Pantang Larang Ibu Menyusu - Elak Produk Kecantikan INI!

Walaupun selepas melahirkan bayi, wanita masih mahu tampil cantik. Tapi hati-hati ibu, jangan langgar pantang larang ibu menyusu dengan memakai produk ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setelah melahirkan anak, sudah tentu ibu bersemangat untuk kembali ramping, merawat kulit kusam dan mendapatkan rambut yang bersinar. Tapi tahukah anda, ada pantang larang ibu menyusu sebelum anda boleh memilih sebarang produk kecantikan ini untuk dipakai?

Hal ini kerana sesetengah produk kecantikan boleh meresap melalui darah, sekaligus membahayakan dan menjejaskan kualiti susu ibu!

Semak keseluruhan artikel pantang larang ibu menyusu ini untuk panduan rawatan kecantikan yang selamat dan tidak selamat dibuat untuk ibu yang menyusu bayi.

Pantang Larang Ibu Menyusu: Ada Rawatan Kecantikan Yang Boleh Membahayakan Susu Ibu!

Kredit: romper.com

Apabila ibu menyusu badan, bahan kimia dalam sesetengah produk boleh masuk ke dalam susu dan membahayakan bayi!

Semak senarai pantang larang ibu menyusu di bawah untuk langkah berjaga-jaga.

Pantang Larang Ibu Menyusu #1 Ubat Jerawat

Kredit: byrdie.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut merupakan 4 bahan yang biasanya digunakan sebagai bahan utama dalam menyelesaikan masalah jerawat. Semak jika ia boleh dipakai ibu menyusu atau tidak:

  1. Benzoyl Peroxide: Bersifat sederhana dan akan serta merta terlerai apabila memasuki badan. Bahan ini pilihan paling selamat untuk diambil semasa anda menyusukan anak.
  2. Asid Salicylic (0.5-2%): Boleh masuk ke dalam saluran darah dan susu ibu. Sebaiknya, elakkan ubatan yang mengandungi bahan ini semasa anda menyusu
  3. Lactic acid and glycolic acid: Digunakan sebagai agen penghakis kulit untuk merawat jerawat dan parut. Bahan ini ada secara semula jadi dalam bayi, maka ia selamat digunakan.

Pantang Larang Ibu Menyusu #2 Merias Kuku

Kredit: Freepik

Tiada banyak kajian mengenai produk penjagaan kuku sebagai satu pantang larang ibu menyusu. Kebanyakan ibu mendapati memakai warna kuku adalah selamat semasa menyusu.

Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan pewarna kuku yang mengandungi formaldehyde, camphor, dibutyl phthalate (DBP), toluene, dan formaldehyde resin.

Kesemua bahan ini mengandungi toksin yang boleh masuk ke dalam darah dalam jumlah yang sedikit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pantang Larang Ibu Menyusu #3 Rawatan Rambut

Kredit: whyy.org

Bagi penjagaan rambut, sebarang rawatan rambut seperti rebonding, mewarnakan rambut dan sebagainya tidak mempunyai kesan ke atas penyusuan bayi, jadi ibu jangan risau.

#4 Pemutihan Kulit/Bleaching

Kredit: webmd.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan kebiasaan dalam rawatan pemutihan kulit adalah hydroquininone.  Menurut Kelly Bonyata (kellymom.com), penyerapan ke dalam kulit oleh bahan ini adalah sangat minimum.

Jadi, ibu yang menyusu badan selamat untuk melakukan pemutihan kulit atau bleaching.

#5 Menanggalkan Bulu (Waxing)

Kredit: Unsplash

Sekiranya anda menggunakan produk krim untuk menanggalkan bulu di badan, anda tidak perlu risau kerana produk menanggalkan bulu juga tidak mempengaruhi susu badan anda.

#6 Mencacah Tatu Pada Kulit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Unsplash

Tatu adalah salah satu pantang larang ibu menyusu. Mendapatkan tatu boleh menyebabkan radang kulit, terutamanya Hepatitis B/C atau HIV sekiranya alatan tidak dibersihkan atau disteril dengan baik.

Walaupun risiko terkena jangkitan agak rendah sekiranya anda membuat tatu di tempat yang berlesen, namun adalah baiknya anda tidak membuat tatu semasa masih menyusukan anak.

#7 Krim dan Losyen

Kredit: Freepik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Krim dan losyen (termasuk yang mengandungi asid alpha hydroxy) secara umumnya dianggap selamat digunakan semasa menyusu anak. Tetapi, elakkan menyapu krim di kawasan puting.

Krim yang mengandungi retinoids (khususnya digunakan untuk menghilangkan kedut di muka) harus dielakkan sama sekali kerana semasa kehamilan, retinoids boleh menyebabkan kecacatan pada janin.

Selain bahan-bahan di atas, terdapat beberapa lagi bahan di dalam produk kecantikan yang perlu dielakkan sama sekali oleh ibu mengandung.

  • Petroleum (propylene glycol, mineral oil, paraffin, petrolatum and isopropyl alcohol.)
  • Formaldehyde ( hydroxymethylglycinate, DMDM-hydantoin and methenesmine.)
  • Paraben (isopropylparaben or methylparaben.)

*Artikel di atas hanyalah sebagai panduan. Jika anda mempunyai masalah kesihatan mengenai bayi anda (yang berkaitan penyusuan susu badan dan rawatan kecantikan), sila dapatkan rawatan profesional tanpa bertangguh.

*Dapatkan rawatan kecantikan di tempat yang dikhaskan, dan jika anda tidak pasti dengan keselamatan sesuatu produk, sila dapatkan nasihat pakar.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Nalika Unantenne dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah. 

Baca juga: 5 Pelembap Muka Terbaik Sesuai Untuk Ibu Mengandung – Bagus Untuk Kulit Yang Sangat Kering!

Penulis

Beto Rahman