Ganjaran Pahala Berganda Buat Para Isteri & Ibu Ketika Bulan Puasa, Ini Sebabnya

Pahala seorang isteri dan ibu cukup besar apabila dia memasak untuk keluarga ketika bulan Ramadhan. Dapat redha Allah dan ganjaran syurga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila menjadi seorang isteri dan seorang ibu bukanlah satu kewajipan untuk memasak. Tapi yang pasti, sesekali mesti ada masanya anda perlu masak untuk keluarga bukan? Tahu tak besar pahala seorang isteri dan seorang ibu apabila dia memasak untuk keluarganya?

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Memasak juadah berbuka, pahala seorang isteri berganda
  • Pahala seorang isteri seperti orang lain berpuasa!
  • Moga 'rahsia pahala' ini dikongsi
  • Tips untuk para isteri dan ibu-ibu lebih bersemangat

Malah air tangan seorang isteri dan ibu lebih sedap hasilnya berbanding makan di luar, kebersihannya juga lebih terjamin! 

Kita sebagai anak pun sentiasa mengidam masakan ibu, baik dikampung mahupun ibu yang sudah lagi tiada, lagi-lagi di bulan Ramadhan ini. 

Memasak juadah berbuka, pahala seorang isteri berganda

Sayangnya, tidak ramai isteri-isteri dan ibu-ibu yang tahu pahala seorang isteri dan seorang ibu apabila anda memasak juadah untuk berbuka di bulan Ramadhan ini, pahalanya berganda-ganda dari bulan biasa. Kenapa? Ini penjelasan daripada seorang ustaz.

Menurut perkongsian Ustaz Khairul Basri Anuar di laman Facebook miliknya, Ramadhan adalah waktu terbaik untuk isteri dan ibu menggandakan pahala hanya dengan memasak juadah berbuka puasa.

“Orang yang paling banyak pahala puasa di rumah adalah isteri dan emak kita. Apa sebabnya? Sebab mereka ini memasak setiap petang untuk seisi rumah berbuka puasa.''

“Nampak macam biasa-biasa sahaja tugas memasak setiap petang di bulan puasakan? Tetapi sebenarnya pahala mereka dapat bukan kaleng-kaleng (biasa-biasa) tau!

“Sebanyak mana ahli keluarga yang menjamah masakan mereka masak, semua pahala puasa mereka itu, isteri dan ibu akan dapat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Pahala puasa suami, pahala puasa anak-anak. Lagi ramai anak, lagi banyak pahala puasanya. Pahala puasa mentua kalau ‘tersangkut’ rumah mentua,” selorohnya. 

Pahala seorang isteri dan ibu-ibu memang lumayan! Ditambah pula jika mereka memasak dengan penuh keikhlasan dan keredhaan. 

Pahala seorang isteri seperti orang lain berpuasa!

Ustaz Khairul juga menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, dia juga turut mendapat pahala orang yang berpuasa itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

MashaAllah nikmat betul ya pahala di bulan puasa ini. Malah ini bukan saja boleh diterapkan untuk para wanita, kaum lelaki juga boleh 'berebut' pahala ini. 

“Kita ingat makanan yang kita sedekah sahaja dapat pahala bukan? Yang itu betul la. Tapi kalau kita masak untuk berbuka puasa pun, itu dikira beri makan orang puasa juga.

“Jadi, isteri-isteri dan mak-mak jangan pernah mengeluh atau berasa letih untuk memasak juadah berbuka. Sebab pahalanya sangat besar.

“Walaupun masak tak jadi ke, masak tak sedap ke, itu lain cerita. Apa yang penting, masak sahaja. Setiap masakan kita yang dijamah ketika berbuka puasa, akan dicatat pahala, termasuk pahala puasa setiap orang yang makan masakan kita itu. Hebat…hebat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Apa lagi jika hidangan dimasak dengan ikhlas, memasak dengan wajah manis, memasak sambil berzikir dan sambil mendengar bacaan al-Quran. Lagi la bertambah banyak pahala seorang isteri dan ibu,” katanya.

Moga 'rahsia pahala' ini dikongsi

Di akhir coretan Ustaz Khairul juga sempa menegaskan agar ilmu ini dikongsi buat para isteri dan ibu-ibu supaya melakukan tugas dengan penuh redha dan ikhlas.

Bayangkan selama ini jika mereka tak tahu rahsia pahala tersebut pun mereka buat sehabis baik, apatah jika mereka tahu mengenainya. 

Sesungguhnya tuga seorang wanita itu memang tidak mudah dengan renyahnya. Tak habis memasak lagi perlu menguruskan anak-anak pula, tak habis menguruskan anak suami dah pulang jadi perlu juga dilayan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi para suami, selepas penat bekerja pun jangan lupa pernah tanya isteri bagaimana harinya. Beri mereka sedikit semangat untuk melunaskan tanggungjawab mereka di rumah. 

Apatah lagi, tugas wanita tidak terbatas pada memasak sahaja, malah mengemas rumah, membasuh dan menjaga anak, dan bagi isteri dan ibu-ibu yang bekerja pula, memang respek habis!

Tips untuk para isteri dan ibu-ibu lebih bersemangat

Nak jadi bersemangat pun perlu ada tips ke? Ya, semestinya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Atur hari anda

Apabila anda mempunyai 'planner' percayalah hari-hari anda akan lebih terurus malah anda juga akan rasa lebih semangat untuk melakukan tugas-tugas yang disenaraikan.

#2. Sediakan buku menu/resepi yang mudah

Apabila anda mempunyai buku resepi mudah yang disediakan awal-awal maka tidaklah anda buntu nak masak apa. Kita jadi malas, bila tak tahu nak masak apa dan bila bahan tak cukup betul tak? Jadi, pastikan juga bahan-bahan semua sudah sedia dibeli!

#3. 'Renovate' barang dapur

Bukan renovate dapur tau! Barang-barang di dapur tu, dalam kabinet semua kena susun balik kemas-kemas. Susun mengikut penggunaan atau jenis barang.

Jadi bila nak guna senang dah tau setempat itu. Labelkan juga ya! Sekarang memang trend mak-mak menyusun barang cantik-cantik kat dapur tu, bila nak masak pun jadi semangat je, malah nak kemas pun semangat sebab suka tengok benda teratur! 

Jadi jangan lupa besar tau pahala seorang isteri dan ibu bila dia memasak bulan puasa ini! Rebut, jangan tak rebut ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Usah Cemburu Lihat Orang Lain Sibuk Beribadah, Ada PAHALA Yang Lain Buat Para Ibu!

Baca juga: Senarai Amalan Bulan Puasa Yang Penuh Ganjaran Pahala Mengikut Sunnah Rasulullah

Baca juga: Rajin Sediakan Makanan Buat Keluarga, Air Tangan Ibu Janjikan Kebahagiaan Dunia & Akhirat