Anda ibu-ibu yang runsing berat anak tak naik walaupun dah cuba macam-macam, mungkin anda boleh cuba resepi nasi goreng daging ini.
Menariknya, nasi goreng daging ini menggunakan cream cheese di dalamnya yang dikatakan mampu menaikkan berat anak yang mungkin ‘liat’ sangat nak naik sebelum ini.
Sampai ibu-ibu kadang kala jadi gerun nak pergi pemeriksaan kesihatan anak kerana pasti akan dapat ‘tazkirah’ panjang dari doktor atau pakar nutrisi mengenai berat badan anak. Buntu juga kadang kala jadinya.
Nasi goreng daging cream cheese tambah berat anak
Menerusi perkongsian seorang ibu, NoorIdayu Jefri di laman Facebooknya, beliau berkongsi mengenai menu nasi goreng daging yang dikatakan boleh tambah berat anak.
Jadi ibu-ibu di luar sana mungkin boleh cuba masak makanan ini untuk anak anda mana tahu ia menjadikan? Tidak rugi jika mencuba, malah boleh tambah senarai menu anak lagi.
Jom kami kongsikan resepi:
Bahan-bahan:
- Nasi (1 Senduk)
- Chesee(Beqa Tatura Cream Chesee(2 sudu besar)*
- Daun Sup (sedikit saja)*
- Bawang Holland (sedikit saja)*
- Bawang Putih (2 ulas)*
- Daging (secukup rasa/ ikut keperluan)*
- Lobak merah dan jagung (tsecukup rasa/ ikut keperluan)*
- Unsalted butter/minyak masak (2-3 sudu besar)*
- Tomato (sedikit saja)*
- Daun saderi (sedikit saja)*
Cara-caranya:
- Tumis semua bahan yang bertanda *
- Masukkan nasi
- Kacau sebati dan apabila sudah sebati siap untuk dihidangkan
Menurut ibu ini, beliau sudah perkenalkan anaknya dengan keju sejak usia tujuh bulan. Ia memang sangat berkesan untuk tambah berat badan anaknya.
Setakat diperkenalkan anaknya juga tidak pernah sembelit. Beliau juga tidak lupa untuk lebihkan sayur-sayuran dan buah selain air kosong dalam hidangan anaknya.
Kebaikan keju untuk anak
Rasa lemak-lemak yg ada pada keju tu membuatkan ia sesuai dijadikan penambah rasa dalam makanan. Keju salah satu produk tenusu yang dihasilkan daripada susu lembu, susu kambing atau mamalia lain. Terdapat 500 jenis keju yang dihasilkan di seluruh dunia.
Tapi, yang bagus untuk bayi adalah yang paling kurang kuantiti sodium yang diletakkan semasa proses menghasilkan keju tersebut. kebanyakan keju telah dicampur dengan garam semasa memproses keju tersebut.
Bayi tidak memerlukan kandungan sodium yang terlalu banyak di dalam tubuh mereka. Hanya sedikit sahaja diperlukan. Oleh itu, parents perlu pandai pilih keju yang bagus untuk bayi korang.
Selain rasanya yang enak dan berlemak, keju juga banyak khasiatnya yang bagus untuk diberikan kepada anak kecil. Antara khasiat yang boleh didapati dalam keju seperti kaya dengan vitamin A, vitamin B12, vitamin C, zinc, fosfor, zat besi dan kalium.
#1. Bagus untuk pembentukan gigi
Cheese ni bagus untuk pembentukan gigi dan tulang kerana khasiat kalsium yang terdapat padanya.
#2. Tambah berat anak
Selain itu, cheese juga boleh tambah berat badan anak. Jadi anak yang tak cukup berat boleh lah hidang dengan cheese dalam diet harian mereka.
Pelbagaikan menu yang menggunakan cheese. Sebagai contoh boleh dibuat pasta yang dicampur dengan keju. Bebola kentang keju dan pelbagai lagi menu yang boleh anda cuba.
Perkara perlu ambil tahu sebelum perkenalkan keju pada anak
Ada beberapa perkara yang ibu ayah perlu ambil perhatian sebelum berikan keju dalam diet harian anak:
#1. Usia sesuai perkenalkan bayi
Apabila bayi dah biasa mengunyah makanan dan mampu menelan makanan dengan baik, biasanya mereka boleh mula makan makanan yang lembut seperti keju.
Namun, kebanyakan pakar kanak-kanak menyarankan usia terbaik untuk mula memperkenalkan keju bagi bayi adalah sekitar usia 8 bulan.
Bagi bayi yang mempunyai sejarah alergi dalam keluarga, masalah ekzema atau alahan makanan sebelum ini mungkin perlu menunggu lebih lama sedikit sebelum memperkenalkan keju dalam makanan bayi.
#2. Jenis keju yang sesuai untuk bayi
Cottage cheese yang diperbuat daripada susu penuh krim adalah antara yang sesuai untuk bayi disebabkan nutrisinya serta rasanya yang tidak terlalu tajam.
Cream cheese juga antara pilihan popular yang ramai ibu gunakan dalam menyediakan makanan bayi.
Selain itu, keju Parmesan, Cheddar dan Mozarella adalah antara keju yang mudah didapati di Malaysia dan boleh diberikan kepada bayi.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit foto: NoorIdayu Jefri
Baca juga: Bila Waktu Sesuai Untuk Beri Bayi Makan Keju? Ini 3 Resepi Berasaskan Keju Yang Sangat Enak!
Baca juga: Suka Makan Popiah? Nah Ini Dua Resepi Mudah, Boleh Buat Di Rumah!
Baca juga: Kesian Anak Selalu Makan Bubur Kosong, Apa Kata Cuba Resepi Pasta Mudah Ini!