Dalam era yang dikuasai oleh teknologi, masa skrin telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Daripada telefon pintar, tablet kepada komputer dan televisyen, penggunaan peranti ini mendapat sambutan dari pelbagai peringkat usia termasuklah bayi dan kanak-kanak.
Screen time anak menggunakan telefon pada hari ini dilihat dapat membantu memudahkan kerja ibu ayah. Mana tidaknya, si kecil dikatakan lebih diam dan behave apabila diberikan rancangan kartun kegemaran merek.
Dalam artikel ini, kami kongsikan garis panduan masa skrin anak, memahami kesan screen time anak yang berlebihan serta berapa banyak masa skrin yang patut kanak-kanak miliki.
Isi Kandungan
Memahami Masa Skrin
Masa skrin atau screen time anak adalah jumlah masa yang dibelanjakan menggunakan peranti digital, termasuk telefon pintar, tablet, komputer, televisyen dan konsol permainan.
Walaupun peranti ini telah merevolusikan komunikasi, pendidikan dan hiburan, pendedahan masa skrin yang berlebihan telah menimbulkan kerisauan mengenai potensi kesan buruknya.
Kesan Screen Time Anak Berlebihan
Ibu ayah sering bingung aturan mana yang harus mereka ikuti agar gajet tidak memberi kesan buruk pada anak. Dari satu sudut, gajet di era digital adalah sesuatu yang mustahil untuk dielakkan. Dari sudut lainnya, banyak pakar menyatakan bahawa gajet tidak baik untuk perkembangan anak.
Terlalu banyak masa yang dihabiskan pada skrin boleh memberi kesan yang tidak begitu baik kepada kanak-kanak. Antaranya adalah:
1. Anak Menjadi Kurang Bergerak
- Terlalu banyak duduk: Menghabiskan banyak masa pada telefon atau tablet biasanya bermakna kurang masa bergerak. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak kurang aktif dan mungkin menyebabkan masalah seperti berat badan berlebihan atau tidak cergas.
- Mata Letih: Menatap skrin untuk masa yang lama boleh menyebabkan mata berasa letih dan tidak selesa.
2. Gangguan Tidur
- Masalah Tidur: Jenis cahaya yang datang dari skrin boleh mengacaukan hormon tidur badan. Ini mungkin menyukarkan kanak-kanak untuk tidur atau tidur lena.
3. Masalah dengan Rakan dan Perasaan
- Sukar Berkawan: Menggunakan banyak skrin mungkin menyukarkan kanak-kanak untuk mahir bercakap dan bermain dengan kanak-kanak lain.
- Kebimbangan Membuli: Terlalu banyak berada dalam talian boleh mendedahkan si kecil dengan mesej jahat atau buli, yang boleh menyakiti perasaan kanak-kanak.
4. Masalah Pembelajaran
- Sukar Untuk Fokus Menggunakan skrin terlalu banyak, terutamanya untuk perkara yang menyeronokkan, mungkin menyukarkan kanak-kanak untuk memberi perhatian dan berjaya di sekolah.
- Terlepas Perkara Menyeronokkan: Jika kanak-kanak menghabiskan terlalu banyak masa pada skrin, mereka mungkin terlepas perkara yang menyeronokkan seperti bermain di luar rumah atau melakukan aktiviti praktikal.
5. Bertindak Sedikit Berbeza
- Tantrum dan Meragam: Terlalu banyak masa skrin mungkin menyebabkan kanak-kanak bertindak meragam atau tantrum. Malah ia boleh menyukarkan ibu ayah untuk berhenti bergantung pada skrin bagi memujuk si kecil.
Tempoh Screen Time Anak Mengikut Umur
Akademi doktor anak di Amerika (AAP) menjelaskan kepada ibu bapa yang ianya adalah tidak sihat untuk memperkenalkan alat teknologi digital pada kanak-kanak yang masih kecil lagi.
Panduan sihat penggunaan gajet versi AAP ini menyatakan bahawa anak yang berusia di bawah usia 2 tahun sebaiknya tidak didedahkan dengan teknologi yang berdasarkan skrin.
Panduan sihat penggunaan gajet tersebut serupa dengan peraturan penggunaan televisyen kanak-kanak yang pernah mereka terbitkan pada tahun 1999.
Dalam peraturan tersebut, para doktor ini memberikan panduan kepada anak dan ibu bapa supaya dapat membiasakan diri dengan perubahan zaman.
Ada dua fokus utama yang ditekankan dalam panduan tersebut.
- Yang pertama adalah apa yang dilihat anak di layar
- Sementara point kedua adalah siapa yang mengawasi aktiviti digital anak.
Berikut merupakan panduan sihat penggunaan gajet dari AAP mengenai interaksi anak dengan media digital.
1. Usia di bawah 18 bulan
Tidak menggunakan gajet ternyata adalah perkara terbaik untuk anak usia ini, kecuali – video call. Interaksi bayi dengan anggota keluarga melalui video call dapat membantu anak memahami pentingnya komunikasi.
Namun, sebaik sahaja anak itu mula mengenal interaksi digital dengan anggota keluarga lainnya, secara automatik dia akan belajar fungsi gajet.
Maka, tidak menghairankan jika dia turut ingin tahu fungsi lain pada gajet. Apalagi jika si kecil itu sentiasa melihat aktiviti-aktiviti orang dewasa di sekitarnya yang menggunakan gajet.
Pelajaran terpenting untuk kita tahu tentang soal dunia digital adalah: kita perlu membiasakan anak untuk mengenal gajet sebagai alat komunikasi. Dengan itu, mereka dapat rasa seolah-olah dekat dan mesra dengan ahli keluarga yang jauh. Bukan sekadar hiburan saja.
2. Usia 15 bulan-2 tahun
Terdapat hanya sedikit bukti yang menyatakan bahawa dengan menonton video, anak dapat belajar kosa kata baru. Kecuali jika ibu bapa benar-benar mendampingi anak selama mereka menonton televisyen.
Panduan sihat penggunaan gajet di usia ini adalah tentang pentingnya dampingan dan pemantauan ibu bapa. Tanpa pendampingan ibu bapa, anak akan gagal menerapkan apa yang mereka pelajari dari video.
Dengan kata lain, anak hanya akan memperlakukan video seperti gambar bergerak yang tidak memberikan apa-apa makna, selain hiburan sahaja padanya. Memang ramai ibu bapa yang berfikir bahawa video dapat membantu anak untuk menguasai bahasa asing.
Namun, tanpa pendampingan ibu bapa, anak yang terlalu kecil yang bermain dengan gajet berkemungkinan untuk mengalami risiko lambat bercakap.
3. Usia 2-5 tahun
Anak pada usia ini sudah mampu memindahkan apa yang mereka lihat di layar digital ke dunia nyata. Contohnya adalah pelajaran berbahasa, matematik, tingkahlaku, dan perkara lain yang mereka tonton di layar.
Namun, dari semua “pakej belajar” dari media digital itu, tidak semuanya memiliki tahap pelajaran yang cukup baik. Sebab itulah AAP menyarankan bahawa had yang sihat untuk anak anda didedahkan dengan media digital adalah hanya 1 jam dalam sehari.
Tips dan Panduan Screen Time Untuk Anak
- Galakkan Permainan Luar: Pupuk rasa minat pada aktiviti luar dengan menggalakkan kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan fizikal. Aktiviti di luar rumah bukan sahaja menggalakkan kesihatan fizikal tetapi meningkatkan emosi si kecil yang positif.
- Promosikan Masa Kualiti Tanpa Skrin: Tetapkan masa tertentu untuk aktiviti keluarga tanpa skrin, seperti bermain bersama, membaca atau pengembaraan luar. Ini membantu mengeratkan ikatan kekeluargaan dan menggalakkan gaya hidup yang seimbang.
- Buat Pelan Media Keluarga: Wujudkan pelan media keluarga secara kolaboratif yang merangkumi garis panduan yang jelas tentang masa dan tempat skrin dibenarkan. Pertimbangkan faktor seperti waktu makan, waktu tidur dan zon bebas teknologi yang ditetapkan.
- Model Tingkah Laku Sihat: Kanak-kanak sering mencontohi tingkah laku ibu bapa dan penjaga mereka. Tunjukkan tabiat masa skrin yang sihat dengan menetapkan had, melibatkan diri dalam aktiviti bebas teknologi dan mengutamakan interaksi bersemuka.
- Gunakan Kawalan Ibu Bapa: Manfaatkan ciri kawalan ibu bapa yang tersedia pada peranti untuk memantau dan mengehadkan kandungan dan tempoh masa skrin. Alat ini boleh membantu menguatkuasakan sekatan yang sesuai dengan umur.
Pertimbangan Penting Screen Time Untuk Anak
- Elakkan program pantas, aplikasi dengan banyak kandungan yang mengganggu dan sebarang kandungan ganas.
- Tiada skrin semasa makan dan 1 jam sebelum tidur.
- Apabila tidak digunakan, matikan televisyen dan peranti lain. Jangan biarkan mereka berjalan di latar belakang.
- Cuba jangan gunakan media skrin sebagai pilihan anda untuk menenangkan anak anda. Anda boleh menggunakannya dari semasa ke semasa untuk memastikan mereka sibuk (contohnya, di kedai gunting rambut atau semasa penerbangan kapal terbang).
- Pantau jenis media yang digunakan oleh anak anda, termasuk aplikasi. Uji aplikasi sebelum anak menggunakannya dan bermain bersama. Jadikannya interaktif dengan bertanya kepada anak anda pendapat mereka tentang media yang mereka gunakan dan perkara yang mereka pelajari.
Kesimpulannya, teknologi boleh memberi manfaat dalam memudahkan kerja seharian. Namun terlalu banyak masa skrin untuk si kecil boleh mendatangkan beberapa kesan negatif seperti gangguan tingkah laku dan masalah perkembangan yang lain.
Justeru dengan mewujudkan garis panduan waktu skrin anak di rumah dapat mencapai keseimbangan antara aktiviti berasaskan skrin dan pengalaman lain dalam menyokong perkembangan bayi dan kanak-kanak.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman TheAsianparent Malaysia
Baca juga: Gajet Tidak Boleh Jadi Pengganti Ibu Ayah, Wanita Kongsi Kisah Benar Buat Ramai Buka Mata
Baca juga: Screen Time Buat Anak Lebih Bijak Tapi Tak Boleh Kawal Emosi, Ini Sebabnya!