TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Demi Sesuap Nasi, Ibu Tunggal Terpaksa Berniaga Sambil Dukung Bayi Di Hadapan Bank

13 Aug, 2021
Demi Sesuap Nasi, Ibu Tunggal Terpaksa Berniaga Sambil Dukung Bayi Di Hadapan Bank

Bantuan ibu tunggal hendaklah dilakukan terperinci kerana mereka terjejas teruk akibat Covid-19. Ada yang perlu membawa anak bersama ketika mencari rezeki

Sememangnya bukan mudah untuk meneruskan hidup ketika pandemik Covid-19. Menyedari akan hal ini pihak kerajaan tidak mendiamkan diri dan berusaha mengambil pelbagai inisiatif dalam meringankan beban rakyat termasuklah bantuan ibu tunggal.

Sejak beberapa bulan lalu ramai yang tidak dapat keluar bekerja dan perlu mencari jalan lain bagi menjana pendapatan. Kehadiran varian baharu telah memaksa kerajaan mengehadkan pergerakan orang ramai bagi mencegah penularan wabak penyakit berjangkit ini.

Bantuan ibu tunggal, mencari rezeki sambil memangku bayi

Menurut laporan Utusan Online, seorang ibu tunggal bersama bayinya mencari rezeki dengan berniaga di hadapan sebuah bank di Masjid Tanah.

Wanita berkenaan, Nurul Asyikin Kassim yang berusia 36 tahun berkata, tujuannya membawa anak lelaki berusia satu tahun tersebut, Salman Al-Mustafar Rabith Auwaly bukanlah hendak menagih simpati dari orang sekeliling, tetapi demi memenuhi tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

golongan ibu tunggal

foto: utusan

Dia yang juga ibu kepada enam orang cahaya mata berkata, ketiadaan penjaga dan anak-anak lain masih kecil membuatkan mereka tidak mampu menguruskan adik bongsu.

Disebabkan itulah Asyikin nekad membawa Salman Al-Mustafar bersama ketika mencari nafkah.

”Sebelum ini saya tidak bekerja dan hanya suri rumah sepenuh masa. Tetapi setelah berpisah dengan suami tahun lepas, saya menggalas tanggungjawab membesarkan anak-anak dan perlu keluar bekerja.”

”Jika saya tidak bekerja, saya tiada wang untuk perbelanjaan dapur, bayar sewa rumah dan juga beli susu anak.”

”Saya mula berniaga di kawasan ini sejak Oktober tahun lepas iaitu selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Pada masa yang sama, anak saya turut berniaga di lokasi lain bagi menambah pendapatan harian kami.” jelasnya.

Cabaran dan bantuan ibu tunggal ketika tempoh PKP

Nurul Asyikin turut mengatakan pada awalnya dia berniaga buah potong, aiskrim Malaysia dan kuih denderam di kawasan pantai seperti Tanjung Bidara, Telok Gong, Pantai Sungai Tuang dan Pengkalan Balak.

nasib ibu tunggal

credit to sources

Ketika itu dia hanya perlu berjalan kaki sepanjang pesisir pantai untuk mendapatkan pelanggan sambil mendukung Salman Al-Mustafar yang berusia 5 bulan.

”Saya berjalan dan bertanyakan kepada orang ramai terutama pelancong sekiranya mereka berminat untuk membeli. Sehari saya boleh dapat sehingga RM80 kerana jualan di kawasan pantai sangat menggalakkan.”

Walau bagaimanapun, selepas PKP dilaksanakan pendapatannya telah terjejas teruk. Disebabkan itulah Nurul Asyikin perlu mencari lokasi lain dan memilih untuk berniaga di hadapan bank.

Dia juga mengatakan bahawa pendapatan yang diperoleh setiap bulan sekadar cukup makan untuk membayar segala tanggungan bulanan.

”Saya mula berniaga pada pukul 2 petang sehingga barang niaga habis dijual. Alhamdulillah, masyarakat di sini sangat prihatin dan sentiasa memberi sokongan terhadap jualan saya. Mereka juga sering memberikan sedikit sumbangan dan bantuan ibu tunggal seperti saya.” jelasnya.

Bantuan ibu tunggal, golongan ini paling terjejas ketika PKP

Menurut Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor, ibu tunggal antara golongan yang paling teruk terjejas sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif IWB Selangor, Siti Kamariah Ahmad Subki berkata, kajian yang dijalankan terhadap wanita di negeri itu tidak hanya mendapati mereka kehilangan sumber pendapatan, malah tidak memiliki simpanan untuk menampung hidup bersama anak-anak.

cabaran ibu tunggal

credit to sources

”Ibu tunggal antara golongan paling terjejas. 12 peratus daripada semua responden IWB adalah ibu tunggal. Namun daripada jumlah itu, 42 peratus daripada mereka mengakui hilang sumber pendapatan.”

Tambahnya lagi, separuh dari jumlah ibu tunggal ini tidak mempunyai sesiapa yang boleh membantu mereka menjaga anak. Bukan itu sahaja, ada yang memiliki tanggungan lain seperti menjaga ibu ayah yang uzur dan anak kurang upaya di rumah.

Hampir 43 peratus wanita berdepan dengan masalah bekas suami kehilangan pendapatan, mengambil cuti tanpa gaji, premis perniagaan terpaksa ditutup atau ditamatkan kontrak perkhidmatan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bukan Mudah Teruskan Hidup Sebagai Ibu Tunggal, Percayalah Anda Insan Hebat Pilihan Allah

Stories Rakan Kongsi
These 3 Things Could be Killing Your Child’s Gut Health
These 3 Things Could be Killing Your Child’s Gut Health
Jangan Meremehkan Penyakit Rotavirus!
Jangan Meremehkan Penyakit Rotavirus!
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
Learning starts in the womb: How to encourage your little one’s early learning
Learning starts in the womb: How to encourage your little one’s early learning

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Demi Sesuap Nasi, Ibu Tunggal Terpaksa Berniaga Sambil Dukung Bayi Di Hadapan Bank
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham