6 Lokasi Panggung Wayang Kanak-kanak: GSC Play+, TGV Family, MBO Kecil Di KL & Selangor

Panggung wayang mesra kanak-kanak direka khas untuk keluarga dengan anak kecil, ibu ayah boleh menonton wayang tanpa risau anak-anak bermain

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila agaknya kali terakhir anda menonton wayang selepas mempunyai anak? Kini, terdapat syarikat menawarkan panggung wayang mesra kanak kanak yang membolehkan anda menikmati filem bersama keluarga dengan tenang tanpa rasa serba salah.

Dengan adanya pawagam mesra kanak-kanak, anda tidak perlu lagi risau tentang keselesaan atau keselamatan anak-anak semasa menonton filem.

6 Lokasi Panggung Wayang Mesra Kanak Kanak Di KL & Selangor

Di Malaysia, hanya sesetengah pawagam seperti MBO, GSC, TGV dan DADI sahaja yang menyediakan panggung khas untuk kanak-kanak.

Bagi anda yang tinggal di sekitar Lembah Klang, jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman untuk pergi ke panggung wayang mesra kanak-kanak seperti yang kami di theAsianparent cadangkan.

1. Golden Screen Cinemas (GSC), Play Plus

GSC PlayPlus direka khas sebagai ruang hiburan yang ideal untuk kanak-kanak. Dengan struktur taman permainan yang begitu besar, anak-anak bebas bermain dengan selamat di kawasan yang disediakan.

Pada masa yang sama, ibu bapa boleh menikmati tayangan filem sambil bersantai di PlayPlus Cuddle Couch atau PlayPlus Bean Bag tanpa sebarang gangguan.

Berikut merupakan antara lokasi panggung wayang bagi GSC Play Plus:

GSC PlayPlus IOI Mall, Puchong

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alamat: 2nd Floor, Lot S37, Batu 9, Jalan Puchong, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor.

GSC PlayPlus Starling Mall

Alamat: The Starling Mall, 6, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

GSC PlayPlus, Tropicana Gardens Mall

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alamat: Tropicana Gardens Mall, 29 No, Unit CC, 2A, Persiaran Surian, Tropicana Indah, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

GSC PlayPlus, Subang Parade

Alamat: Jalan Kemajuan Subang, Ss 16, 47500 Subang Jaya, Selangor.

GSC PlayPlus, 3 Damansara

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alamat: 3 Damansara, 3, Jalan SS 20/27, Damansara Intan, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

2. Dadi Cinema, Lil Star

Di Ddi Cinema Lil Star, anak-anak akan merasai keseronokan yang tidak terhingga. Terdapat ruang rehat yang selesa disediakan sebelum filem bermula.

Selain itu, pawagam ini dilengkapi kerusi dengan rekaan haiwan yang comel. Untuk keluarga dengan anak kecil, ada kawasan permainan lembut di depan skrin.

Tempat duduk juga disusun pada aras yang sama dengan kawasan permainan, jadi ibu ayah masih boleh menonton filem sambil memerhati anak-anak bermain.

Dadi Cinema Lil Star hanya terdapat di dua lokasi sahaja iaitu di Dadi DaMen Mall dan Dadi Pavilion Kuala Lumpur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. MBO Cinemas, Kecil

MBO Cinemas’ Kecil menawarkan pengalaman menyeronokkan untuk kanak-kanak. Anak-anak boleh berlari dan bermain di taman permainan dalam dewan atau duduk santai menikmati filem di skrin besar.

Terdapat bilik menukar lampin disediakan di luar dewan, jadi anda boleh uruskan anak tanpa perlu risau ketinggalan filem.

Alamat: Atria Shopping Mall, Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

4. TGV Cinemas, TGV Junior

TGV For Kids adalah panggung wayang kanak-kanak dengan konsep baharu yang menyediakan bilik permainan bersebelahan supaya anak-anak dapat melepaskan tenaga mereka sebelum dan semasa tayangan filem.

Bilik permainan dilengkapi dengan lantai empuk, meja dan kerusi kanak-kanak, mainan, dan kemudahan lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Si kecil anda boleh meneroka kawasan permainan yang ceria dengan watak kegemaran mereka, termasuk sudut luncur Hot Wheels, wall scrabble dan permainan blok mega.

Hall itu sendiri menyediakan tempat duduk mesra keluarga, pencahayaan yang lebih terang dan audio yang lebih lembut.

TGV menyediakan tiga jenis panggung untuk kanak-kanak:

  1. Family Friendly
    Hall ini sesuai untuk kanak-kanak yang ingin cuba menonton filem di pawagam buat pertama kali.
  2. Junior
    Junior hall adalah untuk kanak-kanak yang suka bermain, lengkap dengan taman permainan. Kanak-kanak boleh bermain selama 30 minit sebelum tayangan bermula. Setakat ini, hanya TGV 1 Utama yang mempunyai hall Junior.
  3. Family Friendly Session
    Hall ini lebih fokus pada ibu bapa yang ingin menonton bersama anak-anak. Ia serupa dengan hall Family Friendly tetapi lebih memberi tumpuan kepada pengalaman menonton filem.

Selain itu, kemudahan seperti tandas kanak-kanak dan bilik menukar lampin juga disediakan.

TGV 1 Utama

Alamat: Tingkat 3, Old Wing, 1 Utama Shopping Centre, Level 3, Old Wing, 1 Utama Shopping Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

TGV @ Central i-City

Alamat: Lot 4-01, Level 4, Central i-City 1 Persiaran Multimedia, i-City, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

5. Golden Screen Cinemas GSC), Tayangan Mesra Sensori

Untuk ibu ayah yang mempunyai anak istimewa, GSC adalah satu-satunya panggung wayang mesra kanak-kanak yang menawarkan tayangan mesra-sensori, sesuai untuk penonton yang memerlukan suasana yang lebih tenang.

Tayangan khas ini diadakan pada hari Ahad minggu kedua setiap bulan. Ia menawarkan pengalaman yang unik dengan pencahayaan malap, bunyi yang lebih lembut dan tanpa iklan atau treler sebelum filem bermula.

Setiap dewan direka mesra kerusi roda dan turut disediakan bilik nurseri sebagai ruang selamat untuk kanak-kanak

 Jumlah tetamu dalam dewan juga dihadkan untuk memastikan keselesaan semua.

Dengan harga tiket hanya RM9, ia sangat berbaloi dengan kemudahan yang disediakan. Anak-anak pasti akan menikmati pelbagai filem animasi yang mesra kanak-kanak.

Alamat: 3 Damansara, 3, Jalan SS 20/27, Damansara Intan, 47400 Petaling Jaya, Selangor

6. MMCineplexes

MMCineplexes menawarkan pengalaman tayangan mesra kanak-kanak dengan ruang yang direka khas untuk keselesaan keluarga.

Panggung wayang ini ini menyediakan tempat duduk baharu seperti Cabana dan Smoove yang luas dan sesuai untuk pasangan dan keluarga.

Selain itu, pelbagai kemudahan mesra keluarga termasuk penjagaan bayi dan zon kanak-kanak untuk ibu ayah menikmati filem yang ditonton.

Hall juga disediakan untuk aktiviti dan majlis hari lahir, menjadikannya pilihan ideal untuk keluarga yang mencari pengalaman pawagam mesra kanak kanak yang selesa dengan harga yang berpatutan.

Alamat: Tingkat 1, Berjaya Times Square, Imbi, 55100 Kuala Lumpur.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 15 Taman Permainan Indoor Buat Kanak-Kanak, Memang WAJIB Bawa Anak Main Di Sini!

Baca juga: 30+ Tempat Menarik Di KL Yang Mesra Kanak-Kanak & Sesuai Untuk Bonding Dengan Keluarga

Baca juga: 30 Tempat Menarik Di Melaka Percuma Untuk Seisi Keluarga, Jimat Poket & Berbaloi

Penulis

Noorhidayah