X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Khasiat Blueberry Sejuk Beku, Kekal Segar, 4 Kegunaan Blueberry Yang Mungkin Anda Tak Pernah Tahu!

4 min bacaan
Khasiat Blueberry Sejuk Beku, Kekal Segar, 4 Kegunaan Blueberry Yang Mungkin Anda Tak Pernah Tahu!

Ramai yang tahu blueberry memang berkhasiat. Tapi pasti ada yang tertanya-tanya adakah khasiat blueberry sejuk beku, kering sama dengan yang segar?

Anda kini boleh menikmati khasiat blueberry sepanjang tahun dengan menikmati blueberry sejuk beku keluaran USA Highbush Blueberries.

Dijamin kesegaran dan khasiatnya, Kempen baharu The Blues That Make You Feel Good oleh U.S. Highbush Blueberries Council menonjolkan kebaikan dan faedah blueberry kering dan sejuk beku, yang boleh didapati sepanjang tahun. 

Khasiat blueberry sejuk beku sama dengan segar

khasiat blueberry

Menurut U.S. Highbush Blueberries Council, blueberry bukan saja sedap daripada segi rasanya, ia juga tetapi ia juga baik untuk kesihatan anda secara keseluruhan juga. 

Blueberry adalah sumber serat, vitamin C, vitamin K dan mangan yang baik. Ia juga mengandungi sejenis flavonoid yang dipanggil anthocyanin, yang mempunyai sifat antioksidan dan boleh membantu meningkatkan sistem imun seseorang.

Kajian menunjukkan bahawa flavonoid memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan imun saluran pernafasan. Blueberry Amerika kering mempunyai jangka hayat yang panjang, manakala yang beku mempunyai jangka hayat sehingga 10 bulan di dalam peti sejuk tanpa mengorbankan sebarang nutrien atau rasa yang luar biasa.

Blueberry kering mempunyai jumlah antioksidan yang sama dengan yang segar. Ia adalah makanan berkhasiat, yang rendah natrium dan kalori.

Selain sumber serat yang baik, ia juga merupakan makanan yang ideal kerana ia mempunyai kandungan indeks glisemik yang rendah. Kajian juga menunjukkan bahawa blueberry beku mempunyai lebih banyak antioksidan yang kuat tersedia untuk tubuh manusia.

Boleh dibuat untuk pelbagai kegunaan selain makanan

khasiat blueberry

Blueberry mempunyai banyak kegunaan sebenarnya. Ia boleh dibuat sebagai makanan untuk sarapan, makan tengah hari, makan malam, atau snek yang sihat untuk kudap-kudapan. 

Ia juga rendah natrium dan hampir tidak mempunyai lemak. Tidak hairanlah bahawa buah kecil ini menjadi buah kegemaran untuk ramai orang. 

Wakil US Highbush Blueberry Council di Malaysia, Retna Malar, berkata A.S. Highbush Blueberry mempunyai warisan yang luar biasa sejak lebih 100 tahun dulu. 

“Amerika Syarikat adalah salah satu daripada pengeluar terbesar untuk blueberry di seluruh dunia kerana iklim dan tanah kami yang sempurna untuk buah ini dan kami amat berbangga kerana dapat berkongsi buah beri yang lazat dan berkhasiat ini dengan seluruh dunia.

Menyediakan mineral dan vitamin utama dengan hanya 80 kalori setiap hidangan, buah ini bukan sahaja sihat tetapi juga pelbagai guna. Serat daripadanya membantu mengawal kolesterol.

Mangan pula membantu menggalakkan pembentukan tulang sekaligus menjadikannya pilihan yang sihat dan berkhasiat untuk semua peringkat umur.

Boleh digunakan untuk rutin kecantikan

khasiat blueberry

Selain makanan, blueberry juga sesuai digunakan untuk rutin kecantikan kerana khasiatnya yang pelbagai. Ia penuh dengan antioksidan, seperti asid lemak Omega 3 dan antioksidan semulajadi yang membantu dalam menyembuhkan kulit. Jadi tidak hairanlah ia dijadikan sebagai bahan popular dalam pelembap dan serum.

4 resepi unik blueberry yang anda boleh cuba

Kami kongsikan resepi blueberry dari USA Highbush Blueberries yang anda boleh cuba di rumah!

#1. Salad blueberry

Bahan-bahannya:

  • 2 sudu besar jus lemon
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • 1/4 cawan blueberry kering
  • Daun saderi
  • Salad
  • Segenggam kacang badam (dicincang)
  • 1 biji epal

Cara-caranya:

Campurkan kesemuanya dan anda boleh nikmati pada bila-bila masa. 

#2. Teh blueberry

  • 1 sudu besar daun teh hijau
  • 1/2 cawan blueberry sejuk beku
  • 1 sudu kecil madu
  • 500 ml air

Cara-caranya:

Campurkan kesemuanya dan anda boleh nikmati pada bila-bila masa. 

#3. Masker rambut blueberry

  • 1/4 cawan blueberry sejuk beku
  • 1 sudu kecil minyak zaitun
  • 1 sudu kecil madu

Cara-caranya:

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
  1. Campur kesemua bahan dan kisar sehingga tektur menjadi halus.
  2. Sapukan pada rambut dan bilas selepas 20 minit.

#4. Scrub bibir blueberry

  • 1/2 cawan blueberry sejuk beku
  • 1/2 sudu kecil minyak kelapa
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil madu

Cara-caranya:

  1. Hancurkan blueberry menggunakan garpu dan campurkan minyak kelapa, gula dan madu. Sapukan pada bibir dan buat urutan lembut pada bibir untuk membuang sel kulit mati.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Minuman Probiotik Ala Vitagen Guna 2 Bahan Jer, Sedap & Sesuai Untuk Anak Kecil!

Baca juga: 7 Resepi Aiskrim Berkhasiat Untuk Si Manja, Boleh Buat Sendiri Bersama Anak-Anak!

Baca juga: Buah Rendah Gula Ini Bagus Untuk Ibu Hidap Kencing Manis, Gula Tak Naik Tinggi Pun!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Khasiat Blueberry Sejuk Beku, Kekal Segar, 4 Kegunaan Blueberry Yang Mungkin Anda Tak Pernah Tahu!
Kongsikan:
  • 8 Masakan Ayam Guna Air Fryer Yang Mudah, Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa

    8 Masakan Ayam Guna Air Fryer Yang Mudah, Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa

  • Ketam Masak Lemak Cili Api Untuk Berbuka, Makan Nasi Bertambah-Tambah Nanti!

    Ketam Masak Lemak Cili Api Untuk Berbuka, Makan Nasi Bertambah-Tambah Nanti!

  • Air Nabeez, Air Rendaman Kurma Yang Mampu Kekalkan Tenaga Ketika Berpuasa

    Air Nabeez, Air Rendaman Kurma Yang Mampu Kekalkan Tenaga Ketika Berpuasa

  • 8 Masakan Ayam Guna Air Fryer Yang Mudah, Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa

    8 Masakan Ayam Guna Air Fryer Yang Mudah, Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa

  • Ketam Masak Lemak Cili Api Untuk Berbuka, Makan Nasi Bertambah-Tambah Nanti!

    Ketam Masak Lemak Cili Api Untuk Berbuka, Makan Nasi Bertambah-Tambah Nanti!

  • Air Nabeez, Air Rendaman Kurma Yang Mampu Kekalkan Tenaga Ketika Berpuasa

    Air Nabeez, Air Rendaman Kurma Yang Mampu Kekalkan Tenaga Ketika Berpuasa

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.