Cara Ajar Anak Untuk Mengawal Emosi (Panduan Lengkap Ikut Umur)

lead image

Setiap individu mempunyai 8 emosi utama yang berbeza. Bagaimana ingin ajar anak cara mengawal emosi ini? Kami sediakan panduan lengkap ini untuk anda.

Manusia dan emosi…

Kita semua dilahirkan dengan emosi

Setiap orang mempunyai 8 emosi utama iaitu : marah, sedih, takut, gembira, rasa minat, terkejut, rasa jijik, dan rasa malu. 

Tapi, kita juga memiliki emosi sekunder.

Emosi sekunder adalah reaksi terhadap lapan emosi utama ini. 

Contohnya, seorang kanak-kanak yang pernah dihukum kerana membuat perangai mungkin akan rasa cemas untuk mengulangi perbuatan itu lagi.

Cara Ajar Anak Untuk Mengawal Emosi (Panduan Lengkap Ikut Umur)

Dalam erti kata lain, cara kita bertindak balas terhadap emosi anak boleh memberi kesan kepada perkembangan emosi mereka.

Kita perlu mengajar anak untuk mengenali perasaan yang mereka alami.

Ini boleh membantu mereka untuk menangani perasaan yang dialami dengan cara yang betul dan diterima orang ramai.

Berikut kami sediakan bagaimana anda boleh mengajar anak-anak mengawal emosi, berdasarkan umur mereka. Jom semak!

#1 Peringkat bayi 

tip jaga jaga bayi baru lahir

Sumber: Motherandbaby.co.uk

Seorang bayi dipandu oleh perasaan asal yang terbina dalam otak mereka.

Misalnya, seorang bayi akan menangis apabila mendapat rangsangan yang tidak menyenangkan (bunyi bising yang mengejutkan), atau apabila ingin sesuatu (makanan, sentuhan, pelukan).

Bukti menunjukkan dalam 6 bulan pertama, seorang bayi mampu bertindak untuk menenangkan diri dengan menghisap jari apabila menghadapi kesusahan.

Kajian-kajian lain juga mendapati seorang bayi sudahpun mempunyai kemahiran untuk melaraskan diri sendiri dan boleh mendekati atau mengelakkan situasi bergantung kepada kesan emosi mereka.

Peranan ibu bapa:

Kajian terbaru mencadangkan bayi berusia 6-9 bulan akan lebih tenang atau dalam keadaan neutral dengan lebih lama apabila mendengar rakaman lagu atau rakaman ucapan untuk bayi dan orang dewasa.

Nyanyian jauh lebih berkesan untuk menenangkan bayi berusia 10 bulan yang terlebih rangsangan.

Kajian juga mencadangkan lagu (“The Wheels on the Bus” misalnya) adalah lebih berkesan daripada memainkan lagu lullabies untuk menenangkan bayi.

#2 Peringkat kanak-kanak kecil

Cara Ajar Anak Untuk Mengawal Emosi (Panduan Lengkap Ikut Umur)

Apabila anak mencapai usia 1 tahun, mereka mula faham mereka akan mengalami perasaan berlainan apabila menghadapi situasi tertentu.

Terdapat beberapa kajian yang menyatakan rasa takut adalah perasaan yang paling susah untuk kanak-kanak kecil.

Ibu bapa boleh mula mengajar dan menerangkan kepada anak perasaan ini dengan menggunakan bahasa yang sesuai. Galakkan mereka untuk mengenali perasaan yang berbeza dan namanya.

Apabila berusia 2 tahun, mereka sudah dapat menggunakan cara tersendiri untuk menangani perasaan-perasaan  yang sukar serta mengelak dari situasi yang tidak baik.

Peranan ibu bapa:

Ibu bapa boleh mengalih perhatian anak apabila mereka takut atau marah.

Apabila anak lebih besar dan mula memahami perasaan yang mereka alami, mereka juga akan belajar cara untuk  mengendali situasi yang mencabar.

Ibu bapa yang mengajar anak mengenai emosi serta cara untuk bertindak akan menghasilkan anak yang lebih berdikari.

Mereka akan mengendalinya dengan lebih tenang dan tahu perasaan mereka adalah perkara biasa.

Kanak-kanak kecil juga boleh belajar cara-cara untuk mengendali emosi dengan mengikut jejak ibu bapa.

#3 Peringkat kanak-kanak

Cara Ajar Anak Untuk Mengawal Emosi (Panduan Lengkap Ikut Umur)

Kanak-kanak akan mengalami banyak jenis emosi semasa zaman kanak-kanak. Mereka juga akan mengalami lebih banyak emosi sekunder yang bakal mempengaruhi reaksi emosi pada masa akan datang.

Kanak-kanak pada peringkat ini sepatutnya sudah faham dan boleh membezakan antara reaksi yang sesuai dengan reaksi yang tidak sesuai. 

Mungkin ada yang masih akan menghadapi cabaran untuk berkongsi emosi, terutama jika mereka masih mengalami kesukaran untuk mengenalpasti dan menamakan perasaan mereka.

Peranan ibu bapa:

Mengajar anak tentang emosi adalah proses 3 fasa:

  • mengajar mereka untuk mengenalpasti perasaan mereka,
  • mengenal pasti apa yang mencetuskan emosi tersebut, dan
  • mengajar mereka untuk menguruskan emosi mereka sendiri

Apabila anak sedar emosi adalah sesuatu yang normal dan tidak salah, ia akan menjadi lebih senang untuk diurus.

Tetapi ibu bapa memainkan peranan yang penting sebagai contoh untuk anak. 

Mereka akan mengikut cara ibu bapa mengendali emosi, maka kita sebagai ibu bapa perlu menunjukkan cara yang betul dan kurangkan reaksi yang negatif.

Jom cuba sama-sama!

Sumber: Parent.co

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

13 Kata-Kata Yang Disarankan Ahli Psikologi Untuk Menenangkan Anak Yang Sedang Marah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!