Letak Nama Anak Dengan Nama Vjay, Wanita Dikecam Netizen Dedah Maksud Sebenar

Nama anak lelaki unik dan sedap didengar sering menjadi pilihan ibu ayah. Namun lain pula terjadi oleh ibu ini apabila dia dikecam netizen

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada zaman kini ramai ibu ayah cenderung meletakkan nama anak dengan perkataan panjang dan susah disebut bagi mencipta kelainan. Namun ada juga memilih nama anak lelaki unik dengan perkataan ringkas dan dalam bahasa lain selain Arab dan Melayu asalkan memiliki makna yang baik.

Pastinya proses memilih nama untuk cahaya mata bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi jika anda dan suami masing-masing sudah mempunyai pilihan nama sendiri.

Nama anak lelaki unik dengan nama Vjay

Baru-baru ini tular seorang ibu berkongsi nama anaknya yang ke-7 di dalam kumpulan Facebook telah menerima kecaman daripada netizen.

Menurut perkongsian Aishah Toke Kek, nama Vjay mempunyai maksud yang baik-baik. Difahamkan anaknya baru lahir pada awal November lalu. Dia yang berkongsi dalam kumpulan Facebook telah mengundang kecaman setelah dikatakan tidak sesuai dengan agama dan budaya.

”Akhirnya baby baru ada nama. Mummy yang beranak, bahagian nama semua ketujuh-tujuh orang anak Dad yang letak. Tunggu anak yang ke-8, 9, 10 pulak bahagian Mummy letak nama,” tulisnya di Facebook.

Dia langsung tidak menyangka bahawa perkongsiannya telah menyebabkan ada pihak yang tidak senang hati.

Ramai pulak yang kecam nama Vjay. Sampaikan dalam group, admin terpaksa tutup ruangan komen.

Maksud Vjay- Kejayaan/ Kemenangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila pilih nama anak, tak kisah dalam bahasa apa sekalipun. Asalkan ia mengandungi maksud yang baik. Bahasa tamil ke, urdu, arab, barat semuanya boleh.

Adalah sunat menamakan anak dengan nama yang baik. Ini berdasarkan hadis yang meriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam Ahmad Rahimahumallah daripada Abu ad-Darda’ R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

إنَّكم تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَحَسِّنُوا أَسْمَاءَكُمْ
(رواه أبو داود وأحمد)
 
Maksud: ”Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Nama anak lelaki unik guna perkataan dari bahasa asing

Siapa sahaja tidak gembira ketika menyambut kelahiran cahaya mata. Bahkan sebelum kelahiran pun, semua persediaan telah dilakukan seperti pakaian, bilik berpantang dan hospital untuk ibu bersalin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memberikan nama yang baik adalah hak anak. Ia menjadi kewajiban untuk bagi setiap ibu bapa. Dengan kemajuan akses teknologi yang luas, setiap orang dapat memilih nama bayi dari hujung jari sahaja.

Kebanyakan orang Malaysia meletakkan nama cahaya mata dari perkataan bahasa Arab.  Dan, kini sudah ramai mengambil nama dari bahasa-bahasa asing sehingga ada menimbulkan pertikaian oleh sesetengah pihak.

Menurut Ketua Persatuan Ulama Dunia, Syeikh Yusuf Qaradhawi mengatakan bahawa tiada larangan untuk ibu ayah menggunakan nama dari bahasa asing untuk anak, asalkan ia mengandungi maksud yang baik.

Contoh yang paling dekat adalah isteri Nabi S.A.W melahirkan Ibrahim bernama Mariyah al-Qibthiyyah atau yang terkenal dengan nama Qibthi al-Mishri dari Mesir.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, beliau turut menyatakan bahawa terdapat nama yang diambil dari nama tumbuh-tumbuhan seperti Salmah, Hanzhalah atau Thalhah. Ada juga nama merupakan benda mati seperti Bahr, Jabal atau Shakr.

Nama anak lelaki unik perlu ada makna yang baik

Perkara yang paling penting adalah setiap nama untuk anak adalah baik dan tidak membuatkannya berasa kecewa apabila dewasa kelak. Jangan sampai memberikan nama dengan bahasa asing, tetapi maksudnya adalah sesuatu yang hina, nama orang jahat atau orang derhaka.

Nabi S.A.W bahkan tidak segan menggantikan mereka bernama dengan maksud buruk iaitu Ashiyah (wanita derhaka) diganti dengan Jamilah (wanita cantik).

Menurut Syeikh Qaradhawi, ada beberapa adab dalam Islam ketika memilih nama pada anak. Pertamanya, anda tidak boleh menggunakan nama Abd atau Abdul yang disandarkan kepada selain Allah. 

Misalnya, Abdul Ka’bah, Abdul Nabi. Juga nama untuk bayi baru lahir tidak boleh mengandungi maksud kesombongan dan tinggi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rasulullah S.A.W bersabda, ”Sehina-hina nama di sisi Allah pada hari kiamat ialah orang yang bernama dengan raja diraja. Tidak ada raja selain Allah,” (HR Bukhari Muslim)

Sumber: Aishah Toke Kek, Republika

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Koleksi Nama Bayi Lelaki Inspirasi Nama Nabi, Tokoh & Sasterawan Islam, Ibu Jom Semak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan