Stres Gaduh Dengan Isteri, Lelaki Nekad Berjalan Kaki Lebih 400km Untuk Cari Ketenangan

Pasangan bergaduh dalam rumah tangga adalah perkara biasa. Namun tindakan lelaki ini berjalan 450km untuk tenangkan fikiran sungguh rare

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hanya mahu menenangkan fikiran selepas bergaduh dengan pasangan, sudahnya lelaki Itali ini berjalan sejauh 450 kilometer (km) selepas keluar dari rumah.

Kes Pasangan Bergaduh, Suami Sanggup Jalan Jauh Untuk Cari Ketenangan

Menurut laporan BBC, lelaki tersebut turut digelar ‘Forrest Gump’ oleh netizen di media sosial, iaitu watak lelaki dimainkan oleh pelakon Tom Hanks pada 1994 yang berlari sejauh beribu kilometer di seluruh Amerika Syarikat.

Laporan tersebut memberitahu, polis menghalang lelaki berkenaan yang sedang berjalan pukul 2 pagi di Fano iaitu di kawasan pantai Adriatic, seminggu selepas dia meninggalkan rumahnya di Como di bahagian utara.

Berikutan itu, lelaki berusia 48 tahun tersebut akhirnya didenda sebanyak € 400 kerana melanggar perintah berkurung.

Berdasarkan kenyataan lelaki itu kepada polis, “saya datang ke sini dengan berjalan, saya tidak menggunakan pasport. Sepanjang berjalan, saya berjumpa dengan orang dan mereka menawarkan makanan dan minuman. Saya baik-baik sahaja, cuma rasa penat sedikit,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keluar dari rumah tanpa sebarang tujuan

Dalam masa sama, laporan itu memetik, lelaki itu berjalan kira-kira 60 km dalam sehari. Malah, polis mendapati dia berjalan tanpa tujuan di dalam keadaan malam yang sejuk di kawasan lebuh raya pantai.

Selepas memeriksa pengenalan diri di dalam pangkalan data, polis mendapati isteri lelaki tersebut melaporkan kehilangannya. Jadi mereka menghubunginya dan isteri lelaki itu datang mengambil suaminya di Fano.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beberapa komen di dalam media sosial menyifatkan lelaki itu seorang yang berani dan mengkritik denda yang dikenakan. Selain itu, ada juga yang memberi maklum balas, lelaki itu sepatutnya diberikan kasut baharu dan ada juga memujinya kerana berjalan untuk menghilangkan kemarahan serta tidak menggunakan keganasan.  

5 tips untuk suami isteri bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan pasangan 

“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Buang yang keruh ambil yang jernih baru teguh peribadi. Apa guna kita bertengkar, suami isteri harus bersabar”.

Menerusi perkongsian Facebook, terdapat 5 perkara penting yang harus dibiasakan ketika berkomunikasi dengan pasangan suami isteri bagi memastikan komunikasi dua hala itu berlaku dengan baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Biasakan berkomunikasi sebab nak lebih memahami, berbanding nak menang.
  • Biasakan mendengar terlebih dahulu, berbanding buat kesimpulan sendiri.
  • Biasakan memberi sokongan berbanding terburu-buru memberi nasihat.
  • Biasakan untuk cuba bertanya terlebih dahulu, berbanding membuat andaian melulu.
  • Biasakan memberi kepercayaan berbanding mengawal pasangan.

Cara mengembalikan semula kehangatan dalam rumah tangga

Jika anda dan pasangan merasakan hubungan suami isteri sudah hambar, cuba beberapa tips ini bagi mengeratkan hubungan rumah tangga agar cinta kembali berputik seperti saat awal hari pernikahan.

  • Saling memaafkan
  • Menghormati dan jujur antara satu sama lain
  • Ketawa bersama
  • Bertukar cerita atau pandangan
  • Buat keputusan bersama
  • Hargai perkara-perkara kecil
  • Sentiasa mencintai dan menyayangi
  • Berusaha memenuhi keperluan emosi dan seksual

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bila Isteri Melawa Support & Hargailah, Dia Berusaha Jadi Wanita Cantik Di Mata Suami

Baca juga: 10 Rahsia Pikat Hati Suami Agar Tidak Curang, Para Isteri Sila Hadam Perkara Mudah Ini!

Baca juga: 7 Doa Buat Suami Isteri Yang Sering Tertekan & Dilanda Ujian, Elok Diamalkan Setiap Hari

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan