Setiap kelahiran anak memberikan pengalaman yang berbeza buat ibu. Meskipun sudah memiliki pengalaman sebelum ini, namun ramai mengatakan ia tidak sama sehingga ada kes orang bersalin dalam kereta.
Seperti yang dikongsi oleh seorang wanita ini, Syiqah Hussein, dia melalui pengalaman bersalin di luar jangkaan.
Kisah benar: orang bersalin dalam kereta ketika dalam perjalanan ke hospital
MasyaAllah, TabarakaAllah..
Mommy LIVE #BabyLahirDalamKereta pada 24/7/2022. Allah Maha Besar, rezeki yang tidak terkata. MasyaAllah.
Sebelum tutup hari keramat tarikh ini, sesuatu yang di luar jangkaan kami dan semua.
Pada jam 9 pagi, Mummy terjaga dari tidur selepas subuh baru Mummy lelapkan mata. Mummy rasa macam perut memulas-mulas dan terus ke toilet.
Mungkin nak membuang dalam fikiran tapi tak boleh, Mummy pun berjalan ke ruang tamu dan duduk sebentar di sofa. Rasa lagi macam perut memulas dan kali kedua Mummy ke tandas.
Sedang Mummy duduk, pssstt angin keluar. Jadi Mummy cakap dalam hati mungkin perut tak sedap ni, nak membuang.
Lama duk menunggu, bila Mummy bangun nak keluar, tengok dekat mangkuk tandas ada tompokan darah.
Selangkah Mummy keluar bilik air, Mummy panggil suami, ”B tolong sayang, sayang keluar darah ni. Kontraksi dah mula datang tak diduga.
Suami Mummy tengah tidur pun terlalu terkejut terus meloncat dari katil. Allahuakbar, anak pertama Mummy pun sama. MasyaAllah mama, mama kenapa?
Suami papah ke ruang tamu masa ni tak tahu nak gambarkan sakit melanda sekejap okay, sekejap tak sampai dah bersujud Mummy dekat lantai menahan sambil istighfar tidak lekang.
Masa ni abang Adrian gosok belakang Mama. ”Ma sakit ya ma, baby nak keluar ya?” Tenang juga hati Mummy waktu ni.
Tanda bersalin makin kuat hingga diri rasa tidak mampu berjalan
Suami pun pergi tukar baju dan siap tanya barang itu barang ini, dalam hati Allah suami aku kenapa tolonglah..
Sampai Mummy cakap tinggalkan semua tu dan tolong bawa I ke hospital sebab baby macam nak keluar dah.
Dekat pintu pagar depan rumah, kontraksi kembali tak lekang. Allahuakbar, ya Allah. Sambil dalam hati baca Rabbi yassir wala tu’assir rabbu tammim bil khair. Anak pertama Mummy duk tanya Mama are you okay? Ma sabar Ma.
Dia nampak sungguh maknya sakit bersalin. Masa ni nak berjalan turun pun rasa macam Allahuakbar, tapi kuatkan hati juga sebab duduk kondo.
Tunggu lif tiga minit pun Mummy rasa lama sangat. Dalam lif Mummy peluk suami kuat-kuat. Tanda bersalin kontraksi datang lagi paling sakit, sampai Mummy cakap B tolong sayang, suami kata Yang sabar, sabar. Ingat Allah ya.
Turun je parking, suami pergi ke kereta. Memang Mummy kena tunggu dia bawa datang ke Mummy, masa tu dah rasa macam ada benda menolak-nolak ke bawah.
Bawah dan rasa kat pangkal macam ada sesuatu menurun. Mummy bersandar kepala ke dinding. Sakit sangat masa tu. Kemudian masuk kereta, Mummy duduk di hadapan.
Pengalaman bersalin dalam kereta, kepala bayi dah rasa bergerak dekat bawah
Turun je dari parking rumah, masa ni nak U turn bushh air ketuban pecah. Kontraksi datang lagi, Mummy mengerang kaki silang pegang side atas menahan sakit. Pastu Mummy rasa tidak selesa.
Baby dah mula turun. Memang rasa kepalanya dah bergerak ke bawah. Terus tanpa fikir apa-apa, Mummy pun buka kaki dan keluar kepala baby.
Allahuakbar, Daddy tengah drive terkejut dan Mummy panik juga mula-mula nak kena buat apa.
Naluri ibu, hati ibu kekuatan ibu, Mummy push terus baby dan sambut anak sendiri. Terus Mummy dakap dia. Masa ni baby dah keluar suara menangis. Daddy cakap, Ya allah, Ya Allah. Pastu dia senyap. Daddy dah risau dan kata ”yang, tepuk dia yang,”
Suami macam diserang panik. Mummy sepatutnya ke Hospital Andorra. Dalam perjalanan MRR2, baby keluar dan suami cakap terlalu jauh nak ke sana dan memang tak sempat.
Dia risau keadaan kami. Terus dia ke KPJ Ampang Puteri. Masa kat sana huru-hara juga, sekali dengan guard pun panik berlari tahu ada orang bersalin.
Suami Mummy letak kereta depan emergency, cakap tolong wife dan anak saya beranak dalam kereta.
10 nurse dan doktor-doktor semua keluar. Balut baby dengan selimut. Mummy ingat sungguh, potong tali pusat baby dalam kereta depan mata Mummy.
Mereka terus assist baby dan minta turun kereta perlahan. Mereka angkat Mummy ke atas katil. Ya Allah, pengalaman sungguh dan sungguh menakjubkan.
Kemudian mereka datang kepada Mummy dekat kecemasan zon merah dan puji U did a great job Mummy.Mereka puji kuatnya punya tahan sakit kontraksi dan sambut bayi sendiri. SubhanaAllah.
Tidak pernah ada pengalaman kontraksi dahulu sebelum air ketuban pecah
Sebelum ini tengok-tengok drama orang bersalin, tapi ni real case. Rare cases, ramai kerumun tengok baby. Alhamdulillah dia sihat dan semua okay.
Celik buka mata mulut terus nak susu dah. Berak pun cepat.
Mummy pun macam benda ni tak terjangka. Malam tadi siap buat live jualan niaga. Balik live, suami ajak makan roti canai dua keping cicah susu. Kemas almari baby dan tidur.
Sebab masa anak pertama dan kedua dulu tak pernah ada pengalaman tanda tanda bersalin kontraksi dulu sebelum air ketuban pecah.
Abang Adrian check up 38 minggu pintu rahim dah buka 4cm, Adriana check 37 minggu pintu rahim dah buka 6cm. Dua-dua sakit kontraksi selepas air ketuban pecah dalam labour room.
Anak ketiga ni Allahuakbar, Sungguh fantastik. Kekuatan Mummy sungguh. Tidak tergambar pengalaman ini terjadi pada diri. Semua cakap Ya Allah memang nature birth sungguh.
Suami cakap ”yang i tabik dan salut u. Ramai puji u yang. Alhamdulillah.”
Baby baru 36 minggu lebih, Allah mudahkan anak Mummy nak keluar ke dunia dengan berat 3.04kg jam 11 pagi. Alhamdulillah. Semua selamat dan Allah Maha Besar.
Mummy sempat selfie nak simpan sebagai memori. Nak video tak sempat tangan pegang baby.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anugerah Di ‘Awan Biru’, Wanita Bersalin Bayi Lelaki Dalam Pesawat 7 Minggu Lebih Awal
Baca juga: Wanita Bersalin Sendiri Di Tepi Jalan, Ditemani 5 Anaknya Yang Berada Dalam Kereta