Ramai ibu yang pam susu manual (pakai tangan) untuk memerah susu dari payudara. Bahkan, nenek moyang kita dahulu pun menggunakan teknik ini bagi mengurangkan rasa sakit ketika bayi tidak menyusu.
Selain itu, para ibu mengatakan teknik pam susu manual guna tangan ini lebih selesa berbanding pam susu dengan elektrik yang boleh mengakibatkan payudara kendur, sakit, luka dan sebagainya.
Bahkan pam susu manual dengan tangan juga membantu penghasilan susu yang lebih banyak hingga umur anak dua tahu.
Berikut merupakan langkah-langkah secara bergambar yang ibu boleh mulakan sendiri di rumah. Selamat mencuba cara pam susu ini!.
9 cara pam susu manual dengan tangan
1) Cuci tangan hingga bersih
Cara pam susu yang pertama ialah pastikan anda sabun dan cuci tangan hingga bersih sebelum memulakan sesi pam susu manual ini.
Kemudian, gosok di setiap celahan jari dan kuku supaya tangan betul-betul dalam keadaan yang bersih dan suci.
2) Tuam payudara dengan air suam
Kemudian itu, letakkan kain yang telah direndam dengan air suam dan tuam ia di bahagian payudara yang terasa keras atau bengkak.
Tuam selama tiga ke lima minit di sekitar payudara itu.
3) Urut payudara
Setelah itu, urut payudara di sekitar puting dengan cara berpusing menggunakan jari.
4) Duduk tegak
Duduk secara menegak dan bersandar sedikit ke depan bagi memudahkan proses pam susu manual dengan tangan ini.
5) Letakkan jari di sekitar areola
Tempatkan jari di sekitar areola. Buat posisi melingkar dalam keadaan huruf C seperti gambar di atas.
Bahagian telapak tangan pula melekap di bahagian payudara bawah.
6) Tekan aroela ke arah dalam
Tekan tangan ke arah payudara secara lembut tapi dengan penuh ketegasan. Tekanan jari itu harus melingkar seperti mengurut bukan bergesel.
7) Buat gerakan secara memutar
Setelah susu badan keluar beberapa kali, rehatkan payudara dengan cara berurut lembut.
8? Kumpul susu ibu dalam bekas bersih
Ambil bekas bersih yang sudah direbus dengan air panas untuk simpan susu ibu itu. Tapi kalau nak buat stock, seeloknya cari bekas steril seperti plastik atau botol susu.
9) Ulang proses yang sama
Ulangi kembali proses ini pada payudara yang disebelah pula. Biarkan kedua-dua payudara ini terasa kosong.
Semoga panduan ini memberikan anda gambaran yang lebih jelas. Selamat mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan
Baca juga:
5 Jenama Pam Susu Terbaik Untuk Ibu Menyusu – Mana Yang Anda Pakai?