Bahaya Kurang Oksigen Semasa Terperangkap Dalam Kesesakan, Ini Pentingnya Tukar Kepada Mod Kitaran Udara Luar

Kekurangan oksigen dalam badan boleh menyebabkan rasa mengantuk dan letih dalam keadaan kereta tidak bergerak dalam tempoh yang lama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah anda duduk terlalu lama dalam kereta yang tidak bergerak dengan enjin tidak dimatikan, menyebabkan oksigen semakin berkurang. Ia membuatkan kita mudah rasa mengantuk dan letih.

Seperti yang terjadi kepada perayaan Aidilfitri sebuah keluarga baru-baru ini bertukar tragedi selepas kereta dinaiki merempuh Plaza Tol Bentong sebelum kesemuanya didapati pengsan berpunca dari kekurangan oksigen.

Memandu dalam perjalanan jauh, ditambah pula dengan keadaan cuaca yang panas menyebabkan tidak boleh lari daripada menggunakan pendingin hawa. 

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Profesor Dr Wong Shaw Voon, kejadian ini berlaku disebabkan kegagalan menghidupkan fungsi kitaran udara luaran dalam kenderaan ketika menghidupkan penyaman udara.

Ia sekaligus boleh menyebabkan pemandu dan penumpang mengalami kelesuan serta pengsan akibat kekurangan oksigen.

Penting untuk memastikan bekalan oksigen mencukupi ketika pemanduan jarak jauh

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katanya, fungsi tersebut adalah penting bagi memastikan oksigen sentiasa mencukupi terutama untuk pemanduan jarak jauh.

“Apabila tidak menghidupkan fungsi ini, ditambah dengan perjalanan yang jauh dan sesak semasa perayaan, ia menyebabkan oksigen yang ada akan berkurangan serta memberi risiko kepada pengguna kenderaan tersebut.

Aktifkan mod kitaran udara luar, walaupun 'AirCond' kurang sejuk

Tegasnya lagi, “Perlu tekan butang yang ada itu walaupun kita tahu kesannya penyaman udara kurang sejuk dan bau dari luar akan masuk dalam kenderaan. Namun, ia sebagai langkah keselamatan sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.”

Pada yang sama, Shaw Voon tidak menafikan bahawa ini juga menjadi pengajaran buat pemandu yang lain yang selalu terlepas pandang menggunakan fungsi yang betul dalam sebuah kenderaan.
 
Turut menyimpulkan, kejadian yang berlaku ini juga mungkin disebabkan mangsa tidak menggunakan fungsi kitaran udara luaran sebagai langkah keselamatan.

Buka sedikit tingkap, tingkatkan sistem pengudaraan 

Pesannya, jika tidak mahu menggunakan kitaran udara luaran lebih baik membuka tingkap supaya meningkatkan pengudaraan yang lebih baik. 

“Contoh kes di Bentong, mereka ada empat orang. Jadi, kadar oksigen yang mereka dapat adalah lagi rendah sebab perlu berkongsi. Tingkap ditutup, butang tidak ditekan, ditambah dengan ruang yang terhad menyebabkan ia berlaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Apabila lama sangat di dalam kereta tanpa menggunakan fungsi kitaran udara luar, mereka akan rasa penat. Ini bermaksud sudah kritikal. Bila dah rasa begitu (penat), kena buka tingkap sebelum pengsan,” ujarnya.

Jelas beliau, bagi pemanduan jarak dekat, tidak mendatangkan masalah jika tidak menggunakan fungsi kitaran udara tersebut.

“Kalau memandu dekat, dalam 10 minit sampai, memang tiada masalah. Tapi kalau 10 jam, memang akan membawa masalah. Demi keselamatan, tekan butang tersebut,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Apabila tidak menghidupkan fungsi ini, ditambah dengan perjalanan yang jauh dan sesak semasa perayaan, ia menyebabkan oksigen yang ada akan berkurangan serta memberi risiko kepada pengguna kenderaan tersebut.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Dalam Kandungan Boleh Kurang Oksigen Jika Terdedah Pada Asap Rokok, Ini BAHAYANYA

Baca juga: Sedut Gas Entonox Boleh Kurangkan Sakit Bersalin, Betul Ke Ibu? Apa Pendapat Anda?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Ibu ayah, JANGAN tinggal anak dalam kereta walaupun sekejap, ini kesannya!

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah