Bagi ibu ayah yang mengidam nak beri nama anak perempuan inggris juga untuk anak lelaki, semaklah terlebih dahulu maksudnya dan apa ertinya juga dalam bahasa lain.
Jangan gopoh memilih nama anak hanya kerana ia sedap dan urban, lagi-lagi sebab nama anak perempuan inggris ini semuanya popular.
Lebih menarik, laman keibubapaan Emma’s Diary telah menyenaraikan lebih 100 nama bayi yang dikatakan teruk, kalau di Malaysia mungkin orang tua-tua akan cakap nama tak elok, tak serasi dengan orang atau tak boleh bawa maksud sesuatu nama itu.
Tapi ini semua hanyalah sekadar suka-suka, bukanlah berdasarkan kajian pun. Ia lebih kepada undian orang ramai. Ada tak nama anak anda disenaraikan di sini? Kalau ada Ooops! Jangan ambil hati ya.
Nama anak perempuan inggris yang teruk
Alexa
Aliviyah
Alice
Apple
Appaloosa
Arabella
Ahmiracle
Any
Aimee
Baby
Beberly
Blaykelee
Boomquifa
Chardonnay
Deirdre
Delilah
Elizabreath
Emmi
Ethel
Fanny
Flora
Helga
Hellzel
I’munique
Jerica
Karen
Lana
L’Oreal
Mattel
Maybelline
Mercedes
Merica
Mia
Nevaeh
North
Panthy
Phelony
Precious
Princess
Sassi
Skye
Sidero
Star
Thana
Tracey
Tu Morrow
Varaminta
Vejonica
Yuu
Nama anak lelaki inggris
Abaddon
Adolf
Anous
Ajax
Akuji
Arthur
Arlo
Bart
Bear
Bob
Boris
Boss
Brian
Buster
Cannon
Cletus
Champ
Chandler
Danger
Dennis
Dick
Diesel
Doyle
Ebolah
Edwood
Elmo
Geoffrey
George
Graham
Hitler
Inspektor
Jax
Jedi
John
Justin
Keeler
Kevin
King
Legend
Louis
Lucifer
Nigel
Sadman
Satan
Simon
Sonny
Spartacus
Stormy
Kesalahan dalam memberi nama anak
#1. Memberi nama perempuan pada anak lelaki
memilih nama anak, nama anak, nama anak yang baik, nama anak lelaki, nama anak perempuan, nama anak dalam islam.
Menurut kajian yang diterbitkan di Education Finance and Policy, lelaki yang diberikan nama seakan-akan nama perempuan akan mengalami masalah tingkah laku berbanding mereka yang mempunyai nama lelaki sejati.
Mereka juga berkemungkinan untuk menjadi mangsa buli dan diejek oleh rakan-rakan sebaya.
#2. Memilih nama yang susah untuk ditulis atau disebut
Mungkin anda sukakan nama yang ejaan atau sebutannya pelik untuk kelihatan berbeza dari orang lain.
Tapi anda perlu ingat, jika anda memberikan nama yang susah untuk disebut atau dieja, ia boleh menyebabkan kesalahan semasa menulis sijil lahir, ijazah, tersalah sebut nama dan pelbagai masalah berkenaan pentadbiran.
Jadi, berilah nama yang mudah dieja untuk mengelakkan masalah pada masa hadapan.
#3. Memberi nama yang sudah disimpan lama
Ramai orang (terutamanya wanita) sudah memikirkan nama anak sebelum berkahwin lagi. Tapi anda perlu memikirkan keserasian nama tersebut. Jangan terlalu berpegang pada nama hingga tidak mahu memikirkan tentang nama-nama lain.
Bincang dengan pasangan anda. Jika nama tersebut kurang sesuai, bersedia untuk menerima nama yang baru untuk anak anda.
#4. Nama terlalu panjang
Sekarang ini menjadi trend ibu bapa untuk menamakan anak dengan nama yang panjang. Tak perlu untuk beri nama terlalu panjang, ia hanya akan menyusahkan anak untuk menulis namanya kelak.
Jadi, anda dan pasangan hendaklah duduk berbincang bersama-sama dan fikirkan nama yang sesuai untuk anak anda di samping mempunyai maksud yang baik dan jangan lupa untuk elakkan 4 kesalahan dalam memilih nama anak, ya?
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Artikel ini asalnya ditulis oleh Sarah Voon dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Baca juga: Tak Kisah Beri Nama Anak Iblis, Kerana Dalam Greek Bermaksud Cahaya