X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Solat Jenazah Yang Mudah Dan Ringkas, Panduan Lengkap Bagi Mereka Yang Pertama Kali Melaksanakannya

5 Sep, 2023
Cara Solat Jenazah Yang Mudah Dan Ringkas, Panduan Lengkap Bagi Mereka Yang Pertama Kali Melaksanakannya

Disebabkan solat jenazah tidak dilakukan pada setiap hari, kita sering kali terlupa akan cara solat jenazah dan niatnya.

Solat jenazah dilakukan oleh orang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia agar diampunkan segala dosanya dan mendapat rahmat serta keredhaan Allah SWT. Disebabkan solat ini tidak dilakukan pada setiap hari, kita sering kali terlupa akan cara solat jenazah dan niatnya.

Berbeza dengan solat yang lain, cara Solat Jenazah ada sedikit kelainan di mana ia tidak perlu ruku’, iktidal, sujud, atau tahiyyat tetapi, ia hanya disempurnakan dengan 4 takbir dan salam(semasa berdiri).

Isi Kandungan

  • Hukum Solat Jenazah
  • Syarat Melakukan Solat Jenazah
  • Kedudukan Jenazah Dan Imam
  • Rukun Solat Jenazah
  • Niat Solat Jenazah
  • Cara Solat Jenazah Lelaki dan Perempuan
  • Hukum menyebut kebaikan dan keburukan jenazah
  • Perkara sunat dalam solat jenazah

Hukum Solat Jenazah

Hukum menunaikannya adalah fardhu kifayah. Fardhu kifayah bermaksud perkara yang wajib dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat demi menjaga kepentingan umat Islam. Apabila ada sebahagian umat Islam yang melakukan, gugurlah dosa bagi semua umat Islam di suatu tempat itu. Jika tiada yang melakukan, maka berdosalah semua orang Islam di suatu kawasan itu.

Solat jenazah boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dan tidak makruh mengerjakan pada waktu-waktu yang ditegahkan kerana, solat ini merupakan solat yang mempunyai sebab.

Walaupun begitu, ia akan menjadi makruh sekiranya kita melambat-lambatkan solat sehingga sampai waktu yang ditegah. Berikut adalah panduan solat jenazah yang lengkap dan mudah untuk difahami.

Syarat Melakukan Solat Jenazah

  1. Syarat-syarat sembahyang jenazah sama dengan syarat-syarat solat yang lain seperti menutup aurat, suci tubuh badan dan pakaian daripada najis dan menghadap qiblat.
  2. Jenazah sudah dimandikan dan dikafankan.
  3. Jenazah tersebut hendaklah diletakkan di hadapan jemaah (di sebelah kiblat) kecuali solat jenazah ghaib.

Kedudukan Jenazah Dan Imam

Pertama sekali, anda perlu tahu kedudukan jenazah yang betul sebelum disembahyangkan. Jenazah perlu diletakkan di hadapan imam melintang ke qiblat. Sekiranya terdapat lebih daripada satu jenazah, kedudukannya adalah seperti berikut;

  1. Jenazah lelaki dewasa
  2. Jenazah kanak-kanak lelaki
  3. Jenazah perempuan dewasa
  4. Jenazah kanak-kanak perempuan

Merujuk kata sepakat imam-imam mazhab, sunat hukumnya untuk solat jenazah yang ramai secara serentak. Tetapi ianya boleh dilakukan secara berasingan dan didahulukan dengan jenazah yang paling mulia.

Cara Solat Jenazah Yang Mudah Dan Ringkas, Panduan Lengkap Bagi Mereka Yang Pertama Kali Melaksanakannya

Untuk jenazah lelaki, setelah jenazah diletakkan dihadapan imam:

  • Kepalanya diletakkan disebelah kiri imam
  • Imam berdiri setentang dengan kepala jenazah

Cara Solat Jenazah Yang Mudah Dan Ringkas, Panduan Lengkap Bagi Mereka Yang Pertama Kali Melaksanakannya

Untuk jenazah perempuan, setelah jenazah diletakkan di hadapan imam:

  • Kepalanya di sebelah kanan imam
  • Imam selari dengan pinggang jenazah

Bagi solat jenazah ghaib, imam dan makmum perlu menghadap qiblat tanda ada jenazah dihadapan.

Solat jenazah ghaib adalah solat tehadap jenazah ahli keluarga atau saudara seagama yang meninggal di tempat yang jauh atau kepada jenazah yang telah dikebumikan tetapi tiada kesempatan bagi ahli keluarga si mati untuk menyembahyangkannya.

Ianya sunat dilakukan ketika mendengar berita kematian seseorang walaupun masa meninggal dunia sudah berlalu sehingga sebulan.

Saf solat jenazah ini seboleh-bolehnya dijadikan 3 saf yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang setiap saf tersebut.

Rukun Solat Jenazah

Sembahyang jenazah tidak perlu dilaungkan azan dan iqamat. Berikut adalah rukun-rukunnya:

  1. Niat ketika takbiratul ihram
  2. Berdiri ketika melakukan solat bagi yang berkemampuan
  3. Mengangkat 4 kali takbir termasuk takbiratul ihram
  4. Takbir pertama dan diikuti dengan bacaaan Al-Fatihah
  5. Takbir kedua dan diikuti dengan membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
  6. Takbir ketiga dan diikuti dengan membaca doa untuk jenazah
  7. Takbir keempat dan seterusnya memberi salam yang pertama

Niat Solat Jenazah

Lafaz niat solat jenazah ini adalah bergantung kepada jantina jenazah tersebut sama ada lelaki atau perempuan. Lafaz niat untuk jenazah lelaki dan perempuan adalah seperti yang berikut:

Niat solat jenazah lelaki

cara solat jenazah

Usolli ‘Ala Hazal-Mayyiti Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala  

“Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.”

Niat solat jenazah perempuan 

niat solat jenazah

Usolli ‘Ala Hazihil-Mayyitati Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala 

“Sahaja aku solat ke atas jenazah perempuan ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.”

Cara Solat Jenazah Lelaki dan Perempuan

Cara solat jenazah lelaki adalah sama sahaja dengan cara solat jenazah perempuan kecuali terdapat sedikit perubahan di dalam doa solat jenazah. Ini adalah cara solat jenazah ringkas untuk diikuti.

Stories Rakan Kongsi
Learning starts in the womb: How to encourage your little one’s early learning
Learning starts in the womb: How to encourage your little one’s early learning
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Have you heard of the Durian Generation? Here’s how not to raise a brat
Have you heard of the Durian Generation? Here’s how not to raise a brat

1.Dimulakan dengan berdiri betul bertentangan dengan jenazah.

2. Seterusnya, mulakan solat dengan niat di dalam hati untuk menunaikan solat jenazah empat takbir kerana Allah.

3. Niat solat jenazah lelaki atau niat solat jenazah perempuan

4. Membaca niat dalam hati dan mengangkat takbir pertama.

Setiap jemaah yang mengikuti solat jenazah tersebut wajib berniat untuk melakukan solat jenazah kerana Allah SWT. Setelah niat, bertakbirlah dengan takbiratul ihram yang pertama.

5. Membaca surah Al-Fatihah.

Selepas mengangkat takbir yang pertama, membaca surah Al-Fatihah dari awal sehingga selesai.

6. Membaca selawat.

Selepas takbir yang kedua, anda dikehendaki membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Anda boleh membaca selawat ringkas atau yang paling utama adalah selawat ibrahimiyah.

أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالمَِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

7. Membaca doa untuk jenazah.

Selepas mengangkat takbiratul ihram yang ketiga, bacakan doa untuk jenazah. Ini adalah bahagian yang penting kerana ini merupakan sebab kita menunaikan solat jenazah, iaitu mendoakan jenazah.

Doa solat jenazah lelaki:

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ دْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

Doa solat jenazah wanita:

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِّعْ دْخَلَها وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّها مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِها وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها ، وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار

8. Selepas takbir yang keempat, anda boleh diam sebentar dan terus memberi salam.

Anda juga digalakkan untuk melanjutkan berdoa untuk si mati selepas takbir keempat ini, baru kemudian memberi salam:

أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ

Hukum menyebut kebaikan dan keburukan jenazah

Menurut al-Allamah Saiyid Muhammad Abdullah al-Jardani dalam kitab Fathu al-Allah, berdasarkan sunnah Nabi, setiap mayat berhak mendapat penyaksian kebaikan walau apa pun keadaannya sama ada dia dikenali dengan orang yang berbuat baik atau jahat semasa hayatnya.

Bahkan, kita dilarang sama sekali menyebut kejahatannya. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

“Janganlah kamu sebutkan perihal orang yang mati di kalangan kamu kecuali yang baik-baik sahaja” – Riwayat Nasa’i

Kemudian:

“Sebutkanlah kebaikan-kebaikan orang-orang yang mati di kalangan kamu dan tutuplah kejahatan-kejahatan mereka” – Riwayat Abu Dawud

Perkara sunat dalam solat jenazah

Antara perkara sunat dalam solat jenazah yang digalakkan dalam islam adalah:

  1. Mengangkat kedua-dua belah tangan ketika bertakbir.
  2. Disunatkan membaca ta’awwuz, tetapi tidak disunatkan membaca Doa Iftitah.
  3. Memperlahankan suara ketika membaca semua bacaan.
  4. Mengucapkan “Amin” selepas bacaan surah al-Fatihah
  5. Berdiri dalam tiga saf atau lebih.
  6. Bertahmid sebelum selawat ke atas Nabi SAW.
  7. Menadah tangan dan berdoa ke atas muslimin dan muslimat.
  8. Disunatkan berjemaah, tetapi hukumnya harus jika mendirikannya sendirian.

Aku Muslim Asia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Solat Tahajud: Panduan Lengkap Berserta Niat Solat Tahajjud & Doa Tahajud Ringkas

Baca juga : Dah Tak Larat Solat Berdiri Ketika Hamil? Ini Panduan Solat Ketika Hamil Untuk Memudahkan

Baca juga : Doa Selepas Solat Fardhu, Ringkas & Lengkap Berserta Maksud Yang Senang Dihafal

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Cara Solat Jenazah Yang Mudah Dan Ringkas, Panduan Lengkap Bagi Mereka Yang Pertama Kali Melaksanakannya
Kongsikan:
  • Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

    Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

  • Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

    Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

  • Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

    Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

  • Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

    Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

  • Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

    Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

  • Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

    Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham