Sah! Neelofa Mengandung Anak Kedua, Empunya Badan Sendiri Dah Buka Mulut

Banyak ura-ura yang didengari, kini empunya badan sendiri sudah mengesahkan. Neelofa mengandung anak kedua, Bilal bakal jadi abang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Spekulasi daripada netizen kini disahkan sendiri oleh empunya badan, Neelofa mengandung anak kedua. “Ya, half way to go”, kata selebriti popular, Neelofa di majlis pelancaran koleksi perayaan Naelofar di KL East Mall hari ini. 

“Faham-fahamlah. Orang pun sudah nampak kan? Ramai yang mendoakan saya sihat dan selamat.” Kata ibu kepada Bilal ini. 

Pada Januari tahun lepas Neelofa selamat melahirkan bayi comel, Muhammad Bilal, selepas berbulan-bulan Neelofa biar netizen berteka-teki mengenai kehamilan anak sulungnya itu. 

Berbeza dengan kali ini di mana tanpa selindung lagi dia menayang perut comelnya ketika majlis sambutan hari jadi Bilal yang pertama baru-baru ini, dan kini mengesahkan kehamilannya yang sudah pun di trimester kedua. 

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor mengiyakan pertanyaan kini sedang berbadan dua selepas berkongsi cabaran menunaikan umrah, baru-baru ini.

“Banyak orang mendoakan saya yang baik-baik. Banyak juga yang menghantar mesej langsung (DM), ucap yang baik-baik, jadi syukur Alhamdulillah.

“Iyalah, saya pun aktif pergi sana-sini, dengan anak kecil lagi. Ia bukan mudah, tetapi urusan saya dipermudahkan,” Katanya, menurut laporan dari BH Online. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tiada Morning Sickness

“Dari kehamilan anak pertama, saya tidak memilih, okay sahaja. “Alhamdulillah, saya tak alami alahan teruk sejak anak pertama. Jika dibandingkan dengan kenalan saya, ada yang tidak boleh bangun daripada katil. Saya sangat bersyukur.

“Ada juga sedikit perubahan yang saya perlu buat, tetapi semua baik-baik sahaja. Dari segi perubahan bentuk badan, perasaan, hormon dan banyak lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Tapi, saya seperti mereka yang banyak kali hamil, sudah biasa dengan semua ini,” katanya. Apabila ditanya mengenai reaksi Bilal untuk mendapat adik baru, Neelofa bersyukur anaknya tidak banyak meragam.

“Bilal okay sahaja sebab dia sudah besar dan makin kenal orang. Saya rasa ia hanya mitos bila orang kata anak pertama akan meragam bila nak dapat adik,” katanya.

Terdahulu, Neelofa menimbulkan spekulasi hamil anak kedua selepas video yang menampakkan perubahan pada bahagian perut tular dalam laman sosial.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Video itu merakamkan Neelofa memegang perut yang semakin membesar ketika memberi ucapan sempena ulang tahun pertama kelahiran Bilal.

Baca juga: Masuk Usia 9 Bulan Boleh Merangkak, Peminat Kempunan Nak Tengok Anak Neelofa

Baca juga: Neelofa Ambil Konsultan Laktasi Belajar Ilmu Penyusuan, Patutlah Bilal Makin Bam Bam!

Baca juga: Pertama Kali Bawa Rumah Mak, Ya Allah Terjatuh Cinta Neelofa Dedah Kisah Cinta PU Riz