Semasa membuat imbasan ultrasound pada minggu ke-20, doktor mengatakan ada sesuatu yang tak normal pada kepala bayi dalam kandungan wanita ini.
Doktor menyuruh beliau bersiap sedia untuk melihat anaknya lahir tak cukup sifat seperti hidung di dahi atau tak mempunyai mata.
Bayi lahir dengan otak di luar kepala
Karlie Toland dilahirkan dengan cukup sifat tapi otak di luar kepala. Semasa dilahirkan, doktor mengatakan yang Karlie hanya boleh hidup selama 20 minit. Tapi dia masih hidup sehingga ke hari ini!
Perjuangan Karlie, bayi lahir dengan otak di luar kepala
Walaupun berjaya hidup lebih dari 20 minit, doktor tetap mengatakan yang Karlie hanya akan dapat bertahan selama beberapa hari saja semasa dia dibenarkan keluar dari hospital.
Selepas empat minggu, ibu bapa Karlie, Gemma Mccusker, dan Kyle Toland membawa anak mereka ke Hospital Kanak-Kanak Royal Belfast untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Di sana, Karlie telah menjalani pembedahan selama lima jam dan doktor telah mengeluarkan otak di luar kepala dan menjahit semula kepalanya.
Karlie kini telah pulih sepenuhnya dan sudah mula merangkak dan makan dengan sendiri. Ibu bapa ini berharap yang Karlie akan berjalan dalam masa beberapa bulan lagi.
Gemma berkata, “Saya bangga bila melihat Karlie, dia sentiasa senyum, ketawa dan gembira. Kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan tapi yang pasti, dia akan terus berjuang.”
Bayi lahir dengan otak di luar kepala merupakan bayi ajaib
Selain menghidap encephalocele, Karlie juga menghidap cerebral palsy; struktur otak tak normal yang dipanggil holoprosencephaly; kehilangan kromosom yang dipanggil sindrom 22 terhapus; dan microcephaly, yang menyebabkan kepalanya lebih kecil dari normal.
Walaupun mereka belum pasti bagaimana keadaan kesihatan Karlie akan memberi kesan di masa hadapan, keluarganya yakin yang Karlie akan terus berjuang untuk melawan penyakitnya.
“Dia telah membuktikan yang semua orang salah apabila selepas pembedahannya pada Disember 2016, dia hanya berada di hospital selama 48 jam sebelum dibenarkan pulang. “Kami tak percaya dan tak ada orang menyangka yang dia akan berkembang walaupun otaknya tak mempunyai tiga struktur normal, perkembangannya sama dengan kanak-kanak seusianya.
Ibu bapa Karlie percaya yang anak mereka dapat hidup kini kerana Dr Mano Shanmuganathan, seorang pakar bedah otak di Hospital Royal Belfast. Mereka bersyukur Dr Mano tak pernah putus harapan dan telah memberikan mereka masa untuk bersama Karlie sehingga hari ini.
Apa itu Encephalocele?
Menurut Detik Health, Encephalocele merupakan keadaan di mana otak berada di sebuah rongga di luar kepala.
Otak merupakan organ paling penting dan paling sensitif terhadap rangsangan. Oleh itu, bila ia berada di luar kepala otak tidak mendapatkan perlindungan yang sepatutnya.
Encephalocele yang paling bahaya adalah apabila rongga di luar kepala yang membungkus otak mengalami kecacatan. Akibatnya, otak akan berada di luar kepala.
Jangkitan akan mudah masuk dan mengakibatkan radang otak yang boleh menyebabkan kematian.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Daily Mail UK
Baca juga:
https://my.theasianparent.compenyakit-omphalocele