Saya Sudah Hamil 6 Bulan, Tapi Kenapa Payudara Saya Tak Membesar Seperti Wanita Lain?

Apabila keadaan ini berlaku, pasti si ibu mula berfikir, "Mesti bila baby lahir nanti, saya tak ada susu nak bagi kepada anak! Sedihnya!". Ini tanggapan yang SALAH ya ibu!

Ada sesetengah wanita hamil yang risau apabila tidak mempunyai tanda kebiasaan semasa mengandung, seperti loya, pening kepala, atau tidak mengalami payudara wanita hamil yang membesar.

Berbicara tentang perubahan payudara, adakah normal bagi seorang wanita hamil tidak mengalami sebarang perubahan saiz payudara?

Payudara Wanita Hamil Tidak Berubah, Adakah Ini Normal?

Menurut  What to Expect, hormon yang mempengaruhi ukuran payudara, estrogen dan progesteron, bekerja untuk menghasilkan jaringan lemak tambahan, meningkatkan aliran darah dan menyebabkan perubahan pada payudara. Ini bertujuan sebagai persiapan untuk menyusukan bayi.

Namun, tidak semua wanita mengalami perubahan besar sepanjang kehamilan, seperti payudara wanita hamil yang kebiasaannya.

Walaupun tidak dikenalpasti alasannya, tetapi payudara yang tidak membesar ini mungkin berkaitan dengan jumlah hormon estrogen dan progesteron yang mempengaruhi payudara pada wanita tersebut.

Saiz Payudara Wanita Hamil Mempengaruhi Penghasilan Susu Ibu?

Jangan risau ya ibu, saiz payudara anda tidak mempengaruhi kemampuan anda menghasilkan susu ibu. Walaupun payudara anda kecil sepanjang kehamilan, anda pasti dapat memenuhi keperluan susu ibu untuk si manja anda.

Walaupun susu ibu keluar dari payudara, hakikatnya penghasilan susu ibu sama sekali tidak berkaitan dengan ukuran payudara.

Faktor yang menyebabkan saiz payudara wanita hamil membesar adalah jaringan lemak di dalamnya, yang tidak menentukan sikit atau banyak susu ibu.

Penghasilan Susu Ibu Sepanjang Kehamilan

Kelenjar susu yang bertugas menghasilkan susu ibu akan berganda pada pertengahan kehamilan anda. Proses ini akan terus berlanjutan sehingga anda melahirkan anak, yang membuatkan payudara wanita hamil kelihatan lebih besar.

Walau bagaimanapun, tidak ada hubungan antara kebesaran payudara dengan kemampuan tubuh untuk menghasilkan susu ibu!

Dalam kelenjar susu, beberapa bahagian berbeza memainkan peranan masing-masing, seperti:

Susu ibu juga berkemungkinan yang keluar beberapa titis semasa kehamilan.

Perkara ini adalah normal, kerana payudara bakal ibu telah bersedia untuk menghasilkan susu ibu semasa trimester kedua kehamilan agar ibu boleh menyusukan anak walaupun pada kelahiran bayi pramatang.

Semoga bermanfaat!

Bolehkah saya menyusukan badan semasa hamil?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Nia Lara Sari dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga: 

Puting Tenggelam/ Inverted Nipples: Punca, Kesan & Cara Timbulkan Puting Payudara

Penulis

Beto Rahman