Benarkah hanya dengan pecah dara boleh mengandung? Persoalannya, bolehkah seseorang perempuan itu hamil walaupun selaput daranya tidak pecah? Menurut pakar sakit puan, Dr Zubaidi Ahmad wanita masih boleh hamil walaupun selaput dara tidak pecah.
Isi Kandungan
Selaput Dara Dan Kehamilan
Menurut Dr Zubaidi wanita masih mungkin untuk hamil walaupun selaput dara tidak pecah kerana kehamilan terjadi apabila sperma bertemu dengan ovum (sel telur wanita). Jadi tidak semestinya pecah dara boleh mengandung jika tidak pecah pun masih ada potensi hamil.
Selaput dara yang tidak pecah tidak semestinya menjadi penghalang kepada sperma untuk mencapai ovum kerana ada wanita yang mempunyai selaput dara yang elastik, yang mana ia tidak pecah semasa hubungan seksual dan masih memungkinkan kehamilan.
Menurutnya, jika ada kebimbangan tentang kehamilan, disarankan untuk melakukan ujian kehamilan menggunakan test pack UPT, yang paling tepat dilakukan pada dua minggu setelah haid terlewat.
Definisi Pecah Dara
Pecah dara merujuk kepada keadaan di mana hymen atau selaput dara iaitu membran nipis yang terletak di pintu masuk faraj, pecah atau meregang. Fenomena ini sering dikaitkan dengan pengalaman pertama hubungan seksual penetratif tetapi hymen juga boleh meregang atau pecah disebabkan oleh aktiviti lain seperti penggunaan tampon atau senaman fizikal.
Anatomi Selaput Dara
Ia boleh mempunyai pelbagai bentuk dan ketebalan yang berbeza antara individu. Ada yang mempunyai selaput dara yang hampir tiada, sementara yang lain mungkin mempunyai hymen atau selaput dara yang lebih tebal.
Jika anda melalukan aktiviti seksual iaitu penetrasi zakar ke dalam faraj hymen boleh meregang atau pecah tanpa mengakibatkan kesakitan dan ini bukanlah tanda mutlak mengenai pengalaman seksual seseorang.
Ramai yang salah anggap ketiadaan hymen sebagai tanda seseorang wanita itu sudah tidak suci. Salah faham ini boleh menyebabkan kekeliruan tentang aspek biologi aktiviti seksual dan kesihatan reproduktif.
Proses Kehamilan
Kehamilan berlaku apabila sperma berjaya disenyawakan dengan ovum. Sperma yang dipancut ke dalam faraj semasa hubungan seksual boleh bergerak melalui serviks dan rahim untuk bertemu dengan ovum di tiub fallopio. Telur yang telah disenyawakan kemudian melekat pada dinding rahim dan proses kehamilan bermula.
Seks penetratif melibatkan tusukan zakar ke dalam faraj, yang boleh menyebabkan ejakulasi dan pancutan air mani mengandungi sperma. Jika sperma masuk ke dalam saluran faraj dan tiub fallopio, ia boleh menghasilan persenyawaan.
Kali pertama melakukan aktiviti seksual penetratif atau kehilangan dara boleh menyebabkan kehamilan. Namun harus diketaui pecah dara atau regangan hymen tidak mempengaruhi keupayaan sperma untuk sampai ke telur.
Kehamilan bergantung pada kehadiran sperma dalam saluran faraj, bukan pada keadaan hymen. Sama ada ia pecah atau sebaliknya pontensi kehamilan boleh berlaku.
Faktor utama yang mempengaruhi kehamilan adalah kehadiran sperma di dalam saluran faraj dan keupayaannya untuk bersenyawa dengan telur. Kesihatan sistem pembiakan wanita dan lelaki juga mempengaruhi kemungkinan kehamilan. Ini termasuk kesihatan ovari, tiub fallopio, dan sperma.
Secara keseluruhan, pecah dara tidak mempengaruhi kemungkinan kehamilan. Proses kehamilan bergantung pada kehadiran sperma di dalam saluran faraj dan bukan pada keadaan hymen.
Memahami proses biologi pembiakan dan menangani mitos budaya adalah penting untuk memahami kesuburan dan kesihatan seksual.
American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), Mayo Clinic, Planned Parenthood
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tak Semua Selaput Dara Akan Pecah Ketika Malam Pertama, BERHENTI Taksub Dengannya, Lelaki!
Baca juga: Mengenai Pecah Dara & Selaput Dara Wanita – Lelaki, Anda WAJIB Baca Ini!
Baca juga: Vagina Keluar Darah Selepas Seks Semasa Hamil, Adakah Ibu Alami Keguguran?