Pancut Dalam Memang Best, Lepas Tu Risau Hamil! Ini Cara Elak Mengandung Jika 'Terbabas'

Kadang-kadang suami tak sedar bila dia pancut dalam, isteri pula jadi risau mengandung jarak dekat. Jadi apa anda boleh buat untuk elak mengandung?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perancangan keluarga itu sangat penting. Ia bukan perkara yang boleh dipandang ringan sebenarnya. Jadi jika merancang sendiri, apa yang anda boleh buat untuk elak hamil selepas suami pancut dalam.

Ada kes yang suaminya terpancut dalam dan tidak dapat mengawal keadaan itu ketika sedang melakukan seks bersama. Lepas tu mulalah bergaduh atau risau mengandung kerana tak bersedia lagi.

Lagi-lagi pula isteri baru saja lepas caesar tak sampai enam bulan pun lagi. Mulalah hati gundah gulana bila suami sudah pancut dalam. Nak menyesal pun dah terlambat.

Pancut dalam? Apa anda boleh buat untuk elak hamil

Kredit: siraplimau

Jadi kali ini kami kongsikan tips, apa yang anda boleh buat untuk elak hamil jika suami pancut dalam. Jika yang dapat sokongan suami okay lagi, tetapi ada juga suami yang ego. Hanya dia je betul, sedangkan isteri sudah tidak larat menanggung. 

#1. Pil perancang kehamilan

Sudah pasti jika anda meancang keluarga, pil perancang kehamilan perlu dimakan oleh wanita mengikut waktu yang ditetapkan. Jangan sesekali melanggar jadul anda, takut menyesal nanti.

Memanglah orang kata anak itu rezeki dan sebagainya, tapi jika sudah tidak boleh terkawal yang akan memberi kesan kepada banyak perkara terutama keharmonian rumah tangga, tiada salahnya untuk anda merancang.

Tetapi sebelum gunakan pil ini, elok dapatkan nasihat doktor kerana setiap individu berbeza dan tidak semestinya ia berkesan pada individu lain, ia juga akan berkesan pada anda.

Jadi eloklah banyakkan bacaan supaya anda dapat banyak ilmu mengenainya dan boleh merancang dengan mudah dan berkesan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Gunakan IUD

Kredit: siraplimau

IUD atau intra-uterine-device adalah sebuah alat yang berfungsi sebagai pencegah kehamilan dengan menghalang sperma-sperma daripada sampai ke telur untuk mempersenyawakannya.

Apabila ia berada dalam kedudukan yang betul di dalam rahim, peluang untuk hamil adalah kurang daripada 1%.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi ada juga kes yang mana wanita atau isteri memakai IUD, tetapi tetap juga hamil, bagaimanapun peratusnya sangat kurang dan anda juga perlu prihatin keadaan IUD anda.

Jika merasakan sesuatu yang pelik, eloklah buat pemeriksaan doktor untuk tahu sama ada kedudukan IUD anda betul pada tempatnya atau sebaliknya.

#3. Bersama bukan pada waktu subur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: thezuriat

Ini juga berkesan buat sesetengah pasangan. Anda boleh dapatkan strip pemeriksaan kesuburan yang boleh mengesan waktu subur anda.  Jadi jika anda lakukan seks ketika ini dan suami pancut dalam, kebarangkalian untuk anda mengandung juga rendah.

Bagaimana pun, cara ini adalah caa paling natural, jadi jangan terkejut jika mudah saja anda dapat double line nanti!

Cara ini sudah dipraktikkan oleh banyak pasangan, dan nampaknya ada yang berkesan untuk mereka. Jadi anda mungkin boleh cuba cara ini. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Gunakan kondom

Ini juga cara paling biasa digunakan oleh pasangan berkahwin. Walaupun ada yang kata takut tak berkesan, kondom akan bocor dan sebagainya, tapi memang ada pasangan yang berjaya menggunakan cara ini.

Ia adalah salah satu cara yang paling mudah dan cepat yang digemari oleh pasangan. Terdapat pelbagai jenis kondom di pasaran yang boleh anda gunakan dan boleh lihat mana yang sesuai untuk anda dan pasangan.

#5. Pil morning after

Pil perancang kecemasan seperti pil Postinor digunakan selepas hubungan kelamin tanpa perlindungan atau timbulnya masalah dengan kaedah perancang keluarga yang sedang digunakan seperti kebocoran kondom.

Pil ini juga boleh digunakan oleh mangsa serangan seksual untuk mencegah kehamilan yang tidak diingini. Pil perancang kecemasan mengandungi hormon yang berfungsi untuk mencegah ovulasi dan menghalang pesenyawaan dari berlaku. Secara amnya, pil perancang kecemasan tidak akan menyebabkan masalah keguguran.

Terdapat dua jenis pil perancang kecemasan di pasaran sekarang, iaitu pil yang mengandungi hormon progesterone dan pil yang mengandungi bahan ulipristal. Semakin awal seseorang itu mengambil pil perancang kecemasan, semakin berkesanlah pil tersebut.

Pil progesterone hanya sesuai digunakan dalam masa 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan manakala pil ulipristal sesuai digunakan dalam masa 120 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Pil perancang kecemasan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti seperti loya, muntah, pening, sakit kepala dan perubahan pada kitaran haid.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: mens-formula

Baca juga: Lama ‘Puasa’ Kerana Isteri Berpantang, Ini Tips Supaya Suami TAHAN Lama Di Ranjang!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar