Pakar Terangkan Mengapa Payudara Ibu Terus Meleleh Apabila Dengar Bayi Menangis

Pakar Terangkan Mengapa Payudara Ibu Terus Meleleh Apabila Dengar Bayi Menangis

Hampir semua payudara ibu menyusu akan terus meleleh apabila dengar bayi menangis, terutamanya pada minggu pertama selepas bersalin. Tapi mengapa?

Masalah payudara meleleh 

Hampir semua ibu menyusu akan mengalami masalah payudara meleleh sebaik saja mendengar bayi menangis terutamanya pada minggu pertama selepas bersalin.

Pada masa itu payudara saya sangat senang untuk dirangsangkan.

Jika saya tinggalkan anak di rumah dengan mentua untuk pergi membeli barang keperluan, baju saya akan basah kuyup apabila saya balik.

Tetapi mengapa payudara boleh meleleh apabila mendengar bayi menangis? Adakah mereka mempunyai telinga? 

Pakar Terangkan Mengapa Payudara Ibu Terus Meleleh Apabila Dengar Bayi Menangis

Payudara meleleh semasa “let down”

Apabila payudara anda mengalami “let down” atau  MER (“Milk Ejection Reflex”)  proses di mana payudara mengeluarkan susu, anda boleh rasa seperti ada denyutan di payudara dan kadang kala susu di payudara sebelah lagi akan turut meleleh.

Fenomena ini sangat pelik dan kadang-kala menyusahkan kerana ia di luar kawalan anda.

Ia boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana saja kerana apabila ibu terdengar tangisan bayi lain, ibu akan terkenangkan anak sendiri di rumah dan ini boleh mencetuskan “let down” dan menyebabkan payudara meleleh.

Pakar Terangkan Mengapa Payudara Ibu Terus Meleleh Apabila Dengar Bayi Menangis

Tetapi orang ramai tidak akan tahu jika ibu sedang memakai breast pad untuk menyerapkan susu berlebihan.

Kebanyakan ibu mendapati kebocoran ini kerap berlaku semasa minggu pertama menyusu, apabila payudara anda masih belum menyesuaikan diri dengan jumlah bekalan susu keperluan bayi. 

Artikel berkaitan: Payudara Saya Keluar Cecair Ketika Hamil. Adakah Ia Normal?

Jadi, mengapa payudara meleleh apabila dengar bayi menangis?

Mandy Meier, pakar laktasi berkata –

“Terdapat banyak perdebatan tentang isu ini sekarang.

Tetapi kebanyakan ibu menyusu akan memberitahu anda secara hipotesis : tindak balas emosi ibu menyusu apabila mendengar bayi menangis akan mencetuskan pengeluaran hormon oxytocin dalam darah.

Ia sama dengan hormon yang memberi isyarat kepada payudara apabila seorang ibu ingin menyusu.”

Pakar Terangkan Mengapa Payudara Ibu Terus Meleleh Apabila Dengar Bayi Menangis

Tanggisan bayi boleh mencetuskan “let down” dan menyebabkan payudara meleleh

Malah menurut Meier lagi, hormon itu bagaikan “butang ON” untuk payudara anda yang menyebabkan mereka bertindak balas dan mengeluarkan susu.

Tujuan payudara anda mengeluarkan sedikit susu ialah untuk merangsangkan keinginan bayi anda untuk menyusu apabila mereka cium bau dan dapat merasakan susu ibu.

Tetapi keadaan ini agak leceh, jika ibu tidak bersama dengan anak.

Satu kajian yang diterbitkan dalam Neuropsychopharmacology berkata wanita dengan ikatan ibu dan anak yang kuat dan stabil, boleh mengalami pembebasan hormon oxytocin yang lebih tinggi.

Tetapi kesan oxytocin dalam badan anda hanya untuk 6-7 minit sahaja. Jadi jika anda menjauhkan diri dari bayi yang menangis (dengan syarat bayi itu bukan anak sendiri), atau jika bayi itu berhenti menangis, ibu tidak perlu risau tentang aliran susu yang berterusan.

Apabila paras oxytocin berkurangan, sensasi “let-down” juga akan berkurang dan anda mungkin akan mempunyai bra pad yang basah sahaja.

Jadi, jangan risau sangat ya ibu-ibu menyusu semua!

Pernahkah ibu-ibu mengalami “let down” yang sangat hebat hingga tersembur pada muka bayi anda? Kongsi pengalaman anda di ruang komen!

Sumber: Romper dan Breastfeeding Basics

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

8 Tips Penting Untuk Ibu Yang Menyusu

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner