Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

Niat puasa enam syawal boleh dilaksanakan pada syawal kedua dan seterusnya. Kelebihan puasa 6 pahala sama dengan berpuasa setahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas menunaikan puasa Ramadan, umat Islam diberi peluang untuk melaksanakan Puasa 6 Syawal. Tahukah anda apakah keistimewaan puasa enam ini? Berikut adalah niat puasa enam. 

Apakah Kelebihan Puasa Enam Syawal?

Dalam meriah menyambut hari raya, jangan lupa untuk ambil peluang melaksanakan Puasa 6 Syawal, ya! Kenapa? Sebab ganjaran puasa sunat enam hari di bulan Syawal ni sangat besar kerana anda ibarat berpuasa sepanjang setahun!

Ada sebuah hadis yang menyebut:

“Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan, kemudian diikuti dengan 6 hari puasa di bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun!”

(Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, Al Tarmizi, Ibnu Majah)

Berikut adalah kelebihan Puasa 6 Syawal:

1.Pahala Sama Dengan Berpuasa Setahun

Puasa 6 hari di bulan Syawal memberikan ganjaran yang setara dengan berpuasa sepanjang tahun! Kalau tambah dengan puasa Ramadan, memang luar biasa ganjarannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2.Menyempurnakan Puasa Ramadan

Puasa pada bulan Syaaban dan Syawal membantu melengkapkan ibadah puasa kita sepanjang Ramadan, menjadikannya lebih sempurna. Jadi boleh belajar niat puasa enam jika anda mahu berpuasa ketika Syawal nanti.

3.Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT

Dengan berpuasa 6 Syawal, kita semakin mendekatkan diri kepada Allah SWT, sebagai tanda kesyukuran atas segala nikmat yang diberikan.

4.Bukti Syukur Kita Kepada Allah SWT

Puasa 6 Syawal adalah salah satu cara kita menunjukkan rasa syukur atas kesempatan untuk beribadah dan menikmati bulan Ramadan. 

5.Bukti Keikhlasan Amal Soleh Sepanjang Ramadan

Puasa 6 Syawal juga menjadi tanda keikhlasan kita dalam melaksanakan amal soleh, bukan hanya di bulan Ramadan, tetapi sepanjang tahun.

Cara Pelaksanaan

Puasa enam hari dalam bulan Syawal boleh dilakukan dengan pelbagai cara secara berselang-seli, berturut-turut, atau mana-mana hari dalam bulan tersebut, kecuali pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri. Namun, cara yang paling afdhal adalah melakukannya secara berturut-turut selepas hari pertama bulan Syawal, iaitu mulai 2 Syawal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kenapa begitu? Sebab melewatkan puasa enam boleh menimbulkan rasa malas dan akhirnya terlupa untuk melaksanakannya. Sebaliknya, bersegera untuk melaksanakan ibadah adalah yang terbaik. Dengan niat puasa enam yang ikhlas, kita dapat lebih mudah melaksanakan puasa ini dengan penuh semangat.

Untuk niat puasa enam, pastikan anda berniat terlebih dahulu sebelum memulakan puasa. Contoh niat yang boleh diucapkan adalah: “Sahaja aku berpuasa sunat enam hari pada bulan Syawal tahun ini kerana Allah Ta’ala.”

Dengan niat yang jelas dan melakukan ibadah ini secara berturut-turut, kita dapat meraih ganjaran yang lebih baik dan melengkapkan amal ibadah dengan sempurna.

Puasa enam boleh sama ada dilakukan secara berturutan atau dipisahkan. Begitu juga ia boleh untuk diawalkan atau dilewatkan selagi mana dalam bulan syawal melainkan syawal pertama bukan syawal pertama, maka ia tidak menjadi masalah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lafaz Niat Puasa 6 Syawal

Puasa akan sah jika memenuhi syarat-syarat berikut:

Niat Puasa Enam 

نَوَيتُ صَوْمَ غَدٍ عَن سِنَّةٍ مِنْ شَوَّالٍ سُنَّةً لِلَّهِ تعَالى

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rumi: Nawaitu souma ghodin ‘an sittatin min syawwalin sunnatan lillahi taala

Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari Syawal kerana Allah Ta’ala”

Hukum Gabung Puasa 6 Dengan Puasa Ganti

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menggabungkan antara puasa wajib dengan puasa sunat hukumnya harus. Meskipun diharuskan, menutut mazhab Syafie, tetapi ganjaran atau pahala puasa diperolehi kurang sempurna. Ini kerana ia lebih afdal dilakukan pada hari berlainan.

Qadha Puasa vs Puasa Syawal – Oleh Ustazah Asma’ Harun

Mengikut pendapat yang muktamad, afdhal (lebih baik) mengasingkan niat puasa enam di bulan Syawal dengan puasa qadha.

Sah jika menggabungkan niat puasa enam di bulan Syawal dengan puasa qadha serta mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif (lemah).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dibolehkan puasa 6 terlebih dahulu jika dibimbangi tidak sempat untuk puasa 6 jika didahului puasa qada. Sihat walafiat untuk puasa qada selepas itu. Menyegerakan untuk menggantikan puasa terlebih dahulu adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Puasa 6 Syawal Dan Ganti Ramadhan: Niat, Cara Puasa 6 & Hukum Dalam Islam

Baca juga: Sahkah Apabila Puasa 6 Digabungkan Dengan Puasa Ganti Ramadan? Ini Jawapannya

Baca juga: 10 Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri Mengikut Sunnah Nabi Yang Dikongsi Oleh JAKIM

Penulis

Lala Annuar