Bagi anda yang terlupa cara niat puasa Ramadhan, jangan risau kerana dalam artikel ini kami kongsikan lafaz niat puasa sebulan dan niat harian sebagai panduan anda.
Isi Kandungan
Niat Puasa Sebulan Ramadhan
Niat puasa sebulan ramadhan ini boleh dilakukan sekali sahaja iaitu pada malam pertama Ramadhan. Lafaz niatnya adalah:
Bacaan Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.
Niat Puasa Ramadhan Harian
Niat puasa harian ini perlu dilafazkan pada setiap malam. Lafaz niatnya adalah:
Bacaan Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardu di bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
Doa Berbuka Puasa
Bacaan Rumi: Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’alaa Rizqika Afthortu Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin
Maksudnya: Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.
Adakah Niat Puasa Perlu Dilakukan Setiap Malam?
Mengikut pendapat al-Imam Zufar dan al-Imam Malik, berpadalah bagi seseorang itu berniat sekali sahaja iaitu diniatkan terus sebulan berpuasa.
Namun, mengikut pendapat jumhur termasuklah mazhab al-Syafi’ie pula niat perlulah diperbaharui pada setiap malam untuk berpuasa.
Walau bagaimanapun, sekiranya ingin melakukan kedua-duanya sekali tidak ada masalah dan dalam masa yang sama niat puasa juga perlu dilakukan pada setiap malam. Ini kerana, niat termasuk dalam syarat puasa dan hukumnya adalah wajib.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 6 Syarat Sah Puasa Ramadhan, Wajib Puasa Jika Cukup Kesemuanya
Baca juga: Doa Ketika Sahur & Doa Buka Puasa, WAJIB Hafal & Tahu Maksudnya
Baca juga: Jangan Gopoh Ajar Anak Puasa, Ikuti 8 Tips Melatih Anak Berpuasa Dengan Rela Hati