'Pertama Kali Bawa Rumah Mak, Ya Allah Terjatuh Cinta,'' Neelofa Dedah Kisah Cinta PU Riz

Neelofa dan PU Riz bagai pinang dibelah dua. Ikuti kisah Neelofa menceritakan bagaimana dia mula-mula jatuh cinta dengan suaminya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Neelofa dan PU Riz baru-baru ini menjadi tetamu jemputan dalam sebuah rancangan temubual selebriti Astro yang popular di Malaysia iaitu MeleTOP. Memang riuh rendah studio dibuatnya dengan gelagat Nabil sebagai pengacara yang kerap mengusik dua pasangan ini. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Neelofa dan PU Riz kongsi kisah cinta mereka
  • PU Riz kongsi pengalaman menjadi bapa

Neelofa dan PU Riz berkongsi kisah cinta mereka

 
Kisah Neelofa dan PU Riz pernah menjadi bualan hangat suatu ketika dahulu. Akhirnya, pengacara serta usahawan terkemuka Neelofa membuka mulut bagaimana beliau mula-mula jatuh cinta dengan PU Riz setelah beliau menjadi imam jemputan solat terawikh di rumahnya 2 tahun lepas.
 
Seolah-olah seperti takdir, PU Riz menjadi calon terakhir yang dapat menjadi imam di rumahnya setelah ramai yang menolak. Sewaktu beliau mula bertentang mata dengan PU Riz, beliau menyedari bahawa beliau terjatuh cinta!
 
Tapi yang paling menariknya, PU Riz seakan begitu malu dan tidak mahu berkongsi lebih mengenai kisah cinta mereka. Sampai turut mencelah sewaktu isterinya ingin bercerita lebih. 

Cerita macam ni malu, cerita sikit-sikit saja. Okay cukup, ringkas, padat dan sampai.
PU Riz kongsi pengalaman menjadi bapa
 
 
PU Riz turut berkongsi kepada penonton mengenai pengalaman beliau saat menjadi bapa. Beliau berkongsi bahawa menjaga anak bukannya mudah tetapi beliau sangat menghargai pengorbanan ibu yang boleh menjaga anak setiap masa. Sehinggakan ibu ini tidak mengenal erti penat dan mengganggap itulah kekuatan ibu. Beruntung Neelofa dapat suami seperti Hariz!
 
Pasangan ini yang merujuk diri mereka sebagai abah dan umi telah dikurniakan anak Muhammad Bilal, yang baru berusia 3 bulan. Wajah Bilal masih lagi menjadi rahsia kerana pasangan ini masih belum menunjukkan wajah Bilal. Tidak sabar rasanya nak menatap wajah comel Bilal nanti.
 
Neelofa dan PU Riz yang juga merupakan pendakwah bebas telah pun diijab kabulkan pada tahun lepas dengan tanda pagar #NFLH yang bermaksud ‘Neelofa Love Forever Hariz’.  Perkahwinan mereka yang berkonsepkan Jabal Rahmah mendapat pujian dari semua peminat. Semoga dipermudahkan urusan Neelofa dan Hariz!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 

Baca Juga: Anzalna Nasir Sarat Mengandung Anak Kedua, Ramai Melting Tengok Baby Bump Comel

Baca Juga: Tahniah! Mira Filzah Umum Hamil Anak Pertama, Ini Senarai Artis Bakal Bersalin 2022

Baca Juga: Inginkan Keluarga Bahagia Bak Selebriti Power Couple Ini? Nah 20 Nasihat Berkesan Untuk Yang Berkahwin!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman