Menjadi ibu memang boleh menjadi satu perkara yang cukup mengujakan. Namun dalam menjaga bayi baru lahir, dalam masa yang sama pula perlu menjaga diri sendiri tentu membuatkan ibu-ibu terutama ibu baru jadi stress. Tambahan pula ibu yang perlu bersalin secara pembedahan, rumit pula penjagaan luka bagi mengelakkan jadi parut czer.
Tidak cukup dengan itu, nak menurunkan berat badan juga menjadi kerisauan ibu-ibu.
Bagi sesetengah ibu-ibu memang boleh kembalikan badan seperti sebelum hamil tanpa masalah, namun bagi sebilangannya, menurunkan badan beberapa kilo pun boleh menjadi satu cabaran.
Mereka memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan badan baru ini lantas dalam masa itu berasa tidak yakin senantiasa. Apa yang harus dipakai, baju bagaimana harus dibeli, nak gayakan rambut bagaimana dengan gaya baru dan macam-macam lagi.
Ramai juga ibu yang mengakui keyakinan di hadapan pasangan juga menurun selepas melahirkan anak. Adanya lebih teruk berbanding saat hamil. Mana tidaknya kali ini ditambah dengan parut czer yang kelihatan begitu ketara.
Apa yang boleh membuatkan ibu-ibu rasa lebih baik?
Rata-rata ibu baru menyatakan mereka akan berasa lebih baik dan yakin sekiranya mengecapi perkara seperti di bawah:
- Perut lebih kempis
- Tidur yang cukup
- Dapat menurunkan berat dengan segera
- Mengetahui ibu-ibu juga alami perkara yang sama
- Selebriti juga menunjukkan badan selepas bersalin yang sebenar, bukan disunting
- Meluangkan masa di spa kecantikan
- Wang untuk membeli pakaian baru
- Parut czer tidak terlalu ketara
- Waktu untuk bersenam
Cara meningkatkan keyakinan selepas bersalin
# 1. Senaman
Ya, memang bersenam ini akan mengambil masa anda yang sibuk sebagai ibu baru dan kebanyakan ibu-ibu memang senaraikan senama dalam ‘To Do List’ mereka, walau bagaimanapun akibat kepenatan menjadi ibu ramai yang tersungkur, dan melupakan senaman sebagai salah satu langkah untuk kembalikan keyakinan diri.
Tapi bersenam memang antara salah satu perkara yang penting untuk dilakukan sebaik badan anda pulih sepenuhnya selepas bersalin.
Menurut pakar badan anda betul-betul sihat dan boleh melakukan senaman lebih berat ialah selepas 6 bulan selepas bersalin.
Namun ibu-ibu yang sudah merasa badan kembali aktif selepas 2 bulan sudah boleh melakukan beberapa senaman ringan.
Terdapat banyak senaman ringan yang boleh anda lakukan selepas bersalin untuk membantu membina keyakinan diri.
Kuncinya adalah mencari sesuatu yang anda enjoy untuk lakukan, dan mudah untuk anda ikuti.
Sebilangan wanita seronok melakukan yoga selepas bersalin. Ada juga yang gemarkan jogging dan berlari. Dan ada juga sesetengah yang hanya berjalan di keliling taman sambil menolak kereta sorong bayi. Sambil-sambil bonding dengan anak boleh bersenam juga tau!
Senaman tak perlu mengambil masa yang lama pun, cukuplah dalam 15 hingga 20 minit setiap hari.
#2. Sentiasa positif, hargai diri
Rasa rendah diri sering berpunca daripada anda tidak suka pada penampilan diri. Sedih, namun itulah lumrah manusia, disebabkan itu kita harus sentiasa berfikiran positif, usah hiraukan kata-kata negatif yang dilemparkan orang dan jangan terlalu mengikut perasaan.
Anda adalah unik. Tidak ada seorang pun di dunia ini yang kelihatan seperti anda, dan tidak ada yang boleh menjadi diri anda.
Tambahan lagi, anda baru memiliki seorang bayi! Tubuh anda baru sahaja menunjukkan kepada anda apa yang mampu dilakukannya. Tidak semua wanita boleh mengatakan bahawa mereka telah melakukan apa yang baru anda lalui.
Tubuh anda sangat mengagumkan. Luangkan sedikit masa untuk menghargai semua yang telah dilakukan untuk anda.
Sayangi badan anda dengan memberi fokus pada ciri yang memberi pujian kepada anda. Mungkin anda mempunyai mata yang cantik, rambut lebat, atau kaki yang panjang.
Fokus pada ciri-ciri tersebut. Jadikan mereka lebih menonjol jika boleh. Tidak ada orang lain yang mempunyai ciri seperti anda.
#3. Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain
Membandingkan diri anda dengan orang lain sememangnya boleh menurunkan keyakinan dan harga diri anda. Anda perlu ingat setiap ibu adalah unik.
Jangan fokus pada apa yang dimiliki orang lain. Sebaliknya, anda harus memberi tumpuan kepada dua perkara pertama yang dinyatakan di atas. Hargai badan yang anda miliki dan apa yang mampu dilakukannya, dan fokus pada ciri terbaik anda.
Tidak ada yang mempunyai apa yang anda ada. Sihatkan badan yang anda miliki dan perhatikan bagaimana ia dapat membuat anda bangga dengan apa yang boleh dilakukannya!
#4. Amalkan pemakanan sihat
Makan secara sihat adalah salah satu perkara terbesar yang boleh anda lakukan untuk badan anda. Alangkah elok memberikan segala nutrien yang diperlukan oleh badan berbanding hanya bersedih dengan keadaan badan anda?
Malah dengan menjaga pemakan juga anda boleh pastikan parut czer anda dijaga dengan baik dan tidak gatal akibat alahan pada sesetengah makanan.
Makanan yang sihat akan meningkatkan tenaga anda, membantu membakar lemak dan membuat anda berasa berkeyakinan!
- Minum lebih banyak air
- Makan lebih banyak buah seperti epal, blueberry, dan kiwi
- Makan lebih banyak sayur-sayuran berdaun dan makanan kaya serat seperti kangkung dan bayam
- Makan lebih banyak omega 3 seperti walnut dan salmon
Terdapat banyak cara untuk menjadikan makanan yang sihat lebih enak. Ketahui apa menu selepas bersalin yang bukan saja sedap malah cukup berkhasiat buat ibu yang menyusu badan.
#5. Keluar ambil angin
Ketika pandemik ini memang membuatkan ibu-ibu lebih stres, tak boleh nak bercuti, membeli belah, makan di kafe. Jadi perkara penting lain untuk membantu meningkatkan mood anda adalah keluar ambil angin.
Berinteraksi dengan alam semula jadi. Bawa bayi anda berjalan-jalan. Walaupun 1 pusingan di sekitar kawasan kejiranan anda.
Jangan takut untuk meminta pertolongan supaya anda dapat udara segar sekurang-kurangnya 5 minit sehari.
#6. Lakukan apa saja yang anda suka
Sebagai ibu yang penyayang dan prihatin memang sukar nak mengutamakan kehendak diri. Tapi ini sebenarnya amat penting ya ibu-ibu, menjaga kesejahteraan diri adalah bagus untuk kesihatan minda anda.
Berbincang dengan suami, pada sesuatu masa anda inginkan waktu untuk manjakan diri. Tak kiralah jika hanya pergi membeli barangan keperluan rumah, menonton filem tanpa diganggu anak-anak atau melakukan rawatan muka di dalam bilik sambil mendengar lagu.
Lakukan sesuatu yang baik untuk diri sendiri. Anda tidak akan menyesal.
Rawat parut czer untuk kembalikan keyakinan!
Dalam anda memanjakan diri, cuba selitkan rawatan yang boleh mengurangkan parut czer anda dengan gel Dermatix Ultra.
Gel ini memang sudah ramai ibu-ibu cuba, dan ternyata mendapat testimoni yang cukup meyakinkan!
Untuk bakal ibu yang akan bersalin melalui pembedahan juga, ini adalah berita baik untuk anda. Jangan risau tentang parut yang bakal terjadi, kerana ia ternyata boleh dirawat.
Anda tahu bagaimana parut czer boleh menjadi timbul dan sekiranya kulit terlalu kering akan mengakibatkan kegatalan bukan?
Dan gel ini mampu menangani masalah itu. Ia berupaya meratakan parut yang timbul dan mengurangkan kesan parut agar perut anda tampak lebih sekata. Malah ia diuji secara klinikal dan gel silikon adalah terapi pertama yang disyorkan oleh pakar di seluruh dunia untuk pengurusan parut.
Mulakan rawatan parut dengan Dermatix Ultra lebih awal untuk hasil yang optimum (10-14 hari selepas pembedahan c-section yakni setelah luka pembedahan kering dan ditutup)
Rujukan:
- Parut hipertrofik atau parut timbul berlaku pada 41% wanita 12 minggu selepas kelahiran caesar (rujukan: Brown BC, et al. Kualiti Hidup Selepas Memiliki Parut J Plast Recontr Aesthet Surg 200; 61: 1049-58 )
- Komplikasi fizikal akibat parut yang sering dihidapi oleh pesakit adalah Gatal, Mengeras, Kontraksi, Ketegangan dan Sakit. Kesan emosi termasuk kurang keyakinan diri, Stigmatisasi, Gangguan aktiviti harian, Kemurungan / kegelisahan. (Ruj: 1 Bayat A, et al. Parut Kulit. BMJ 2003; 326: 88-92. 2 Monstrey S, et al. Garis Panduan Praktikal Pengurusan Parut yang Dikemas kini: Langkah-langkah Bukan Invasif dan Invasif. J Plast Recontr Aesthet Surg 2014; 67 (8): 1017-25)
- Baby Centre
- Postpartum Trainer
- Healthy Mummy
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Ambil Tahu Apa Maksud Bersalin Czer & Perbezaan Bersalin Normal VS Czer
Baca juga: Kenapa Ada Wanita Hamil Yang Boleh Pilih Tarikh Untuk Bersalin Czer? Ini Penjelasannya
Baca juga: Proses Bersalin Czer Yang Ibu-Ibu Perlu Tahu Supaya Tak Terkejut, Rileks Tak Rasa Apa-Apa Pun