TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Dr Amalina Terlibat Dalam Pengujian Vaksin Covid-19 Di UK, Dijangka Siap Tak Lama Lagi

24 Apr, 2020
Dr Amalina Terlibat Dalam Pengujian Vaksin Covid-19 Di UK, Dijangka Siap Tak Lama Lagi

Dr Amalina Che Bakri menganggotai pasukan perubatan untuk vaksin covid-19 di United Kingdom. Perkara itu diumumkan sendiri olehnya di Twitter.

Nama Dr Nur Amalina Che Bakri atau lebih mesra di sapa sebagai Dr Amalina sering kali menjadi bualan netizen dan pengguna laman sosial.

Ia berikutan namanya sering naik mengulas tentang penularan covid-19 mahupun apa saja yang berkaitan dengan ilmu perubatan akan dikongsikan olehnya.

Susulan dengan itu Pelatih Bakar Bedah Imperial College London (Imperial) ini akan menganggotai pasukan perubatan bagi menguji vaksin Covid-19 yang pertama di United Kingdom (UK).

Hal tersebut telah diumumkan sendiri oleh Dr Amalina di halaman Twitter peribadinya pada dua hari yang lepas.

Dr Nur Amalina Che Bakri terlibat pengujian vaksin Covid-19

Nur Amalina Che Bakri

Menurutnya di Twitter, ujian vaksin untuk United Kingdom buat pertama kalinya akan bermula di NIHR Imperial Clinical Reaserch Facility @imperialcollege yang akan diketuai oleh Dr Katrina Pollock.

Beliau menambah yang dirinya akan merekrut sukarelawan bagi menguji vaksin tersebut.

“Saya akan membabitkan diri dalam merekrut sukarelawan yang sihat dan memberi mereka vaksin tersebut dalam beberapa minggu yang akan datang ini,” katanya.

“Ini merupakan, usaha yang cukup hebat dari pasukan Imperial dan sekaligus membuatkan kami semua rasa teruja untuk melihat hasilnya nanti,” beliau menambah.

Dalam masa yang sama, United Kingdom pada ketika ini sedang menyediakan dana sebanyak 22.5 juta euro bagi mempercepatkan kajian vaksin Covid- 19 yang akan dilakukan di Imperial.

Ia diketuai oleh Profesor Robin Shattock di Bahagian Penyakit Berjangkit dan dana itu akan digunakan bagi penyelidikan satu daripada dua vaksin corona virus.

Buat pengetahuan semua, pasukan profesor ini sudah menguji vaksin dan penemuan awal terhadap haiwan yang diuji mendapati vaksin itu. Di mana ia mampu meneutralkan antibodi bagi melawan jangkitan covid 19.

Atas sebab itu, pasukan tersebut akan menghasilkan vaksin dan seterusnya menguji ke dalam badan manusia bagi memperlihatkan tindak balas yang serupa sama ada muncul atau tidak. Secara terus dapat melindungi manusia daripada berterusan dijangkiti dengan wabak berbahaya ini.

Jerman dan UK mula melakukan ujian covid 19

Amalina Che Bakri

Berita terdahulu, perlumbaan mencari vaksin corona virus makin bertambah hangat diperkatakan selepas United Kingdom dan Jerman memulakan ujian klinikal ke atas manusia beberapa minggu ini.

Meskipun terdapat 150 projek pembangunan vaksin di seluruh dunia, namun Jerman dan UK antara negara di mana lima ujian klinikal ke atas manusia diluluskan di seluruh dunia.

Di UK, seorang sukarelawan di Universiti Oxford akan menerima dos pertama vaksin yang dihasilkan berasaskan virus yang ditemui dalam badan chimpanzi.

Ujian Klinikal Oxford pula akan dikendalikan oleh Institut Jenner, yang membabitkan 510 sukarelawan yang berumur antara 18 hingga 55 tahun.

Dr Amalina

Menurut Pengarah Penyelidikan, Profesor Sarah Gilbert berkata vaksin berkenaan berpeluang 80 peratus untuk berjaya dan berharap dapat menghasilan satu juta dos vaksin menjelang September tahun ini.

Walaubagaimanapun pada masa sekarang, belum ada sebarang vaksin atau ubat yang diluluskan bagi merawat Covid-19 yang sudah mengorbankan lebih 170,000 nyawa dan telah menjangkiti lebih dua juta orang di seluruh dunia.

Justeru, entah bila agaknya penularan pandemik covid-19 akan berakhir walaupun Malaysia masih di dalam keadaan terkawal, namun semua orang diminta patuh kepada arahan kerajaan untuk terus duduk di rumah dan
melakukan penjarakan sosial.

Terkini, YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada malam tadi telah mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ditambah dua minggu lagi sehingga 12 Mei yang akan datang.

Diharap, semua orang patuh dengan arahan ini dan setia duduk di rumah, menjaga kebersihan diri, melakukan penjarakan sosial, membasuh tangan dengan kerap dan memakai mask sepanjang berada di luar semasa keluar membeli barang keperluan harian. 

Marilah kita bersama-sama berdoa agar penularan wabak berjangkit ini dapat dibendung dengan secepat mungkin seterusnya kita dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala. 

Dr Amalina Terlibat Dalam Pengujian Vaksin Covid-19 Di UK, Dijangka Siap Tak Lama Lagi

 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: The Star, Berita Harian 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.compembersih-tangan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Dr Amalina Terlibat Dalam Pengujian Vaksin Covid-19 Di UK, Dijangka Siap Tak Lama Lagi
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham