Suami Suka Follow Perempuan Seksi, Ini Hukumnya Dalam Islam

Pandangan mata lelaki amat suka melihat keindahan. Namun waspada kerana tindakan yang keterlaluan boleh jadi berdosa dan hukumnya haram

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pandangan mata lelaki ketika melihat ajnabi perlu dikawal untuk keharmonian rumah tangga. Banyak pergaduhan berlaku disebabkan pandangan yang tidak dijaga dengan sebaiknya sehingga perasaan terhadap pasangan mula berubah.

Disebabkan suami atau isteri kerap mengikuti wanita seksi di media sosial lantas mereka lebih terdedah pada gambar-gambar ajnabi yang dimuat naikkan. Lebih menakutkan apabila masing-masing meninggalkan komen tanpa menghiraukan status sendiri.

Hukum Suami Follow & Tengok Perempuan Seksi

Menurut seorang pendakwah bebas, Ustaz Fauwaz Fadzil menjelaskan bahawa hukum mengikut (follow) wanita seksi dalam media sosial dan meninggalkan tanda suka (like) pada setiap gambar yang tidak menutup aurat itu adalah terlarang dan berdosa. 

Satu, pandangan mata lelaki melihat aurat perempuan seksi itu sendiri walaupun hanya sekadar gambar sudah jelas berbau untuk menaikkan syahwat. 

Kedua, perbuatan memberi tanda suka seolah-olah memberi sokongan kepada wanita tersebut meneruskan perbuatan yang ditegah agama.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, jika ia menimbulkan fitnah dan berserta dengan syahwat ketika melihatnya seperti berpakaian mencolok mata dan melakukan aksi-aksi ghairah, maka hukumnya adalah haram untuk melihat atau menontonnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika dibiarkan berlarutan bimbang membawa kepada perbuatan maksiat yang lebih besar seperti rogol, zina dan seumpamanya.

Rasulullah SAW telah melarang perbuatan yang mendorong kepada zina termasuklah zina mata dan tangan.

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا، أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ ، فَزِنَا العَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ المَنْطِقُ ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي ، وَالفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ كُلَّهُ وَيُكَذِّبُهُ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan keatas anak-anak Nabi Adam itu bahagiannya daripada perbuatan zina. Mereka pasti akan melakukannya tanpa syak lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Zina bagi mata ialah melihat kepada perkara yang diharamkan, zina bagi lidah pula ialah memperkatakan sesuatu yang tidak sepatutnya, zina nafsu pula ialah berharap dan ingin kepada perkara yang haram, lalu kemaluanlah yang menentukan samada ia membenarkan zina atau menghalangnya. – Hadis Riwayat al-Bukhari

Kenapa Suami Suka Tengok Perempuan Seksi

Bila sudah terlalu lama berumah tangga, ada sahaja alasan yang digunakan suami untuk melayan mata melihat perempuan lain yang seksi-seksi. Walaupun sudah ditegur banyak kali tetap sama dan tiada usaha untuk berubah. Kenapa suami suka tengok perempuan seksi sedangkan sudah beristeri?

Antara sebab kenapa suami suka tengok perempuan seksi adalah: 

1. Fitrah Asal Lelaki

Dan lumrah seorang lelaki suka melihat pada kecantikan fizikal dan tidak lebih dari itu. Walau bagaimanapun fitrah asal boleh ditundukkan dengan ilmu dan iman.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sepertimana pesan Nabi Muhammad SAW kepada para suami: 

“Jika engkau melihat seorang wanita, lalu ia memikat hatimu, maka segeralah datangi isterimu. Sesungguhnya, isterimu memiliki seluruh hal seperti yang dimiliki oleh wanita itu.” (HR. Tirmidzi)

2. Kenalan Lama

Boleh jadi mereka adalah kenalan lama dan rapat dengan suami, mungkin media sosial adalah salah satu cara untuk mereka berinteraksi. Sebab itulah dia mengikuti media sosial kenalan wanita tersebut.

3. Rasa Tak Bersalah

Suami mungkin merasakan dia tidak buat salah apa-apa. Dia juga berfikir bahawa perbuatan ini adalah normal dan sama sekali tidak memberi kesan kepada perkahwinan anda berdua. 

4. Ketagihan Pornografi

Hiperseksual atau ketagihan seks merupakan gangguan kelakuan seksual yang melampau sehingga sukar mengawal diri sendiri. Masih belum terlambat untuk mendapatkan rawatan terapi yang selanjutnya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gangguan ini bukan sahaja boleh menjejaskan hubungan malah ia boleh merosakkan fungsi otak seperti epilepsi dan demensia. 

5. Mendera Emosi

Penderaan emosi lebih sakit daripada penderaan fizikal. Pasangan yang didera mudah memendam perasaan dan suka menyalahkan diri sendiri atas apa yang terjadi.

Apatah lagi apabila perbuatan itu membuatkan suami suka berfantasi seksual dengan perempuan lain apabila melihat gambar-gambar wanita seksi di media sosial.

Pandangan Mata Lelaki Perlu Dijaga Sebaiknya 

Hal ini dikongsikan Penmerahdotcom dalam tulisan mereka di facebook. Mereka menyoal tentang hukum apabila suami memandang wanita selain isteri serta berpesan agar suami mahupun isteri menjaga pandangan mata masing-masing.

Apakah hukum seorang suami memuja dan memuji orang lain selain isteri, suka tengok gambar perempuan, gambar perempuan menjolok mata dan tengok perempuan lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hukumnya haram dan berdosa.

Sebagai contoh yang selalu terjadi.

Kenapa sebelum kahwin saya tengok isteri saya cantik, lepas 10 tahun saya kahwin saya nampak semua wanita cantik kecuali isteri saya?

Kerana matamu yang penuh maksiat, penuh syaitan. Mata yang banyak maksiat suka pada benda yang haram, yang halal dia tak suka.

Bila penyakit ni, mata yang suka melihat sesuatu yang haram ni akan baik?

= Apabila tanah telah menutup matamu.

Jadi tundukkan pandangan. Segalanya bermula dari mata, dari mata turun ke nafsu.

Jadi pandang isteri penuh dengan kasih sayang, cari kecantikan dalam diri isteri.

Begitu juga isteri, jaga maruah diri untuk suami. Jangan bergetar tulang perut, tulang jari dan gatal tangan menaip komen tanpa sedar awak seorang ibu dan isteri.

Jangan terlalu obses dengan artis lelaki/perempuan melayu ke, korea ke, hindustan ke.

Ia tetap haram kerana mereka lelaki/perempuan.

Memang suami/isteri kita tak marah sebab tu artis tapi tetap haram, jangan hanya kerana ada perkataan artis.

Isteri dan suami harus hormat antara satu sama lain, jangan like atau komen status berlainan jantina jika status tersebut tidak ada manfaat atau gambar yang terbuka aurat.

 

Berikutan itu beberapa pandangan diberikan netizen di bahagian komen.

“Segalanya bergantung dan bermula daripada niat. Jika apa yang disampaikan oleh lawan jantina itu berbentuk ilmu atau motivasi, tak salah untuk like atau follow, asalkan masih dalam batasan syariat. Jika like diiringi nafsu, itulah yang akan dapat dan memberi mudarat.”

“Pokok pangkalnya hati itu sendiri. Jika niatnya betul maka baiklah keseluruhan dari mata, hati dan minda. Ikhlaskan segalanya buat yang tersayang. Tak perlu nak berbohong. Mulut lain hati lain. Ikhlaskan segalanya. Insha Allah, redha Allah sentiasa diterima. Rezeki pun sentiasa mengalir tanpa tersekat-sekat.”

“Belum tentu ikut/buat semua yang suami suka, suami tak tengok perempuan lain dah. Pokok pangkal atas suami tu sendiri.”

Setiap manusia amat suka melihatkan keindahan. Namun sebagai suami, sebaik-baiknya jagalah pandangan mata anda agar tidak berlaku sesuatu yang boleh melukai hati orang tersayang.

Jangan lupa berdoalah agar Allah sentiasa cukupkan kita dengan yang halal dan jauhkan diri dari yang haram. 

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Hentikan Trend ‘Unboxing By Husband’ Di Media Sosial, Jagalah Maruah Suami Isteri

Baca juga: Status Anda Di Laman Media Sosial Dedahkan Rahsia Rumah Tangga Anda Tanpa Disedari!

Baca juga: Berpada-Pada Kongsi Kebaikan Suami Di Media Sosial, Takut Ramai Cemburu & Sakit Hati

Penulis

Ain Yusof