TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kencing Tidak Lawas Ganggu Beribadah? Ini Kaedah Untuk Anda Mendirikan Solat Tanpa Was-Was

14 Aug, 2023
Kencing Tidak Lawas Ganggu Beribadah? Ini Kaedah Untuk Anda Mendirikan Solat Tanpa Was-Was

Masalah kencing tidak lawas menyukarkan seseorang untuk kekal suci dari hadas namun syariat menyediakan cara-cara khusus untuk solat.

Masalah kencing tidak lawas atau incontinence ternyata mengganggu keselesaan hidup si penghidap, lebih-lebih lagi ketika mahu menjalani beribadah. 

Kencing tidak lawas adalah satu keuzuran malah terdapat hukum khas mengenai cara berwuduk dan solat bagi bagi pengidap penyakit kencing tidak lawas.

Lakukan Perkara Ini Sebelum Mendirikan Solat

Jika pengidap kencing tidak lawas hendak mendirikan solat, anda hendaklah melakukan perkara-perkara berikut:

  1. Apabila masuk waktu solat, anda hendaklah kencing terlebih dahulu.
  2. Selepas kencing, wajib baginya istibrak iaitu memastikan tiada lagi air kencing yang mengalir dari kemaluannya.
  3. Selesai istibrak, anda hendaklah terus beristinjak iaitu membasuh kencing.
  4. Sesudah istinjak, anda hendaklah membalut zakar dengan kain. Bagi perempuan pula memadailah dengan memakai tuala wanita.
  5. Sesudah itu, terus berwuduk tanpa berlengah-lengah.
  6. Sesudah berwuduk, hendaklah terus melakukan solat. Jika selepas berwuduk anda tidak terus mendirikan solat, maka anda wajib mengulangi langkah 1 hingga 5.
  7. Jika sedang solat, tiba-tiba air kencing terkeluar, maka hendaklah anda meneruskan solat sehingga selesai. Solatnya sah walaupun air kencing keluar ketika sedang solat kerana anda berada dalam keuzuran.

Bila Perlu Berwuduk?

  1. Jika anda hendak melakukan solat fardu, anda hendaklah berwuduk setiap kali masuk waktu solat kerana satu wuduk hanya sah untuk satu solat fardu sahaja.
  2. Sebaliknya, jika anda hendak melakukan solat sunat, maka memadailah baginya berwuduk sekali sahaja. Anda boleh melakukan seberapa banyak solat sunat mengikut kemampuannya.
  3. Begitu juga jika anda berwuduk kerana hendak melakukan solat fardu, dengan wuduk itu anda boleh melakukan solat-solat sunat seperti solat sunat rawatib.

Dalam sesetengah kes keuzuran, terdapat kesukaran bagi seseorang untuk kekal suci dari hadas. Namun adalah kesukaran ini membuatkan dia terkecuali dari solat? Tidak.

Malah syariat menyediakan cara-cara khusus bagi seseorang yang mengalami keuzuran seperti ini melakukan solat. Rujukan bagi panduan ini adalah dari Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar, Q&A solat ketika keuzuran.

Tips Kurangkan Masalah Kencing Tidak Lawas

Incontinence boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara antaranya penuaan, menopaus, kelahiran anak dan keadaan kesihatan lain.

Keadaan ini sudah pasti menganggu setiap individu terutamanya apabila melakukan aktiviti di luar rumah. Berikut adalah antara tips yang boleh anda cuba untuk mengawal masalah kencing tidak lawas.

1. Mengawal berat badan

Risiko incontinence boleh diturunkan dengan mengurangkan berat badan. Obesiti merupakan salah satu punca kencing tak lawas, ia mungkin kerana semakin bertambah berat badan meningkatkan tekanan perut yang boleh menyebabkan masalah kencing tidak lawas.

2. Berhenti merokok

Individu yang mengalami incontinence perlu menghentikan tabiat merokok. Kajian mendapati bahawa individu yang merokok lebih cenderung mengalami kencing tak lawas.

Ini kerana merokok merosakkan saluran darah yang sangat kecil di dalam badan kita dan menyebabkan tisu menjadi lemah.

Selain itu, rokok juga boleh menyebabkan batuk yang mana boleh menyebabkan kebocoran air kencing pada orang yang mengalami inkontinens tekanan. Merokok juga dikaitkan dengan kanser pundi kencing.

3. Senaman pelvis

Ia adalah bentuk senaman otot pinggul yang sangat berguna bagi individu yang mengalami masalah kencing tidak lawas malah senaman ini sangat baik untuk melatih ketahanan dan kontraksi otot yang berfungsi apabila anda menahan dan membuang air kecil.

Stories Rakan Kongsi
Quick Meals For Busy Mums To Promote Good Gut Health
Quick Meals For Busy Mums To Promote Good Gut Health
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
The lazy mom’s guide to raising independent kids
The lazy mom’s guide to raising independent kids
6 tips on how to build resilience in children
6 tips on how to build resilience in children

AkuIslam

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Cara Solat Jenazah, Panduan Lengkap Untuk Yang Pertama Kali

Baca juga : Solat Sunat Rawatib, Ini Panduan Lengkap Berserta Doa & Bacaan Dalam Solat

Baca juga : Dah Tak Larat Solat Berdiri Ketika Hamil? Ini Panduan Solat Ketika Hamil Untuk Memudahkan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Kencing Tidak Lawas Ganggu Beribadah? Ini Kaedah Untuk Anda Mendirikan Solat Tanpa Was-Was
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

powered by
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham