Suami Isteri Tidak Boleh Bergaduh Lebih Dari Sehari, Jika Berpanjangan Itu Ego Namanya!

Nasihat untuk suami isteri yang sering bergaduh selalu rendahkan ego dan utamakan komunikasi serta saling memahami antara satu sama lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehidupan berumah tangga pasti ada pasang surutnya bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Ada satu nasihat suami isteri bergaduh untuk dihayati bersama kerana bimbang jika biarkan konflik berlarutan ia hanya akan memburukkan keadaan.

Nasihat Suami Isteri Bergaduh Cukup Sehari Semalam

Bergaduh dengan pasangan, limitnya cukup dengan sehari semalam. Kalau lebih dari tu, itu EGO.

Bergaduh pagi, petang baik balik. Bergaduh petang, malam baik. Bergaduh malam, keesokan pagi kena baik.

Jangan dipanjangkan atau dibiarkan pergaduhan tu sampai berhari-hari. Tak bercakap, bermasam muka, buat tak tahu antara satu sama lain.

Siapa yang minta maaf dulu, siapa yang mula bercakap dulu, siapa yang dah buat macam biasa balik, maka dia lah yang terbaik sebab dia boleh kawal dan rendahkan ego dia.

Siapa yang tunggu orang lain minta maaf, siapa yang tunggu orang lain mula bercakap dulu, maka dia lah yang paling ego di dalam rumah itu.

Sama ada lelaki mahupun perempuan, masing-masing ada ego dan kena tahu kegunaannya untuk apa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yang lelaki kalau nak dihormati isteri, maka jangan guna ego sebab ego lelaki kebanyakannya akan memakan diri sendiri.

Akhlak, perangai, pertuturan, perbuatan, budi bahasa si lelaki itu yang menyebabkan isteri taat dan hormat suami.

Bukan kita kena ego tinggi, baru isteri hormat dan taat kepada kita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lama-kelamaan isteri akan menyampah, meluat, bosan bila kita asyik menggunakan ego kita untuk memenangi apa saja perbalahan, pergaduhan dan pertengkaran yang asalnya bermula akibat daripada kesilapan kita sendiri.

Percayalah, hubungan yang bahagia, hubungan yang harmoni, pasangan yang gembira adalah ego suami isteri tolak ke tepi.

Siapa salah, dia mintak maaf. Siapa yang silap, dialah yang perbetulkan.

Siapa yang sedar pasangan dia buat salah dan silap, dialah yang kena bagi teguran dan nasihat. Siapa yang kena tegur dan kena nasihat, dialah yang kena berlapang dada dan terbuka dengan  teguran dan nasihat tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Krisis dan konflik tidak dapat dielakkan kerana ia adalah sebahagian daripada kehidupan berumah tangga.

Namun, terpulang kepada kita untuk mengawalnya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 11 Pantang Larang Ketika Bergaduh Suami Isteri, Jangan Naik Tangan & Biarkan Lebih Tiga Hari!

Baca juga: Semakin Hari Semakin Sayang, Ini Dia 8 Doa Rumah Tangga Berkekalan Yang Suami Isteri Boleh Amalkan!

Baca juga: 7 tanda suami sayang isteri, no #4 kalau dia tak buat, faham-fahamlah…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah