NST Adalah Non-Stress Test Untuk Tahu Kesihatan Bayi Dalam Kandungan, Perlu Dilakukan Atau Tidak?

NST adalah ujian bukan invasif yang tidak mendatangkan risiko fizikal kepada anda atau bayi. Apabila semakin dekat tarikh anda untuk bersalin, doktor akan menjadualkan anda untuk menjalani ujian ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemeriksaan Tanpa Tekanan atau lebih dikenali sebagai Non-Stress Test, NST adalah  salah satu daripada beberapa ujian atau pemeriksaan kesihatan untuk wanita hamil. Selain rutin melakukan ultrasound terhadap kandungan, terdapat juga jenis pemeriksaan lain yang dipanggil non stress test (NST) atau pemeriksaan tanpa tekanan janin.

NST biasanya dilakukan apabila ia semakin dekat dengan tarikh jangkaan kelahiran bayi, atau jika ibu mengalami komplikasi semasa kehamilan.

Apakah kegunaan atau kepentingan pemeriksaan ini serta bagaimanakah prosedur ia dilakukan? Jom ketahui dengan lebih lanjut mengenai NST menerusi perkongsian ini.

Apa itu Test NST?

NST adalah ujian yang dilakukan untuk menilai kesihatan bayi sebelum dilahirkan. Tujuan ujian NST adalah untuk memberikan maklumat tentang bekalan oksigen bayi dengan memeriksa kadar denyutan jantungnya dan bagaimana ia bertindak balas terhadap pergerakan bayi.

NST boleh membantu memastikan bayi dalam kandungan sihat dan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Usah bimbang, prosedur ujian ini sangat selamat dilakukan terhadap anda dan bayi anda.

Tujuannya hanyalah untuk melihat bagaimana bayi anda bertindak balas apabila tiada tekanan dikenakan ke atasnya.

Jadi, non stress test atau pemeriksaan tanpa tekanan ini akan merekodkan semua aktiviti bayi anda secara semula jadi semasa dalam kandungan dan menilai kereaktifan degupan jantungnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perlu anda tahu, NST adalah sebuah alat yang menggunakan monitor luaran. Jadi, doktor juga tidak akan menggunakan sebarang ubat untuk membuatkan bayi anda bergerak. Dengan monitor ini, doktor boleh mengetahui dan menilai degupan jantung bayi, pergerakan bayi, serta dapat mengesan pengecutan rahim ibu dengan selamat.

Prosedur NST

NST adalah ujian saringan yang digunakan dalam kehamilan untuk menilai status janin melalui kadar denyutan jantung dan tindak balas janin.

Non Stress Test biasanya tidak memerlukan sebarang persediaan khusus.

Apabila semakin dekat tarikh bersalin, anda akan dijadualkan oleh doktor untuk melakukan NST. Biasanya ia akan dijadualkan secara teratur bagi memantau kesihatan bayi yang sedang berkembang. Seperti namanya, NST tidak menyebabkan tekanan kepada bayi dalam kandungan.

Sebelum Prosedur

Tekanan darah anda akan diperiksa terlebih dahulu sebelum ujian ini dilakukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semasa Prosedur

Semasa NST dilakukan, anda akan diminta untuk baring di atas katil atau kerusi malas yang disediakan. Anda akan melalui pemeriksaan tekanan darah yang diambil sebelum ujian.

Doktor atau jururawat akan meletakkan sensor di sekeliling perut ibu yang mana fungsinya adalah untuk mengukur kadar denyutan jantung janin.

Biasanya, NST berlangsung selama 20 minit. Walau bagaimanapun, jika bayi anda tidak aktif atau sedang tidur, anda mungkin perlu melanjutkan ujian ini selama 20 minit lagi. Jadi ketika ujian ini ingin dilakukan, anda bolehlah mengharapkan supaya bayi dalam kandungan anda itu aktif agar keputusan yang tepat boleh diperolehi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doktor atau jururawat mungkin cuba merangsang bayi dengan meletakkan pembuat bunyi pada perut anda.

Selepas Prosedur

Selepas NST selesai, doktor atau jururawat akan segera membincangkan keputusan dengan anda.

Doktor anda mungkin mengesyorkan anda untuk menjalani ujian NST sekali atau dua kali seminggu, malah mungkin setiap hari, bergantung pada kesihatan anda dan bayi.

Bilakah NST Ketika Hamil Dilakukan

NST adalah ujian yang biasanya dilakukan pada trimester ketiga kehamilan, tetapi doktor anda mungkin mengesyorkannya lebih awal jika terdapat kemungkinan kehamilan anda berisiko tinggi.

NST boleh dilakukan apabila usia kehamilan menjangkau usia 26 hingga 28 minggu. Hasil keputusan ujian tertentu mungkin menunjukkan bahawa anda dan bayi anda memerlukan pemantauan lanjut, ujian atau bahkan rawatan khas.

Kondisi yang Memerlukan Wanita Hamil Menjalani NST

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemeriksaan Tanpa Tekanan ini biasanya boleh dilakukan di hospital atau klinik yang biasa anda kunjungi untuk menjalani pemeriksaan sepanjang kehamilan. Bagaimanapun, antara beberapa kondisi tertentu yang lebih ‘mengharuskan’ wanita hamil menjalani NST adalah:

  • Menghamilkan bayi kembar dengan komplikasi tertentu
  • Mempunyai sejarah diabetes, penyakit jantung, atau keadaan perubatan lain yang boleh menjejaskan kandungan
  • Kehamilan yang telah dilanjutkan dua minggu melepasi tarikh anda (kehamilan post-term)
  • Miliki sejarah komplikasi pada kehamilan sebelumnya
  • Bayi yang mengalami penurunan pergerakan janin atau kemungkinan masalah pertumbuhan janin
  • Bayi kurang aktif daripada biasa
  • Anda harus melakukan prosedur external cephalic version (mengubah bayi dalam posisi sungsang) atau amniosentesis pada trimester ketiga (memastikan paru-paru bayi cukup matang sebelum lahir atau memeriksa jangkitan rahim)
  • Pemekaan Rh (rhesus) — kondisi serius yang mungkin boleh berlaku, biasanya semasa kehamilan kedua atau seterusnya, apabila kumpulan darah antigen sel darah merah anda Rh negatif dan kumpulan darah bayi anda Rh positif
  • Air ketuban sedikit (oligohydramnios) atau mempunyai terlalu banyak air ketuban
  • Doktor mengesyaki terdapat masalah dengan plasenta atau tali pusat yang menghalang bayi anda mendapat oksigen yang mencukupi
  • Mengalami hipertensi semasa hamil dan preeklampsia

Persediaan Menjalani NST

Kini, anda mungkin sudah tahu NST itu apa. Sekarang, mungkin anda ingin tahu pula apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum menjalani pemeriksaan ini.

Jangan bimbang. NST adalah ujian yang tidak memerlukan anda untuk melakukan sebarang persediaan khusus. Anda akan melakukan pemeriksaan tanpa tekanan untuk janin di bilik pemeriksaan atau tempat tertentu di hospital yang menyediakannya.

Sebelum menjalani ujian NST, doktor mungkin hanya akan menasihati anda untuk makan terlebih dahulu supaya dapat menggalakkan janin bergerak aktif.

Anda juga digalakkan untuk mandi terlebih dahulu sebelum melakukan ujian ini. Tempoh ujian ini boleh berjalan sekurang-kurangnya 20 minit. Namun jika anda perlu berunding kerana dikesan terdapat sebarang masalah, ujian ini mampu berlangsung lebih daripada satu jam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sila pakai pakaian yang selesa dan longgar yang akan memudahkan anda untuk memasang tali pinggang dan penderia dengan mudah pada perut nanti. Jika anda memakai terlalu banyak lapisan pakaian, anda mungkin akan diminta untuk menukar pakaian nanti.

Sekiranya anda sedang mengambil sebarang ubat tertentu, sila tanyakan dahulu kepada doktor anda samada ubat tersebut boleh diambil sebelum NST dilakukan. Ini kerana, sesetengah ubat boleh menyebabkan bayi kurang aktif. Kadangkala doktor akan mengesyorkan ibu hamil untuk menangguhkan dahulu pengambilan ubat sebelum NST dilakukan.

Ketika ingin memulakan ujian, doktor atau jururawat biasanya akan memeriksa tekanan darah anda.

Keputusan Ujian NST

Dalam NST terdapat alat Kardiotokografi yang digunakan untuk memantau kadar denyutan jantung janin dan ada atau tidak pengecutan rahim. Ujian ini biasanya dipanggil sebagai “reaktif” atau “tidak reaktif”.

Hasil keputusan non stress test akan dipertimbangkan jika:

  • Reaktif

Jika NST menunjukkan reaktif sebelum minggu ke-32 kehamilan, hasilnya akan dianggap normal (reaktif), iaitu, jika degupan jantung bayi anda memecut ke tahap tertentu di atas garis dasar dua kali atau lebih selama sekurang-kurangnya 10 saat setiap satu dalam masa 20 minit .

Pada minggu ke-32 kehamilan atau lebih, jika degupan jantung bayi anda meningkat ke tahap tertentu di atas garis dasar dua kali atau lebih selama sekurang-kurangnya 15 saat selama 20 minit setiap satu, maka hasilnya dianggap reaktif.

Kadar denyutan janin meningkat sekurang-kurangnya dua kali atau lebih semasa tempoh ujian dilakukan. Ini adalah hasil normal, menunjukkan bayi yang sihat.

  • Tidak Reaktif

Keputusan ujian NST tidak menunjukkan kereaktifan jika kadar denyutan jantung janin tidak berubah apabila bayi bergerak. Doktor atau jururawat akan mengambil langkah untuk merangsang bayi dan melakukan ujian NST sekali lagi. Jika ia tidak reaktif juga, doktor atau jururawat akan menjadualkan ujian tambahan.

Keputusan tidak reaktif mungkin berlaku kerana bayi anda tidak aktif, atau tertidur semasa ujian dilakukan.

Non stress test reaktif dianggap meyakinkan tanpa mengira tempoh masa pemerhatian yang diperlukan. Walau bagaimanapun, jika ujian dilanjutkan kepada 40 minit dan keputusan non stress test bayi anda tidak reaktif, doktor akan mengarahkan ujian pranatal lain untuk memeriksa kesihatan bayi anda.

Selain daripada janin yang tidak aktif atau tidur, punca lain yang mungkin menyebabkan keputusan NST tidak reaktif termasuklah kerana penurunan oksigen (hipoksia janin), ibu merokok, penggunaan ubat oleh ibu dan keabnormalan neurologi atau jantung janin.

Risiko

NST adalah ujian bukan invasif yang tidak mendatangkan risiko fizikal kepada anda atau bayi anda. Seperti nama ujian NST itu sendiri, istilah “tidak memberi tekanan” merujuk kepada fakta bahawa ujian itu tidak memberi tekanan kepada bayi.

Walau bagaimanapun, NST boleh menyebabkan kebimbangan pada anda. Ini kerana hasil daripada NST mungkin menunjukkan bahawa terdapat masalah yang mungkin tidak ada sebelum ini, maka secara tidak langsung ujian lanjut diperlukan.

Pastikan anda membincangkan keputusan NST anda dengan doktor anda dan maksudnya untuk anda dan bayi. Jangan teragak-agak untuk bertanya kepada doktor anda, ya! Matlamat semua ujian pranatal adalah untuk meyakinkan anda bahawa semuanya baik dan lancar sepanjang kehamilan. Selain itu, ia juga boleh membantu menyelesaikan masalah yang mungkin timbul secepat mungkin.

Semoga bermanfaat!

Sumber

What to Expect (n.d). The Nonstress Test During Pregnancy. www.whattoexpect.com/pregnancy/pregnancy-health/prenatal-testing-nonstress-test/

Very Well Family (Aug 26, 2022). Non-Stress Test (NST) in Pregnancy. www.verywellfamily.com/non-stress-test-2759326

Mayo Clinic (March 23, 2021). Nonstress Test. www.mayoclinic.org/tests-procedures/nonstress-test/about/pac-20384577

Artikel ini mendapat kebenaran untuk diterjemahkan daripada theAsianparent Indonesia.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Pakej Ujian Genetik DNA Untuk Ketahui Risiko Bayi Waris Penyakit Genetik

Baca juga: 14 Jenis Ujian Pranatal & Saringan Penyakit Genetik Yang Ibu Hamil Digalak Ambil

Baca juga: Amniosentesis Adalah Ujian Pranatal Untuk ‘Detect’ Gangguan Genetik & Masalah Pada Janin

Penulis

Athirah