4 Panduan Berguna Untuk Mengepam Susu Badan Dengan Pam Payudara

lead image

Mula-mula ingin guna pam payudara untuk susu badan memang sukar. Sebab itu panduan ini berguna untuk semua ibu yang menyusu. Jom kendali pam anda dengan betul!

Semalam, rakan baik saya melahirkan anak sulungnya. Sebelum dia ke hospital, dia sempat menghubungi saya untuk bercerita tentang bagaimana dia tidak tahu menggunakan pam payudara. Alah, pam payudara untuk menyusu anak!

Saya tertawa kecil. Sebenarnya, memang ramai bakal ibu baru yang kekok dan tidak selesa untuk menggunakan pam payudara buat pertama kali. Sebab itu saya ingin berkongsi panduan berguna daripada Medela ini!

Jangan risau semua ibu yang menyusu di luar sana... Menggunakan pam payudara memang sesuatu yang sukar. Tapi, anda kena belajar! Sama macam anda belajar tentang perkara kehamilan.

Jadi, jom semak panduan ini dan kendali pam anda dengan betul!

pam payudara

1. Bawa bertenang.

Pertama -- sebelum anda mula mengepam susu badan, tarik nafas sedalamnya. Bawa bertenang. Kerja mengepam akan jadi lebih mudah jika anda bertenang. Anda mungkin tertekan kerana perlu mengepam susu badan. Tapi jangan! Cuba buat ia sebagai satu rutin. Bagaimana? Begini caranya -

  • Jika anda buat usaha mengepam susu badan sebagai satu rutin, susu badan akan lebih mudah keluar. Contohnya, tetapkan pukul berapa anda akan mengepam susu dan sebagainya.
  • Ambil masa anda. Bertenang. Kalau kelam-kabut, nanti susu badan tak mahu keluar!
  • Cuba senaman menarik nafas dengan dalam
  • Atau duduk di hadapan benda yang menenangkan (seperti melihat matahari)
  • Cari tempat tersembunyi yang tiada gangguan
  • Sediakan semua benda di hadapan anda
  • Demah payudara untuk menggalakkan susu keluar
  • Sesetengah wanita suka mengurut payudara mereka untuk menggalakkan susu keluar
  • Tenangkan bahu anda
  • Pastikan bahagian belakang badan dan tangan anda disokong
  • Guna tapak tangan untuk menyokong payudara
  • Ada sesetengah ibu lebih gemar mengepam susu badan di hadapan anak. Susu lebih cepat keluar, katanya! Jadi, kalau anak anda berjauhan, cuba ambil dan tatap gambarnya. Atau pakaiannya...
  • Minum dan makan sebelum mengepam susu.
  • Dapatkan rehat secukupnya.

Kini, masa untuk menggunakan pam pula. Bersedia semua ibu menyusu?

2. Ketika ingin menggunakan pam

  • Cari tempat yang sesuai
  • Pilih saiz breast shield (bahagian pam yang menyedut) yang sesuai. Pastikan breast shield itu rapat dengan puting tapi puting ada cukup ruang untuk bergerak.
  • Kunci kejayaan mengepam susu badan adalah anda perlu bijak merangsang reflek let-down . Ketidakselesaan dan kesakitan akan menggagalkan susu untuk keluar!
  • Urut payudara sebelum dan ketika mengepam susu untuk menggalakkan susu keluar.
  • Guna dua pam dalam masa yang sama! Ia menjimatkan masa. Malah, tahap prolactin dalam badan anda juga meningkat jika anda menggunakan dua pam. Dan lebih susu!
  • Jika anda mengepam satu payudara dalam satu-satu masa, cuba tukar kepada payudara sebelah lain pula.
  • Jika anda berasa sakit, cepat hubungi doktor! Khuatir anda akan merosakkan tisu payudara kerana menggunakan pam dengan cara yang salah!

3. Guna pam payudara untuk simpan susu dalam stok atau untuk menggalakkan bekalan susu?

  • Jika anda mengepam payudara untuk menyimpan susu dalam stok, cuba pam selepas satu jam anda mengepam payudara ketika waktu pagi.
  • Biasanya, anda kurang letih ketika ini berbanding ketika tengahari atau malam. Lagipun, susu akan lebih mudah keluar, percayalah!
  • Jika anda ingin menggalakkan pengeluaran susu, cuba pam selepas 15 minit anda memberi susu badan. Atau makan aiskrim untuk meningkatkan susu badan!

pam payudara

4. Kebersihan ketika mengepam susu badan

  • Sama ada anda menggunakan pam payudara atau memerah payudara secara manual, kebersihan adalah perkara utama! Basuh tangan anda sebelum mula mengepam susu badan.
  • Ikut arahan pengeluar tentang bagaimana ingin mencuci set pam payudara yang anda guna.
  • Semua bahagian pam payudara dan bekas menyimpan susu harus dibersihkan dan dibasmi untuk mencegah kuman.

Semoga 4 panduan ini mengajar sesuatu pada anda. Bersabarlah ibu semua. Proses ini memang sukar pada mulanya, tapi lama kelamaan, anda akan biasa dengannya. Selamat berjaya!

BACA JUGA:

Bolehkah Saya Menyusu Dengan Puting Susu Yang Termasuk?

8 Cara Untuk Meningkatkan Susu Badan

 

Sumber rujukan: Medela