Design Baju Merdeka Untuk Anak Lelaki & Perempuan, Busana Yang Unik Dan Menarik!

Pakaian beragam merdeka sebagai idea baju merdeka budak lelaki dan perempuan perlulah sesuatu yang unik bagi menaikkan semangat anak-anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melangkah sahaja masuk bulan Ogos, seluruh masyarakat berbilang kaum di negara bersemangat untuk menyambut Hari Kemerdekaan dengan mengibarkan bendera Malaysia serta menyediakan pakaian beragam merdeka untuk seluruh ahli keluarga.

Tema kemerdekaan 2022 adalah Keluarga Malaysia Teguh Bersama. Hari Kebangsaan merupakan tarikh cuti umum buat Malaysia. Justeru ambil peluang untuk bawa ahli keluarga bagi meraikan sambutan ini.

Idea Pakaian Beragam Merdeka Untuk Anak Lelaki Dan Anak Perempuan

Sepanjang bulan kebangsaan ini juga terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan bagi menyemarakkan suasana kemerdekaan.

Tidak ketinggalan, pihak sekolah akan menganjurkan berbagai jenis pertandingan seperti mewarna bendera kebangsaan, teka-teki, pertandingan nyanyian serta pakaian beragam merdeka.

Bagi ibu yang tercari-cari design baju merdeka lelaki dan baju merdeka perempuan, kami kongsikan beberapa idea untuk rujukan anda.

Design Baju Merdeka Budak Lelaki

1. Gaya Pahlawan Lengkap Dengan Tanjak Merdeka

Baju merdeka budak lelaki bersama tanjak merdeka ini menjadi pilihan ramai ibu ayah. Si manja anda pastinya kelihatan seperti pahlawan merdeka yang begitu tampan dan hebat!

2. Baju Merdeka Dengan Songkok Dan Tie

Design baju merdeka lelaki dengan tie dan songkok ini sesuai untuk anak yang inginkan gaya simple dan kemas. Untuk songkok, ibu boleh jahitkan sendiri jalur merah di sekelilingnya dan letakkan butang kerongsang bendera kebangsaan sebagai pelengkap.

3. Baju Dengan Seluar Jalur Merah Dan Putih

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nampak unik dan comel. Butang yang ada pada bahagian hadapan memudahkan anak memakai dan membuka baju. Selain itu, lilitan bendera di pinggang membentuk seolah-olah riben membuatkan pakaian si manja lain dari yang lain.

4. Pakaian Merdeka Ala-ala Kurta

Jika anak kecil anda suka baju ala-ala kurta, bolehlah pilih design ini. Corak yang ada pada pakaian ini tidak terlalu padat. Selepas sambutan merdeka nanti pun anak boleh pakai untuk ke masjid atau kelas mengaji.

5. Pakaian Merdeka Bertemakan Super Hero

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak amat menggemari watak superhero? apa kata anda ambil inspirasi baju merdeka lelaki seperti dalam gambar ini. Pastinya si kecil anda teruja ingin memakainya dan sekaligus ia menjadi kenangan paling diingati ketika zaman kanak-kanak.

Design Baju Merdeka Budak Perempuan

6. Baju Merdeka Saloma Dengan Skirt Layer

Pakaian beragam merdeka dengan design gaun menjadi kesukaan ramai kanak-kanak perempuan. Hal ini kerana apabila memakainya, anak akan rasa diri mereka seolah-olah princess!

Untuk bahagian kepala, ibu boleh pakaikan dengan tudung merdeka yang dipinkan dari belakang.

7.  Busana Merdeka Bersayap

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ditampilkan dengan sayap jalur gemilang di bahagian belakang baju memberikan khayalan kepada si pemakai untuk berterbangan di awangan. Lebih- lebih lagi apabila angin ditiup menampakkan seperti pari-pari.

8. Inspirasi Fesyen Baju Merdeka Dengan Tema Red Riding Hood

Fesyen baju merdeka kanak kanak perempuan yang diinspirasikan dari kisah Red Riding Hood menyerlahkan kostum yang dijahit. Apa yang istimewa ialah hood (penutup kepala) yang menampilkan fantasi kepada si pemakai, gadis kecil manis.

9. Dress Biasa Dan Dress Kepuk-kepuk

Jika anak perempuan anda suka yang simple dan selesa, boleh cuba design baju seperti dalam gambar belah kiri. Untuk kesan lebih wow dan glamour, ibu boleh buatkan dress dengan tangan serta bahagian kain berlapis-lapis kembang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada bahagian tudung, boleh letak bulu ayam yang telah diwarna dengan jalur gemilang. Sungguh comel!

Kesimpulannya, usah rasa terbeban apabila pihak sekolah menganjurkan pertandingan pakaian beragam sempena sambutan Hari Kemerdekaan ini. Jika anda ingin jimatkan kos, boleh sahaja beli bendera Malaysia dan olah menjadi baju yang unik menggunakan kreativiti yang ada.

Meskipun perkara ini bagi anda adalah sesuatu yang biasa, tetapi tidak bagi anak-anak. Ia menjadi kenangan paling indah dalam hidup mereka. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 12 Aktiviti Menarik Untuk Kanak-Kanak Ketika Hari Merdeka

Baca juga:  Cara Mendidik Anak-Anak Tentang Erti Kemerdekaan & Perjuangan Dalam Hidup

Baca juga: Ibu Ayah Kena Bersedia Awal, Bulan Mac 2023 Ada Dua Persiapan Besar- Anak Mula Sekolah & Puasa Ramadhan

 
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan