Setiap kali sakit atau rasa tidak sedap badan, pasti anda terfikir untuk makan ubat Panadol sebab ianya mudah di dapati di farmasi-farmasi berhampiran malah ianya sangat berkesan.
Panadol adalah salah satu jenama ubat tahan sakit atau dikenali sebagai analgesik boleh didapati melalui preskripsi atau bukan preskripsi. Jenis-jenis ubat analgesik merangkumi paracetamol (juga dikenali sebagai acetaminophen), non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) dan opioid.
Namun masih ramai dalam kalangan kita yang risau dan mengelak untuk mengambil ubat tersebut kerana berpendapat Panadol mampu merosakkan organ dalaman manusia seperti hati dan buah pinggang.
Menerusi sebuah thread yang dimuat naik oleh Dr Samhan di laman Twitter, doktor perubatan ini berkongsi beberapa ilmu dan fakta tentang ubat tersebut kepada orang ramai.
Dr. Samhan berasa ilmu tentang Panadol ini adalah penting untuk diketahui oleh semua pihak bagi membanteras stigma salah tentang bahaya mengambil ubat Panadol untuk tubuh badan.
Secara umumnya, ubat Panadol digunakan sebagai ubat demam (antipyretic) dan ubat tahan sakit (painkiller) bagi kanak-kanak, ibu mengandung atau ibu menyusu serta warga emas.
Beliau menjelaskan bahawa ubat Panadol adalah selamat untuk diambil bagi semua golongan umur. Walau bagaimanapun, ia mampu memberi komplikasi atau kesan sampingan jika dos ubat yang diambil berlebihan dan tidak sesuai dengan badan seseorang itu.
Berapa Banyak Dos Diperlukan Mengikut Usia?
Orang Dewasa
- Panadol yang disarankan oleh golongan ini adalah sebanyak 2 biji sekali (500 mg) setiap enam hingga ke lapan jam.
- Jumlah pengambilan dos maksimum dalam masa sehari adalah 4g.
Kanak-kanak
- Sirap Paracetamol: Perlu diambil sebanyak 15mg per kg berat badan dalam waktu enam ke lapan jam. Had maksimum pengambilan ubat ini dalam sehari adalah sebanyak tiga ke empat kali sahaja.
- Ubat Peluru (Suppositories): Diambil sejumlah 30mg per kg berat badan setiap enam jam sekali. Had maksimum pengambilan ubat berkenaan adalah 5g sehari.
Jumlah Dos Yang Menyebabkan Kerosakan Hat
Ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya untuk anda mengenal pasti dan alert tentang jumlah dos dalam ubat Panadol yang diambil.
Dr. Samhan turut senaraikan jumlah minimum dos yang mampu merosakkan organ dalaman seperti hati.
- Dewasa: 7.5 hingga 10 g (kira-kira 20 biji) dalam sekali pengambilan ubat.
- Kanak-kanak umur 1 hingga 6 tahun: 200mg per kg berat badan dalam sekali pengambilan ubat.
“Kesimpulannya, Panadol tidak rosakkan buah pinggang atau hati jika diambil dalam dos yang disarankan. Diakui juga paracetamol mempunyai kesan sampingan lain seperti alahan, loya dan sebagainya, tetapi ia jarang berlaku.
“Penghidap G6PD perlu dapatkan nasihat doktor sebelum ambil Paracetamol. Panadol hanya berada dalam badan selama empat hingga enam jam sahaja kemudian akan mengalami proses penghadaman.
“Panadol lebih selamat digunakan untuk pesakit yang mempunyai masalah pembekuan darah, pesakit gastritis, kanak-kanak dan ibu hamil atau menyusu,” katanya.
Masyarakat juga dinasihatkan untuk tidak percaya dan menyebarkan sebarang jenis mitos kepada orang ramai jika tidak pasti kesahihannya.
Twitter Dr. Samhan
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Jangan Celup Picagari Dalam Botol Ubat, Begini Cara Yang Betul Bila Bagi Anak Ubat Cecair
Baca juga : Boleh Tak Makan Ubat Selsema Untuk Ibu Mengandung? Asyik Tak Sihat Saja Sejak Hamil
Baca juga : 8 jenis ubat yang berbahaya dan mampu memudaratkan si kecil anda