101 Nama Anak Dalam Islam Dengan Maksud Yang Berakhlak Dan Terpuji

Maksud nama anak dalam Islam sememangnya penuh dengan makna yang baik dan terpuji. Paling elok sekali adalah nama Muhammad dan Abdullah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksud nama anak dalam Islam adalah salah satu perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh bakal ibu ayah di luar sana. Tak kisahlah nama anak perempuan ataupun nama anak lelaki, maksud nama itu akan digunakan selama-lamanya. Sebab itulah jangan beri nama yang ‘sedap’ sahaja, tapi tak ada maksud.

Adalah menjadi kewajipan bagi setiap ibu bapa memberikan nama anak dalam Islam dengan makna yang baik dan terpuji. Maksud nama anak yang baik juga bakal mencerminkan dirinya apabila dia semakin dewasa. Ia sama seperti peribahasa Melayu yang mengatakan, “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.”

Pernah dalam satu majlis, seorang kanak-kanak menemui Khalifah Umar dan bertanya apakah hak seorang anak ke atas bapanya? Kemudian, Khalifah Umar menjelaskan bahawa memilih ibunya, memperelokkan namanya dan mengajarnya Al-Quran.

Sebab itu, setiap pemilihan nama anak dalam Islam ini, sebaik-baiknya mempunyai maksud yang boleh menjadi doa dan dipercayai dapat membentuk sahsiah anak tersebut apabila besar nanti.

101 Nama Dengan Maksud Nama Anak Dalam Islam Yang Baik dan Terpuji

Berikut merupakan 100 nama anak dalam Islam dengan maksud yang baik dan terpuji. Ibu ayah boleh pilih salah satu nama untuk diberikan kepada cahaya mata yang bakal lahir nanti.

  1. Daffa = Pembela
  2. Dahin = Yang cerdik
  3. Da’im = Kekal abadi
  4. Daiyan = Hakim, pelindung, penjaga
  5. Daris = Pembaca, pelajar
  6. Dasuqi = Keindahanku, cahayaku
  7. Dhaifullah = Tetamu Allah
  8. Darul Muqomah = Tempat yg kekal (syurga)
  9. Dhafir = Menang
  10. Dhiya ‘= Cahaya, sinar
  11. Dhuyuf = Tetamu
  12. Daud = Nama Nabi Allah SWT
  13. Daniyal = Nabi Allah SWT
  14. Da’in = Da’i, penyeru, pemanggil
  15. Dhoifullah = Tetamu Allah
  16. Dhu’un = Cahaya terang
  17. Din Syamsudin = Matahari agama
  18. Dhiya’ur Rahman = Cahaya Yang Maha Pemurah
  19. Dhiya ‘Uddin = Cahaya agama
  20. Dzanun = Dzun Nun (Nabi Yunus as)
  21. Dzul Fahmi = Punya kefahaman
  22. Dubies = Nama pahlawan arab
  23. Dhomiri Fadhil = Hati nurani, yg utama
  24. Dhomrah = Nama sahabat nabi Muhammad SAW
  25. Dhori’un = Orang yg merendahkan diri, tunduk
  26. Dhomir = Hati nurani
  27. Dzaki = Cerdas, pandai, mudah, faham
  28. Dzakir = Teguh pendirian, baik / kuat harapannya
  29. Dzakka ‘= Cerdik
  30. Dzamar = Nama seorang raja Yaman zaman dahulu
  31. Dzulfiqar = Nama pedang Rasulullah SAW
  32. Dzul Rahman = Yang Maha Pemurah
  33. Eshan = Dalam berkah Allah
  34. Fadal = Keutamaan
  35. Fadhil = Orang yg berbuat kebaikan, utama, mulia
  36. Fadhlurrahman = Keutamaan dari Allah, Anugrah Arrahman
  37. Fadlan = Keutamaan
  38. Fadlullah = Kelebihan Allah
  39. Fahad = Harimau bintang
  40. Fa’id = Tetap, berhasil, istimewa, bersungguh
  41. Faiq = Tertinggi, utama, terkenal, terkemuka
  42. Fajari = Waktu fajar
  43. Fakhir = Kebesaran, yang baik, kejayaan
  44. Fakhruddin = Kebanggaan agama, keutamaan dari Allah
  45. Fakhri = Kemegahanku, kebanggaan
  46. Farid = Istimewa, permata, tiada bandingan, tunggal, permata yang mahal
  47. Fariduddin = Permata agama, keistimewaan
  48. Faris = Yang alim, penunggang kuda, ksatria
  49. Faruq = Pembeda antara benar dan salah
  50. Fayyadh = Murah hati
  51. Ghaffar = Sedia mengampuni, lembut hati
  52. Ghailan = Nama sahabat Nabi Muhammad SAW
  53. Ghaisan = Rupawan
  54. Ghani = Kaya, mewah
  55. Hazali = Nama seorang sufi dan ahli falsafah muslim
  56. Ghomid = Pedang dlm sarungnya, nama Kabilah di Hijaz
  57. Ghazi = Pejuang
  58. Ghonam = Penjaga rampasan perang
  59. Gholib = Pemenang
  60. Ghosan = Sumber air di padang pasir, usia muda belia
  61. Ghaffur = Pengampun
  62. Ghulaman Zakiya = Anak muda yg suci
  63. Habbab = Yang mengasihi
  64. Hadi = Yang memimpin, penunjuk jalan
  65. Hadari = Maju
  66. Haddad = Lautan
  67. Habib = Kekasih, sayang, dicintai
  68. Hadad = Dewa Syria yg jantan
  69. Hadwan = Ketenangan
  70. Hadif = Yang mempunyai matlamat
  71. Hafizuddin = Pemelihara agama
  72. Hafiz = Penjaga, pelindung
  73. Hail = Yang disegani
  74. Hairul = Kebaikan
  75. Ha’im = Yang mengelilingi
  76. Haimadi = Pujian agama
  77. Hafidh = Pemelihara, Penghafal
  78. Hajid = Yang solat tahajjud
  79. Hajim = Pelindung
  80. Hakam = Pengadil
  81. Hakim = Bijaksana
  82. Hakmani = Pengadil
  83. Hamad = Terpuji
  84. Hambali = Pengikut Imam Ahmad bin Hambali
  85. Hamdan = Terpuji, pemuji Allah
  86. Hamiduddin = Pujian agama
  87. Hamzah = Kebijaksanaan, nama paman Nabi
  88. Hamas = Berani
  89. Hanania = Dikasihi Allah
  90. Hanafi = Kelurusanku, pengikut Imam Abu Hanifah
  91. Hasib = Berketurunan mulia
  92. Hasbullah = Jaminan Allah swt
  93. Hanif = Muslim yang teguh, yang lurus, bersih, suci
  94. Hasnawi = Kecantikan
  95. Hasif = Kemas, rapi
  96. Hanun = Kesayangan
  97. Hariri = Suteraku, nisbah
  98. Haris = Pengawal, pelindung
  99. Hariz = Pemelihara
  100. Harith = Kuat, berusaha
  101. Hibban = Ibnu Hibban Pewari Hadis

Kepentingan Erti Nama Cahaya Mata

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa nama maksud nama dalam Islam ada begitu penting, ini kerana nama berkenaan akan kekal sehingga ke akhirat kelak. Islam menganjurkan pemilihan nama yang baik kerana ia adalah lambang identiti seseorang dan nama itu jugalah akan dikenali sepanjang hayat mereka.

Malah, akan menjadi sebutan sehingga ke akhirat kelak.

Apabila seseorang memanggilnya dengan nama yang diberikan, maka sepanjang hayatnya, orang ramai seolah-olah berdoa untuk anak/individu tersebut. Selain itu, seorang Muslim wajib percaya kepada hari kebangkitan dan perlu mengakui bahawa nama-nama yang diberikan kepada anak mereka di dunia ini akan kekal digunakan di akhirat juga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Abu Darda ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ بأسْمائكُمْ وأسماءِ آبائِكُمْ فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya kamu akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu dan juga nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)

Maksud Nama Bayi Perempuan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memberikan nama anak perempuan dengan maksud yang baik adalah amat digalakkan. Setiap ibu bapa Muslim mahu anak yang dibesarkan bukan sahaja sihat bahkan, berakhlak dan beradab serta soleh dan solehah.

Kali ini kita beri idea kepada ibu dan ayah yang bakal dikurniakan bayi perempuan dengan senarai nama-nama bayi perempuan dalam al-Quran beserta maksudnya yang baik.

  1. Kamila: Muncul dalam surah al-Baqarah ayat 196, Kamila bermaksud sempurna.
  2. Mubsira: Maknanya kecerdasan, tercantum dalam surah an-Naml ayat 13.
  3. Khalisa: Muncul dalam surah al-A’raf ayat 32, Khalisa bermakna suci, murni, bersih daripada dosa.
  4. Maisara: Dalam surah al-Baqarah ayat 280, Maisara bermaksud orang yang diberi kemudahan, kekuatan serta kesabaran dalam menjalani kehidupan.
  5. Laila: Malam hari, sesuai diberikan nama ini kepada anak yang lahir di waktu malam.
  6. Ilmi: Dalam surat al-Baqarah ayat 47, Ilmi bermakna pengetahuan.
  7. Muhita: Maknanya orang yang sedar kemudian bertaubat. Nama ini tercantum dalam surah al-Ankabut ayat 54.
  8. Maryam: Nama salah satu surah dalam al-Quran, menggambarkan wanita yang berserah diri kepada Allah dan menjadi wanita mulia. Ibu kepada Nabi dan Rasul Isa a.s.
  9. Riza: Orang yang menjaga kehormatan kerana takut kepada Allah SAW.
  10. Rihanna: Perempuan yang wangi.

Maksud Nama Bayi Lelaki

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Aafiq: Maksud nama bayi pintar dan cerdas dalam Islam yang pertama ialah Aafiq. Aafiq memiliki makna orang yang telah mencapai puncak dengan rahmat Allah, pemurah dan berpengetahuan.
  2. Aqil: Seterusnya, nama Aqil mungkin sering anda dengar dan menjadi pilihan kebanyakan ibu ayah di Malaysia. Ketahuilah bahawa nama ini bererti bijaksana, cerdas, dilahirkan sebagai pemimpin, mempunyai ilmu pengetahuan dan peka terhadap orang di sekelilingnya.
  3. Alim: Maksud nama bayi Alim juga dikaitkan dengan cerdas dan pintar. Di dalam al-quran, perkataan Alim sering disebut. Ia juga bererti seseorang yang berpengetahuan serta terpelajar.
  4. Fahmi: Fahmi juga bererti cerdas dan pintar dalam Islam. Justeru tidak hairanlah ramai ibu ayah memiliki nama ini untuk buah hatinya, kan?
  5. Faqih: Dalam Islam, Faqih bererti orang yang sangat faham, cermat dalam membuat perancangan dan setia.
  6. Izzan: Selain unik dan jarang digunakan oleh orang lain, nama Izzan memiliki makna seseorang yang sifatnya bijaksana dan berpengetahuan.
  7. Najib: Najib mempunyai maksud seseorang yang luar biasa, mulia, cerdas dan lahir dari ibu ayah berwawasan tinggi.
  8. Sueb: Nama ini mungkin jarang didengar kerana gelarannya amat unik. Walaupun begitu, Sueb melambangkan seseorang yang memiliki pesona dan karisma. Anak dengan nama ini juga dikatakan berani mengutarakan pendapat, bekerja keras dan penuh semangat.
  9. Labib: Nama Labib dalam Islam bererti seseorang yang berfikiran sihat serta bijaksana. Ia juga dikatakan memiliki tenaga penuh dan karier yang hebat.
  10. Zabir: Bagi ibu ayah yang mengimpikan nama bayi bermula huruf Z, mungkin Zabir adalah pilihan tepat! Di dalam bahasa Arab, ia bermaksud tampan, memancarkan kebahagiaan, cerdas, berpendidikan dan memiliki intelektual tinggi.

Tips Memilih Nama Bayi

Untuk panduan memilih nama anak dalam Islam, ibu ayah perlu memberikan perhatian kepada perkara-perkara berikut:

  • Disunatkan untuk memberi nama-nama yang baik dan elok.
  • Nama yang sebaik-baiknya adalah Abdullah dan Abdurrahman.
  • Harus memberi nama sempena nama para Nabi seperti Ibrahim, Hud, Soleh, Muhammad dan lain-lain lagi. Malah, Rasulullah SAW juga menamakan salah seorang anaknya dengan nama Ibrahim.

Ingatlah ibu ayah, nama terbaik untuk anak bakal mencerminkan betapa ibu ayah menyayangi mereka. Selalunya, ibu ayah akan memberikan nama yang terbaik buat anak tersayang supaya anak-anak mereka menjadi seorang yang hebat dan akan gembira dengan nama yang diberikan. Insya-Allah.

Sekiranya nama yang diberikan ini masih tidak cukup untuk bahan rujukan anda, kami ada koleksi lain yang boleh dijadikan panduan. Semoga ia membantu permudahkan urusan anda.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hati-Hati Yang Suka Sangat Nama Anak ‘Mat Salleh’, Nama-Nama Ini Tersenarai Dalam Nama Paling Teruk

Baca juga: Nama-Nama Anak Artis Bollywood Dengan Maksud Baik & Gah!

Baca juga: 50 Nama-Nama Indah Dalam Islam Untuk Anak Lelaki & Perempuan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan