, jangan risau! Ini bermakna ubatnya menjadi kerana zat besi yang diserap oleh badan anda.
Selain dari mengalami simptom-simptom seperti buasir, sembelit, pendarahan pada najis serta luka pada dubur, anda tidak perlu berhenti mengambil obimin namun anda sebaiknya berjumpa dengan doktor anda secepat mungkin.
Gelilah najis warna hitam! Macam mana nak elakkan dari terus terjadi?
Ada beberapa cara mudah dan natural untuk anda mengelakkan najis berwarna gelap dan hitam apabila membuang air besar.
- Tingkatkan pengambilan fiber. Salah satu cara terbaik untuk mengelakkan najis hitam ketika hamil ialah dengan pengambilan diet yang kaya fiber dan mineral untuk memastikan sistem penghadaman mempunyai kemudahan untuk memproses nutrien bagi badan anda. Menambahkan kandungan fiber dalam diet anda akan membantu dengan sembelit, lantas membantu pendarahan dan luka-luka pada dubur juga.
- Kerap minum air. Demi kesihatan saluran pencernaan anda, meminum air dalam kuantiti yang banyak dan disyorkan boleh membantu. Jadi, minumlah air dengan banyak dan anda juga boleh mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan kandungan air seperti timun, anggur dan tembikai.
- Amalkan gaya hidup sihat. Gaya hidup kita boleh memberi kesan kepada kesihatan saluran pencernaan kita, lagi-lagi apabila ia termasuk dengan cara pemakanan dan apa yang kita ambil dalam hidupan seharian. Sekiranya diet anda tidak seimbang, tidak mustahi untuk najis anda berwarna gelap seraya mengalami masalah-masalah kesihatan yang lain.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Perlu Amal Makan Makanan Tambah Darah Merah Jika Anda Ada Simptom-Simptom Ini!
Baca juga: Keluar Susu Semasa Mengandung, Adakah Ia Normal? Berbahayakah Untuk Kandungan Ibu Hamil?
Baca juga: Bintik Putih Pada Ikan Boleh Membawa Kesakitan Pada Ibu Hamil, Jaga-Jaga Bila Nak Makan!