Selalu kita dihidangkan dalam drama televisyen yang menyaksikan bapa kandung berkeras tidak mahu menjadi wali anak perempuan kerana merasakan anak tersebut bukan anak kandungnya. Sebab itu, paternity test Malaysia perlu dilakukan supaya kes sebegini tidak terus membelenggu keluarga dan anak-anak.
Bahkan kisah begini bukan hanya dalam drama sahaja, tetapi di dunia realiti juga ramai wanita yang turut dihimpit dengan permasalahan yang sama.
Untuk mencari jawapan dan meyakinkan si ayah, maka ia boleh dilakukan melalui ujian DNA test supaya dapat mengesahkan status anak sama ada mereka anak kandung atau tidak.
DNA test Malaysia merupakan kaedah paling tepat dalam penentuan hubungan antara ibu atau bapa kandung dengan anak.
Ujian tersebut memberi ketepatan sehingga 99.99% sekiranya individu diuji adalah bapa atau ibu kandung kepada anak berkenaan tetapi keputusan boleh jadi 0 peratus jika mereka tiada kaitan secara biologi.
Isi Kandungan
Paternity Test Malaysia – Apakah Paterniti DNA?
Ujian paterniti bermaksud ujian yang mengesahkan hubungan antara bapa dan anak yang biasanya dijalankan untuk memastikan atau mengecualikan bapa biologikal seseorang anak.
Ujian yang dijalankan adalah tepat, cepat dan memerlukan kos yang berpatutan dengan kuasa ketepatan hampir 99.9999%.
Selain itu, ujian ini juga boleh dijalankan ke atas individu meliputi peringkat umur dan kaedah yang diterima oleh komuniti undang-undang dan sains bagi menentukan identiti individu.
Paternity test Malaysia boleh dijalankan melalui Jabatan Kimia Negara, hospital dan klinik swasta yang bertauliah dalam menentukan DNA seseorang!
Bahan yang diperlukan untuk paternity test Malaysia
- Sekurang-kurangnya 2 ml sampel darah atau swab mulut (sampel dari setiap individu) diperlukan dan ia akan disimpan dalam tiub EDTA.
- Sampel tersebut perlu disimpan dan dilabel dengan jelas nama, nombor dan tarikh sampel diambil.
- Semua sampel yang diserah mestilah disertakan surat permohonan ujian paterniti dan bayaran analisis.
- Sampel mesti dihantar menggunakan syarikat penghantar atau diserahkan segera ke Kimia Malaysia.
Berapa kos yang diperlukan?
Kos untuk setiap DNA Test Malaysia adalah RM1500 (dua sampel) dan RM200 (sampel tambahan). Bayaran penuh harus dibuat semasa penyerahan sampel dengan menggunakan cek berpalang/draf bank/ kiriman wang kepada Ketua Pengarah Kimia Malaysia.
Jenis ujian DNA yang berkaitan
- Ujian Materniti – Memberi kesimpulan berkaitan dengan ibu.
- Ujian Penentuan Keturunan – Bagi menentukan sama ada seseorang itu adalah datuk/nenek sebenar kepada seseorang kanak-kanak.
- Ujian Hubungan Adik-beradik – Menentukan perhubungan adik beradik.
- Pengenalpastian identiti – Bagi menentukan identiti seseorang individu atau mayat yang tidak dikenalpasti.
Walau bagaimanapun, sampel lain seperti rambut dan kuku juga boleh digunakan sekiranya tiada pilihan, dan ujian ini juga boleh dilakukan pada bayi yang belum lahir.
Namun, prosedur tersebut iaitu mengambil sampel DNA bayi melalui amniocentesis dan chorionic villus sampling mempunyai risiko kepada kandungan, jadi, doktor perlu mendapat kebenaran ibu sebelum ujian dilaksanakan.
Prosedur untuk melakukan paternity test Malaysia
Terdapat beberapa prosedur penghantaran sampel untuk menjalani ujian DNA bagi orang awam atau persendirian iaitu melalui:
Jabatan Kimia Malaysia
- Muat turun borang permohonan ujian DNA dan borang pemungutan spesimen darah dari laman web Jabatan Kimia Malaysia.
- Spesimen darah bapa/ibu/adik beradik kandung diambil dari mana-mana hospital atau klinik kerajaan atau swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Pastikan pihak doktor menulis nama dan no kad pengenalan/nombor surat beranak dengan betul pada setiap tiub spesimen darah yang diambil dan pada borang pemungutan spesimen darah.
- Sekurang-kurangnya 1ml spesimen darah diperlukan bagi setiap individu dan disimpan ke dalam tiub EDTA.
- Isi borang permohonan ujian DNA dan bawa atau pos spesimen darah, borang pemungutan spesimen darah, borang permohonan DNA dan bayaran ke Bahagian DNA Forensik, Jabatan Kimia Malaysia.
- Bayaran yang dikenakan adalah RM1,500 bagi dua sampel dan RM 200 bagi setiap sampel tambahan.
- Keputusan dan laporan kimia akan dikeluarkan dalam masa 25 hari dari tarikh pendaftaran sampel. Laporan boleh diperolehi dengan mengambil sendiri di kaunter Forensik atau secara pos berdaftar.
Jabatan Pendaftaran Negara
- Makluman secara surat rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang meminta pemohon/subjek menjalani ujian DNA.
- Spesimen darah bapa/ibu/adik beradik kandung diambil dari mana-mana hospital atau klinik kerajaan atau swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dengan kehadiran Pengawai JPN.
- Pastikan pihak doktor menulis nama dan no kad pengenalan/nombor surat beranak dengan betul pada setiap tiub spesimen darah yang diambil dan pada borang pemungutan spesimen darah.
- Sekurang-kurangnya 1ml spesimen darah diperlukan bagi setiap individu dan disimpan ke dalam tiub EDTA.
- Pegawai JPN membawa spesimen darah, borang pemungutan spesimen darah dan surat JPN ke Bahagian DNA Forensik, Jabatan Kimia Malaysia.
- Keputusan dan laporan kimia akan dikeluarkan dalam masa 25 hari dari tarikh pendaftaran sampel. Laporan boleh diperolehi dengan mengambil sendiri di kaunter Forensik atau secara pos berdaftar.
Permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia
- Makluman secara surat rasmi daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang meminta tuan/puan dan anak menjalani DNA.
- Muat turun borang permohonan ujian DNA dan borang pemungutan spesimen darah dari laman web Jabatan Kimia Malaysia.
- Spesimen darah bapa/ibu/adik beradik kandung diambil dari mana-mana hospital atau klinik kerajaan atau swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Pastikan pihak doktor menulis nama dan no kad pengenalan/nombor surat beranak dengan betul pada setiap tiub spesimen darah yang diambil dan pada borang pemungutan spesimen darah.
- Sekurang-kurangnya 1ml spesimen darah diperlukan bagi setiap individu dan disimpan ke dalam tiub EDTA.
- Isi borang permohonan ujian DNA dan bawa atau pos spesimen darah, borang pemungutan spesimen darah, borang permohonan DNA dan bayaran ke Bahagian DNA Forensik, Jabatan Kimia Malaysia.
- Bayaran yang dikenakan adalah RM1,500 bagi dua sampel dan RM 200 bagi setiap sampel tambahan.
- Keputusan dan laporan kimia akan dikeluarkan dalam masa 25 hari dari tarikh pendaftaran sampel. Laporan boleh diperolehi dengan mengambil sendiri di kaunter Forensik atau secara pos berdaftar.
Senarai lokasi tersedia khidmat paternity test Malaysia
Jika anda tercari-cari dimanakah lokasi yang menawarkan khidmat ujian DNA selain klinik kesihatan dan hospital kerajaan, kami senaraikan 5 klinik perubatan swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
1. Bright Clinic
Pengesahan ujian paternity test Malaysia
Sampel yang diperoleh itu akan diterima makmal dan melalui beberapa proses seperti pengekstrakan DNA, polymerase chain reaction, (PCR) pengasingan fragmen telah diamplifikasi, analisis dan akhir sekali interpretasi data.
Sekiranya profil DNA anak menepati 50 peratus daripada profil DNA bapa (atau ibu) yang diuji, kiraan akan dibuat bagi mendapatkan nilai gabungan indeks paterniti dan kebarangkalian paterniti.
Namun, jika lebih daripada dua penanda DNA pada anak tidak berpadanan dengan penanda DNA pada profil bapa yang diuji, maka individu tersebut akan dinyatakan sebagai bukan bapa kandung kepada anak tersebut dalam laporan yang dikeluarkan oleh makmal.
Dengan perkongsian ini diharap tiada pihak yang menyangkal keputusan ujian yang dikeluarkan oleh makmal kerana ia tepat dan melalui beberapa proses sebelum data dikeluarkan. Semoga penerangan ini membantu kalian.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 5 Pakej Ujian Genetik DNA Untuk Ketahui Risiko Bayi Waris Penyakit Genetik
Baca juga: Ujian Genetik (Genetic Testing) & Kesuburan Di Malaysia: Jenis Genetic Test & Kepentingan
Baca juga: 14 Jenis Ujian Pranatal & Saringan Penyakit Genetik Yang Ibu Hamil Digalak Ambil