Nama-Nama Cantik Bayi Perempuan & Lelaki Mengikut Abjad, Maksud Nama Cukup Indah!

Nama-nama cantik ini sesuai sekali untuk si manja anda. Ibu dan ayah pilih sahaja mana yang berkenan di hati asalkan maksudnya elok dan baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap saat, ada sahaja bayi yang baru dilahirkan ke dunia dan pada saat ini, anda mungkin sedang menanti kelahiran cahaya mata anda juga. Namun, suatu perkara yang agak sukar untuk dibuat ialah memilih nama-nama cantik untuk diberikan kepada si manja anda.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Nama-nama cantik bagi anak lelaki mengikut abjad
  • Nama yang cantik untuk anak perempuan mengikut abjad
  • Ada sebab mengapa ibu ayah perlu beri nama-nama cantik pada anak, jadi hati-hati ketika memilih nama

Sekiranya anda masih dalam dilema hendak menamakan anak anda, kami di theAsianparent Malaysia ingin membantu anda dengan berkongsi beberapa nama-nama yang boleh diberi kepada si manja, berserta maksudnya sekali!

 

Nama-nama cantik bagi anak lelaki mengikut abjad

Kredit: Shutterstock

Kini, sudah menjadi trend untuk memberi nama anak seringkas yang mungkin. Ada yang hanya menamakan anak dengan sekadar satu nama sahaja. Tetapi, ia terpulang kepada ibu dan ayah dalam menamakan si manja, yang penting ia membawa maksud yang baik-baik!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi inilah senarai nama anak yang boleh anda berikan pada hero anda nanti!

  • Ali. Yang mulia, tinggi kedudukannya
  • Aathif. Belas kasih
  • Abid. Yang beribadat, beribadah
  • Adel. Adil
  • Affan. Pendaki, bijak, cerdas
  • Afnan. Pepohonan yang berbuah, kecantikan atau seri
  • Badrun. Bulan penuh, bulan purnama
  • Bahri. Kegemilanganku
  • Bahzi. Pembelaku
  • Basil. Berani
  • Bazli. Kebijaksanaanku, kepakaranku
  • Dahlan. Nama belakang ulama
  • Daiyan. Hakim, pelindung, penjaga
  • Daris. Pembaca, pelajar
  • Dhaffa. Pembela, banyak memiliki pertahanan diri

  • Dhawi. Bersinar
  • Dhiya. Cahaya, sinar
  • Dizhwar. Gagah
  • Durrani. Permataku
  • Ehsan. Kehebatan
  • Emir. Arahan
  • Emran. Kemajuan, prestasi
  • Essam. Melindungi
  • Faeyza. Kejayaan
  • Fahri. Kemegahanku, kebanggaan
  • Faiz. Berjaya, menang
  • Falah. Berjaya, beruntung
  • Fannan. Seniman
  • Farhan. Bergembira
  • Faruq. Pembeza antara benar dan salah
  • Fatih. Pembuka, perintis, pemenang, penakluk
  • Fudail. Kelebihanku, kemuliaan
  • Ghaffur. Pengampun
  • Ghufran. Keampunan, pengampunan
  • Hadif. Yang mempunyai matlamat
  • Hafuza. Pemberi semangat
  • Harraz. Yang amat warak
  • Inas. Kebaikan, keramah-tamahan, kelembutan
  • Jameel. Yang tampan, indah
  • Kaisar. Pemimpin
  • Luthfi. Keramah-tamahan
  • Mifzal. Teramat mulia
  • Nafiy. Yang berguna
  • Omar. Panjang umur
  • Rasyad. Memperolah petunjuk
  • Rayyan. Kepuasan; pintu syurga untuk orang yang berpuasa
  • Waail. Perteduhan, perlindungan, kembali berlindung kepada Allah, Pemurah, hujan lebat
  • Yamin. Yang berkat
  • Yusuf. Nama Nabi
  • Zayne. Bagus, perhiasan, perhiasanku

Nama yang cantik untuk anak perempuan mengikut abjad

Kredit: Shutterstock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya anda dikurniakan seorang puteri, ini adalah antara nama-nama yang anda boleh pilih untuk menamakan anak anda.

  • Aaira. Mulia, dihormati
  • Aazeen. Cantik
  • Adara. Perawan, cantik (Greek)
  • Azra. Dara, perawan
  • Baheera. Cantik, berseri, elok, indah
  • Bazla. Yang bijak
  • Bussaina. Cantik menarik
  • Dalili. Petunjuk, manja, memanjakan
  • Daliyah. Pohon anggur
  • Darisa. Pembaca, pelajar
  • Ermina. Peramah
  • Fadiyah. Menyelamatkan, tebusan
  • Fakeehah. Menyenangkan, sedap
  • Falilah. Yang beruntung

  • Farhah. Kegirangan
  • Fateen. Bijak
  • Ghina. Kekayaan
  • Hadfah. Yang mempunyai matlamat
  • Hafiya. Sangat baik
  • Hamani. Memberi semangat
  • Hamra. Kemerah-merahan
  • Hanan. Kesayangan, kecintaan, rezki, berkah
  • Hanini. Kerinduan
  • Hasya. Kesempurnaan
  • Iftinan. Mengagumkan, menarik perhatian
  • Iman. Iman, keimanan
  • Inaam. Pemberian kenikmatan
  • Inara. Berkarisma, pintar
  • Iris. Bunga
  • Jaizah. Ijazah, piala
  • Jasmin. Bunga
  • Jidah. Kemewahan
  • Juhainah. Taman, kebun
  • Kaisara. Permaisuri
  • Kamilia. Pepohonan yang selalu hijau
  • Kayyisa. Wanita cerdik dan bijaksana
  • Laela. Malam yang gelap
  • Luthfia. Lemah lembut
  • Majeeda. Mulia, Dihormati
  • Mariya. Yang indah, asli
  • Nafeesa. Yang amat berharga; berkedudukan tinggi
  • Najiyah. Selamat
  • Najiyah. Selamat
  • Nisrin. Harum bunga mawar
  • Shafaa. Kejernihan
  • Widad. Kasih sayang, cinta, cita-cita
  • Yusrina. Kesenangan kami
  • Zahsy. Nama seorang perempuan ahli syurga (Zaenab Al Zahsy)
  • Zulfa. Kedudukan yang dekat
  • Zuyyin. Dijadikan indah

Ada sebab mengapa ibu ayah perlu beri nama-nama cantik pada anak, jadi hati-hati ketika memilih nama

Islam menyeru umatnya untuk memberi nama anak dengan nama-nama yang cantik dan indah kerana pada hari kiamat kelak, anak-anak anda akan diseru dengan nama tersebut.

Berdasarkan sebuah hadis daripada Abu al-Darda’ RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu.” (Riwayat Abu Daud – 4948)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justeru itu, ibu ayah perlulah perlulah menamakan anak dengan nama yang baik maksudnya agar tidak menjadi aib pada hari kiamat kelak.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Bermula Huruf A-L Yang Moden & Popular Tahun 2022

Baca juga: Senarai Nama Anak Dengan Maksud Yang Tidak Elok, Ibu Ayah Sila Elakkan Nama Ini!

Baca juga: Tak Kisah Letak Nama Anak ‘Iblis’, Dalam Bahasa Greek Bermakna Pembawa Cahaya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan